Keputusan Piala Malaysia : Felda United Mengalahkan Kelantan





Juara bertahan Kelantan berputih mata di Stadium Majlis Perbandaran Selayang apabila mereka kecundang 0-2 di tangan pasukan berstatus kelab, Felda United pada saingan Kumpulan C, Piala Malaysia malam ini.

Perlawanan yang dicemari insiden para penyokong membaling objek ke tepi padang. Biarpun Felda kurang melakukan serangan tetapi kebijaksanaan mereka menggunakan peluang sudah cukup untuk membenam Kelantan.

Farderin Kadir muncul menjaringkan gol pembukaan Felda di minit ke-22 selepas melakukan rembatan deras untuk menewaskan penjaga gol Kelantan Mohd Shahrizan Ismail. Manakala pada minit ke-68, Felda meraih gol kedua selepas Saarvindran Devandran merembat kencang di luar kotak penalti.

Sejurus selepas itu, Kelantan membuat pertukaran pertama dengan mengeluarkan Badhri Radzi untuk memasukkan dengan Ramzul Zahini, namun ia masih tidak mampu untuk merubah kedudukan jaringan.

Saat genting di pintu gol Felda kian memuncak terutamanya pada minit ke-76 ketika Shakir Shaari hampir-hampir menghadiahkan gol selepas rembatannya berjaya ditangkap kemas penjaga gol lawan.

Selepas perlawanan bersambung dua minit, Daud Su pula berjaya membuat hantaran cantik di depan pintu gol, namun dua penyerang Kelantan yang berada di kedudukan terbaik ketika itu gagal menanduk masuk

Hamsani Ahmad harus diberi pujian apabila banyak menyelamatkan percubaan bahaya. Di minit-minit akhir permainan dia sekali lagi menjadi wira selepas menepis rembatan Farisham Ismail, sebelum menumbuk keluar tendangan Azzamuddin Mohd Akil.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Khamis, September 15, 2011

6 Komen:

  1. salam
    adeh, dah kalah la pulok
    macam mana ni...

    BalasPadam
  2. @tehr
    tak ada rezeki pulak
    tahun nih saya rasa..

    Meningkat betul budak
    Felda ni mutu permainan
    mereka kebelakangan ini
    :)

    BalasPadam
  3. kecewa juga
    tak pe boleh lagi
    baru saingan peringkat kumpulan C

    BalasPadam
  4. @Anak Ulu Cheka
    bola tu bulat..
    kalau kena gaya game
    yang dah rasa menang
    pun boleh kalah yak?
    kita tengok lah nanti
    :)

    BalasPadam
  5. nampak gayanya felda semakin mengganas musim ni..
    adakah kelantan akan kecundang..:)
    kita tunggu dan lihat..

    BalasPadam
  6. Salam Zulkbo,

    Semoga sihat.

    Tahniah kepada Felda United. Pada pasukan Kelantan, jangan putus asa.

    BalasPadam