Rumah Pokok Ini Berharga Lebih RM 9 Juta




Salam semua, masih ingat lagi dengan pembawa watak jahat 'The Jocker' dalam filem Batman 'The Dark Night' lakonan mendiang Heath Ledger? Watak beliau dalam filem tersebut menjadi sebutan peminat filem Batman sehingga ke hari ini. Selain itu watak beliau sebagai anak Mel Gibson dalam filem 'The Patriot' tahun 2000 paling saya sukai.

Kini rumah mendiang Heath Ledger di Hollywood Hills dikhabarkan akan dijual pada harga RM9,479,174.89. Menurut Dailymail, Jumaat, rumah yang dinamakan 'The Tree House' itu dibina pada tahun 1951 dengan dua bilik tidur, dua bilik mandi dan dapur serta dilengkapi dengan dinding batu bata dan nuansa retro.







Terdapat bilik sederhana yang bernuansa kontemporari dan ruang yang luas untuk mengadakan pertemuan. Ada juga taman zen seperti dalam filem 'Alice in Wonderland'. Rumah tersebut terletak di bukit terpencil dengan keluasan hampir setengah hektar. Di luarnya terdapat kawasan yang menempatkan ruang memanggang dan unggun api.

Sebelum ini, pelawak, hos televisyen dan pelakon Ellen DeGeneres sempat memiliki rumah tersebut namun sudah dijual lagi. Ledger yang pernah berlakon dalam filem 'Brokeback Mountain' telah meinggal dunia ketika umurnya 28 tahun akibat terlebih mengambil dadah pada tahun 2008 lalu




Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Isnin, September 26, 2011

20 Komen:

  1. Jika dapat rumah sebegini, umpama impian semasa kanak-kanak menjadi kenyataan :D

    BalasPadam
  2. Assalam..
    Cantik la rumah tu..

    BalasPadam
  3. umpama syurga dunia...

    BalasPadam
  4. lovely house.. Hanya tinggal memories fm Ladger
    beliau mati bunuh diri kerana tidak tahan hidup
    tanpa berjumpa dgn anak perempuan.. isteri beliau
    melarang.. kasihan... manusia

    BalasPadam
  5. Salam Zulkbo,

    Cerita-cerita begini menjadi iktibar juga pada kitakan!!. Yerlah duit banyak pun hidup tak bahagia juga. Ketenangan, kebahagian tidak boleh dibeli dengan wang ringgit.

    BalasPadam
  6. luas rumah dia nih.... pokoknya pun mesti besar jugak nih...

    BalasPadam
  7. Yeke dia ninggal umur 28thn?
    Hebat la umoh dia neh..
    Dulu2 benci tgk dia blakon sbb
    musuh Batman..huhuh..

    BalasPadam
  8. MAHAL..
    hee..baik saya buat rumah2 kecil kan bagus heeeee..blh suruh anak main2 pondok kt ctu

    BalasPadam
  9. salam..
    lihat katar luar cantik pasti dlm tampak anggun hee..

    nak beli tak mmpu tgok dri luar jelah heeee

    BalasPadam
  10. koi minat btl dgn mel gibson... :)

    BalasPadam
  11. 9 juta btyk rumah blh beli...

    ps:dah komen smua entri bro smpi lebam hee..jgn mare yeeee

    BalasPadam
  12. Boleh melihat pemandangan kawasan sekitar. Sudah tentu rumah atas pokok ini mempunyai ciri-ciri yang mewah

    BalasPadam
  13. Kalau dapat rumah macam nie sebulan x nak keluar rumah hehehe..kalau dapat la tapi hakikatnya angan2 saja hehehe...

    BalasPadam
  14. Salam Zul, pergh kalau dpt umah macam nia aman je rasanyanya yak :)

    BalasPadam
  15. Assalam.
    Memang cantik dan selesa rumah yang disebatikan dengan persekitaran yang begitu tenang. Kalau di tempat kita, agaknya hari-harilah geng penyamun datang mengganggu.

    BalasPadam
  16. salam
    impian pemiliknya hanya mahu mencari ketenangan
    tapi kesilapan berlaku juga
    kerana ketenangan hati bukan terletak pada harta benda

    BalasPadam
  17. assalam..
    dulu ada juga impian nak buat rumah dan duduk atas pokok time kecik2 dulu.. hehe. rumah ni memang lawa la, harga pun lawa..

    BalasPadam
  18. Teringat rumah atas pokok dalam filem Laksamana Do Re Mi

    BalasPadam
  19. cantik sunggh..nk beli x mampu..tgk aje la...
    :)

    BalasPadam
  20. وعليكم السلام ورحة الله
    Terima kasih semua kerana
    sudi singgah dan mencoretkan
    komen anda di sini..amat saya
    hargai..jazakumullah khair..

    BalasPadam