Jurukamera BernamaTV Noramfaizul Mohd Nor Di Tembak Mati Di Somalia



Jurukamera BernamaTV Noramfaizul Mohd Nor, 41, meninggal dunia setelah terkena tembakan curi semasa membuat liputan Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia dan BAKTI di Mogadishu, Somalia malam ini.

Wartawan BernamaTV Khairulanuar Yahaya yang turut serta dalam misi itu berkata kejadian itu berlaku semasa Noramfaizul bersama rakan media elektronik yang sedang menaiki trak dalam perjalanan ke sebuah pusat komersil untuk menghantar berita telah terkena tembakan curi yang mengenai bahunya dan menembusi parunya.

Kejadian itu berlaku pada pukul 10.30 malam waktu Malaysia, dan Noramfaizul meninggal dunia semasa menerima rawatan pada pukul 11.07 malam waktu Malaysia (Malaysia lima jam lebih awal dari Mogadishu), katanya.

Khairulanuar berkata tembakan itu ditujukan kepada trak tentera kerajaan yang mengiringi pasukan media dalam liputan berita telah tersasar dan mengena Noramfaizul yang duduk berdekatan tingkap. (BERNAMA)
 
إنا لله و إنا إليه رجعون.....الفتحة
NOTA: Tugas wartawan yang mencabar, memerlukan pengorbanan yang besar dalam usaha mereka untuk memberi laporan serta berita terkini buat pembaca tanpa mengira masa. Apakan daya, di saat seluruh umat islam bergembira menyambut kehadiran Eidulfitri, ada insan yang terkorban nyawa dalam menjalankan tugas mereka. Ucapan takziah dari blog ini buat keluarga arwah, semoga mereka tabah menghadapi dugaan dari Allah ini.



 
Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Sabtu, September 03, 2011

14 Komen:

  1. Salam Zul, alfatihah dan takziah buat kaum keluarganya.

    BalasPadam
  2. al fatihah
    moga rohnya dikalangan org yg beriman

    BalasPadam
  3. Ucapan takziah buat keluarga allahyarham dan semoga rohnya dirahmati allah s.w.t

    BalasPadam
  4. Al Fatihah untuk arwah...
    Sebab itu Somalia dan DRC (congo) sentiasa
    menjadi negara miskin kerana situasi sebegini..
    PEMBERONTAK...

    BalasPadam
  5. SALAM SYAWAL,
    AL FATIHAH. TAKZIAH UTK KELUARGA ALLAHYARHAM

    BalasPadam
  6. Kerana sorang yang amat world view, saorang melayu Noramfaizul
    ditembak mati.
    Sa orang isteris jadi balu ,dan saorang jadi kanak anak yatim.
    Missi di batalkan segera

    Takziah utk keluarga allahyarham
    Innalillahiwainnahilaihiraji'un...
    syahid dunia sahabat kita...
    AlFatihah
    arjuna waspada
    changkat lobak

    BalasPadam
  7. semoga rohnya ditempatkan bersama para solehin

    BalasPadam
  8. al fatihah dan takziah kepada keluarga mangsa...........besar jasa dia walau hanya sekadar jurugambar.....

    BalasPadam
  9. Al Fatihah. Takziah kepada keluarga Allahyarham. Semoga rohnya dirahmati Allah. Amin.

    BalasPadam
  10. Salam takziah saya ucapkan kepada keluarga allahyarham..bagi saya dia merupakan seorang wartawan yang sangat berani..Al Fatihah

    BalasPadam
  11. salam
    mereka memang berani dan bersemangat kental
    al fatihah dan salam takziah kepada keluarga allahyarham

    BalasPadam
  12. Al-fatihah..sedih tahu berita nie..:(

    BalasPadam
  13. Al-fatihah..
    ALhamdullilah jenazah dah smpai ke malaysia...

    BalasPadam
  14. وعليكم السلام ورحة الله Al-fatihah..Semoga rohnya dirahmati Allah. Amin...Takziah kepada keluarga Allahyarham,byak kan bsabar....

    BalasPadam