Indonesia Sambut 1 Syawal Hari Ini Rabu 31 Ogos 2011





JAKARTA – Penetapan tarikh Hari Raya Aidilfitri menjadi perbalahan apabila sekumpulan pengikut pertubuhan Islam kedua terbesar di negara ini, Muhammadiyah menyambut hari raya semalam walaupun pemerintah Indonesia menetapkan 1 Syawal jatuh pada hari ini.

Kementerian Hal Ehwal Agama Indonesia mengumumkan lewat kelmarin bahawa 1 Syawal jatuh pada hari ini dan bukannya semalam seperti mengikut kebanyakan kalendar.

Menurut Ketua Pengarah Hal Ehwal Islam di Kementerian Agama, Nasaruddin Umar, persetujuan telah dicapai dalam kalangan ramai pihak termasuk pakar-pakar astronomi, tentera laut, Agensi Penilaian dan Aplikasi Teknologi serta cendekiawan Islam bahawa kedudukan anak bulan amat rendah sekali gus menyebabkan 31 Ogos adalah tarikh yang tepat untuk permulaan bulan Syawal.

Kedudukan anak bulan itu adalah kurang dua darjah di atas kaki langit. Bagaimanapun, pertubuhan Muhammadiyah yang mempunyai 20 juta pengikut menggunakan perkiraan hisab bagi menentukan tarikh Hari Raya Aidilfitri.

Pengerusi Muhammadiyah, Haedar Nasir berkata, walaupun terdapat perbezaan dalam menentukan tarikh Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha, ia tidak menjejaskan hubungan persaudaraan dalam kalangan Muslim di negara ini.

Hari Raya Aidilfitri turut disambut semalam di Arab Saudi, Palestin, Rusia, Mesir, Malaysia, Sudan, Kenya, Belanda, Kosovo, Afghanistan, Somalia, Bosnia, Syria, Jordan, selatan Thai dan Filipina. – Agensi

NOTA: Alhamdulillah, di negara kita masih ada kesefahaman sesama umat islam dalam menetapkan sesuatu tarikh sama ada penetapan tarikh berpuasa mahupun tarikh 2 hari raya. Perpecahan pasti berlaku sesama islam seandainya dalam satu negara berlaku seperti di negara jiran kita Indonesia. Pandangan saya, umat islam perlulah bersatu tidak kira dalam apa isu sekalipun, bukan sekadar dalam menetapkan tarikh menyambut Hari Raya sahaja agar tidak di lihat sinis oleh orang lain (agama lain).



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Rabu, Ogos 31, 2011

6 Komen:

  1. kt US, raya jatuh pada 31hb Ogos jugakk....
    takpela..posa 30 hari....

    BalasPadam
  2. pelik la raya x sama plak? puasa sama... hehe

    BalasPadam
  3. Salam Zul, mmg kalut dan pelik kalau jadi macam itu moralnya persefahaman paling utama.

    BalasPadam
  4. kalau tak silap...ada banyak pendapat yang pihak-pihak berwajib di Indonesia menyambut hari raya...harapan aku biarlah keputusan itu dari kata sepakat...

    di Brunei pun rasanya pun xsama dengan kita...

    BalasPadam
  5. Selamat Hari Raya.. Itulah rakan twitter ada cakap hari ini baru raya.. huhu

    BalasPadam
  6. Assalam..
    Tak sangka pulak kita raya tak serentak sedangkan nak ke Medan dari Penang,ambil masa 30-40 minit je..dari KL nak ke Johor pun dalam sejam kalau naik flight..Alhamdulillah,negara kita masih ada persefahaman walaupun tak menyeluruh dalam semua hal..

    BalasPadam