Casey Stoner Dan Aku : World Champion Rupanya




MotoGP Casey Stoner juara dunia 2011 buat kali kedua: Casey Stoner yang berasal dari Australia telah ditabalkan sebagai Juara Dunia untuk MotoGP musim 2011 setelah menaiki podium no 1 di litar Philips Island. Lebih manis lagi kemenangan beliau seiring dengan sambutan hari lahir yang ke 26 di tempat lahir beliau. Ia mengingatkan kepada lagenda Juara Dunia MotoGP Mike Doohan yang berasal dari negara sama turut menunggang jentera Honda.(Sumber)

KISAH AKU DAN STONER:

Ermm..nak kata minat lumba motor memang tak berapa minat. Setakat yang saya tahu pelumba yang glamor selama ini adalah Valentino Rossi. Nak di jadikan kisah sudah 3 hari berurusan dengan seorang mamat  Australia ni. Datang bersama isterinya Adriana, berurusan dengan saya tanpa saya kenal beliau adalah Juara Dunia Lumba Motosikal GP buat kali kedua berturut-turut.

Semalam selepas sesi mendapatkan tempat, beliau telah datang bertemu saya untuk mengambil apa yang di tempahnya sebelum ini. Apabila saya perhatikan namanya baru saya perasan yaang budak ni is "someone" rupanya. Baru saya bertanya, dan barulah saya tahu..he he, buat malu je dengan muka tak malu saya minta autograf.

Entah mengapa, rasa kelu pula lidah nak minta bergambar dengan beliau, takut kelihatan tak profesional pula. Sememangnya selama ini apabila berurusan dengan VVIP, prinsip saya adalah "privacy"  pelanggan saya utamakan. Tak mahu mereka rasa kurang selesa apabila  mengetahui status mereka.



My Inspiration



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Ahad, Oktober 23, 2011

10 Komen:

  1. aduhai..tu yang aku selalu kalah dengan hang..nape tak habaq kat aku..nak bagi dia tenyeh kat helmet aku ni..hang antara manusia bertuah..

    BalasPadam
  2. @ abadi romeo
    hang jangan takut Zul..
    hari hang pun ada juga nanti
    cuma tak tau bila..
    ermm..Stoner tu kecik
    je orangnya..aku baru
    tahu nak bawa motor kena
    kecik baru motor laju sikit..
    he he

    BalasPadam
  3. ASSALAMMUALAIKUM..

    MINTA KERJASAMA DARI RAKAN BLOGGER UNTUK MENDOAKAN KESEJAHTERAAN SAHABAT KITA DARI SINAR RAUDAH YANG SEKARANG SEDANG BERTARUNG NYAWA AKIBAT DEMAM DENGGI YANG KRITIS..MOGA DENGAN DOA SEMUA ALLAH MEMAKBULKANNYA.AMIN

    BalasPadam
  4. @ adrinarania
    insyaallah

    BalasPadam
  5. hullamak dapat autograph ... kalau dapat amik gambar.. lagi femes nih...hehe

    BalasPadam
  6. @ Zik

    Bertiga mulanya..
    Stoner, isterinya dan saya..
    bila time hati nak suruh ambik
    gambar tu lah isteri nya nak
    ke tandas la bagai..malu pula
    nak suruh dia ambikkan gambar
    :)

    BalasPadam
  7. la kenapa tak bergambar.. baru lah pro.. tapi kena betul cara.. sy rasa mesti dia tak kisah..dia lagi glamer dari artist

    BalasPadam
  8. Salam zul, kalau aok dpt bergambor dgn dia lagi gempar... mau terangkat blog nie :)

    BalasPadam
  9. salam
    wah, rezeki juga tu
    macam dapat anugerah pulak rasa boleh simpan tanda tangan dia tu

    BalasPadam
  10. http://wanwidget.com
    walawei, abg zulkbo ni kerja apa, berurusan ngan vvip lagi nih

    BalasPadam