Rusuhan London : Pelajar Malaysia Menjadi Mangsa (Video)







Salam semua, video ini seperti yang anda saksikan di TV3  Buletin Utama semalam, menunjukkan seorang pelajar Malaysia di London yang bukannya terlibat di dalam rusuhan di London tersebut, turut menjadi mangsa dicederakan dan di samun oleh sekumpulan perusuh yang kononnya ingin menolong pada mulanya.

Pelajar itu, Asyraf Hazlan, 20-an, tidak kritikal dan hanya cedera di bahagian rahang dan kini dirawat di Royal London Hospital. Pelajar ini tidak terlibat dalam rusuhan, tetapi beliau diserang oleh sekumpulan perusuh ketika keluar dari tren bawah tanah ketika dalam perjalanan menziarah rakannya untuk berbuka puasa di utara London.

Asyraf Hazlan adalah seorang pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (Mara) jurusan Perakaunan sebuah kolej di London. Keluarga mangsa, yang berasal dari Selangor, telah dimaklumkan mengenai kejadian tersebut.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Rabu, Ogos 10, 2011

17 Komen:

  1. Kesian kat kawan tu. Dah lah cedera disamun lak.

    BalasPadam
  2. @wachak

    Mabuk nampak gayanya mamat saleh tu..siap ada botol arak kat poket seluar belakang.

    BalasPadam
  3. semoga semua rakyat malaysia yang ada kat sana selamat dan dilindungi Allah...

    BalasPadam
  4. Rodong ter tak tau kebende.

    BalasPadam
  5. salam
    ada yang ambil kesempatan dari keadaan nampaknya
    elok kalau dapat elakkan kawasan huru hara tu

    BalasPadam
  6. sian budak ni jadi mangsa.

    BalasPadam
  7. salam..
    laa kesiannya.. kes naya ni.. betul2 dugaan di bulan puasa.. keluarga pelajar ni mesti risau. kalau nak keluar mana2 takleh sorang2 kena gi kuar ramai2.. kalau terjatuh @ ape2 ke setidak2nya ada kawan yang boleh tolong...

    BalasPadam
  8. Penduduk di barat juga tidak cukup bertamadun!

    BalasPadam
  9. nampaknya kat malaysia lagi BERSIH

    BalasPadam
  10. malaysia jua yang BERSIH..buat demo tak belasah org asing huhuhhhh

    BalasPadam
  11. Tanpa Nama10 Ogos, 2011

    dugaan di bulan puasa...hope Asyraf cepat sembuh....

    BalasPadam
  12. وعليكم السلام ورحة الله
    Terima kasih semua kerana
    sudi singgah dan mencoretkan
    komen anda di sini..amat saya
    hargai..jazakumullah khair..

    BalasPadam
  13. moga Asyraf selamat hendaknya....sian...yg tak bersalah pun jd mangsa... :(

    BalasPadam
  14. Tanpa Nama12 Ogos, 2011

    Siapa sangka, London sebuah Bandaraya yang pernah mendapat ranking ke 29 paling selamat di dunia, pun boleh jadi paling tak selamat.

    BalasPadam
  15. Tanpa Nama12 Ogos, 2011

    kesian nya....eee...kalau lak sedara mare sy yg kna naya cm tu.....mesti risau sesangat..bkn nye dkt london tu...mesti mak budak tu sedeh sesangat...naseb bek lah kerajaan london nak tolong dia......hurm....manusia aher zaman...kat mane2 pon dah x selamt skang nie...

    BalasPadam

PERKONGSIAN MENARIK LAMAN BLOG LAIN JANGAN LUPA BACA