Isu Rumah Berjuta Jamil Khir : Menteri Agama Jawab





Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom pada hari ini Khamis,  sedia bersumpah bagi membuktikan beliau tidak menggunakan wang zakat untuk membesarkan rumahnya yang terletak di Kampung Batu Muda, Batu Caves. Jamil menegaskan bahawa beliau telah tinggal di kediaman tersebut bersama keluarganya sejak 1994 dan kerja-kerja pengubahsuaian yang dijalankan adalah menggunakan wang sendiri.

"Wallahi..saya tak pernah ambil duit zakat pun. Kalau saya ambil duit zakat takkan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dapat audit bersih tahun lalu."Saya berani bersumpah, kalau mereka berani,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat berhubung Kongres Majlis Agama Islam Negeri-Negeri Seluruh Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Khamis.

Mengulas lanjut, Jamil menyifatkan dakwaan tersebut sebagai ‘politik terdesak’ pihak tertentu yang cuba untuk merosakkan imejnya.“Saya pun tak nak panjangkan sangat isu ini. Saya dulu pun bukan penganggur.“Dalam tentera pangkat terakhir saya ialah Mejar Jeneral, jadi takkan lah susah sangat untuk seorang Mejar Jeneral hendak beli rumah,” katanya.

Jelasnya, beliau telah tinggal di rumah berkenaan sejak tahun 1994 dan kerja-kerja pengubahsuaian yang dijalankan adalah kerana pertambahan ahli keluarga yang tinggal bersamanya.“Sudah 17 tahun saya duduk di sana, tak tahulah kenapa baru tiba-tiba mereka bangkitkan isu ini. Saya pegawai tentera yang dapat pencen dan lepas bersara, saya dapat ganjaran walaupun tak sampai sejuta, tapi RM500,000 adalah.

“Kami keluarga besar, saya ada enam anak, ibu bapa dan makcik saya pun tinggal sekali. Rumah ini pun saya beli secara hutang, tak habis bayar sejak 1994 lagi, mereka boleh rujuk. Ini bukan rumah baru yang saya beli masa jadi menteri,” katanya.-STAR


NOTA : Menjawab kekalutan yang di lemparkan oleh sesetengah pihak terhadap Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom  baru-baru ini. Sepengetahuan saya, alasan yang di berikan beliau ini memang lojik. Sebagai seorang bekas tentera yang berpencen dengan pangkat Mejar Jeneral sudah pasti beliau mampu. Beliau juga, sudah tentu mempunyai sumber lain yang tak perlu beliau nyatakan untuk mendapat wang, mungkin dari harta pusaka keluarga beliau contohnya(pandangan saya).



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Khamis, September 15, 2011

14 Komen:

  1. jawapan yang bagus.ini ada orang nak gunakan politik ni nak fitnah orang lain.kotor betol org macam tuh

    BalasPadam
  2. http://wanwidget.com
    rumah berjuta ramai yg ada, kalau org benar tetap benar, kalau x benar tetap x benar

    BalasPadam
  3. Mak datuk....
    Harga pintu pagar dia pun dah lebih mahal dari keseluruhan rumah ckLah...

    BalasPadam
  4. sy suka Jamil Khair tapi sedikit terkilan bila beliau masuk politik..sob2..kata2 beliau mmg bagus..em, Allah dan dia yg mengetahui..semoga kekayaan beliau dapat adalah melalui jalan bersih..

    BalasPadam
  5. Hanya mampu melihat kerana diluar kemampuan

    BalasPadam
  6. satu pengajaran untuk hindarkan fitnah elok bersederhana dalam sehgala apa yg kita lakukan...

    BalasPadam
  7. وعليكم السلام ورحة الله
    Terima kasih semua kerana
    sudi singgah dan mencoretkan
    komen anda di sini..amat saya
    hargai..jazakumullah khair..

    BalasPadam
  8. salam
    menghindar fitnah adalah sesuatu yang dituntut
    payah nak puaskan hati semua orang

    BalasPadam
  9. Bila masuk dunia politik kena bersedialah untuk dipolitikan apa sahaja termasuk hal peribadi dulu dulu kala oleh lawan politik kita tak kira lah ustaz atau bukan ustaz.

    BalasPadam
  10. Nasiblah. bila masuk politik macam2 org korek. samada benar atau tidak hanya Dia lebih Mengetahui

    BalasPadam
  11. mainan politik.hal dalam kain pun dia nak korek kasi dedah..kalau dia jujur,insyaallah dia selamat.kadang2 yg sebarkan fitnah belum tentu jujur atau berani macam dia...

    BalasPadam
  12. Salam, saya musykil kenapa ada angka RM500,000 itu dalam penjelasan jawapan di atas. Setahu saya, semasa sidang media itu diadakan, DSJK Baharom tidak menyebut sebarang angka. Jangan diletakkan sesuka hati, nanti makan diri.

    Sumber pendapatan selain gaji dan elaun sekarang, beliau juga menerima pencen dan gratuiti, selaian wang hasil joint venture dengan sebuah syarikat untuk membangunkan sebuah taman perumahan di Yan (Taman Markisa di guar Chempedak, boleh pergi ke tempat ini kalau tidak percaya).

    Jadi sudah tentu beliau mampu untuk mengubahsuai kediaman seperti dalam gambar. Pihak yang menyiarkan laporan juga mungkin tidak tahu, 2 anaknya merupakan juruterbang (faham faham sajalah gaji berapa, tak mustahil mereka juga menyumbang).

    Ibu dan bapanya yang uzur juga tinggal bersamanya, jadi salahkah beliau ingin mendirikan rumah yang selesa jika beliau berkemampuan ?

    BalasPadam
  13. Assalamualaikum,

    saya hanya jumpa this guy sekali sahaja pada tahun 1990han di masjid kg perpindahan mata mata gadong Brunei Darussalam,

    bekas tentera memang loaded apa lagi klu pegawai,macam kat brunei , kita ada dikasi rumah kos rendah dari kerajaan so kebanyakan di renovasi demi renovasi demi renovasi dan akhirnya nampak jugak lebih kurang macam istana yang penting creative

    so saya harap dato bersabar dan sila ambil gambar rumah orang kat brunei, saya ada kenalan dia kerja sebagai kerani sahaja tapi rumahnya besar sebab anak ramai dan anak dia pun chip in renovate rumah :)

    BalasPadam

PERKONGSIAN MENARIK LAMAN BLOG LAIN JANGAN LUPA BACA

Carian Blog