The Everywhereist Blog Terbaik 2011 Pilihan TIME




Suami Rand Geraldine DeRuiter mempunyai pekerjaan yang membolehkan beliau membawa isterinya ke seluruh dunia. Selepas beliau diberhentikan dari tugasnya, Geraldine memulakan minat menulis pengalaman bersama-sama dengan suaminya di blog The Everywhereist.

Blog ini banyak berkisar tentang kelengkapan bilik mandi, rancangan TV asing yang pernah di tonton beliau serata dunia juga berkisar tentang pengalaman mereka menaiki kapal terbang. Atau kata lainnya adalah sebuah blog peribadi yang membawa kepada jenis blog travel.

Menurut Geraldine, beliau berblogging lebih kepada sekadar simpanan memori kepada suaminya tentang pengalaman mereka. Dipenuhi dengan gambar kenangan sewaktu mereka berada di bandaraya negara asing yang pernah di lawati selain di sertakan  kisah di sebaliknya.

Sumber:TIME


NOTA : Ini personal blog dari luar negara yang menjadi pilihan TIME untuk di review dan mereka memberikan ranking sebagai Blog Terbaik 2011. Agak-agaknya akan ada tak satu hari nanti sebuah blog berbahasa Malaysia yang akan di review dan di anugerahkan Blog Terbaik Pilihan TIME? Sama-samalah kita nantikan, selamat berblogging.


Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Rabu, Ogos 17, 2011

7 Komen:

  1. Salam sahabat

    Terima kasih infonya.

    Criteria memilih blog mungkin mengikut citarasa TIME. Apakah akan menarik perhatian TIME andai cara hidup dan pemikiran blogger itu berbeza dari TIME. Pengalaman mengembara dari kaca mata seorang barat dan menilai peradaban tempat2 yang dilawati akan berbeza jika pengembara tersebut adalah blogger,sebagai contoh Melayu, yang mengembara dan menilai melalui mata kaca seorang Melayu. Apa mungkin TIME tertarik.

    Begitu juga kehidupan blogger bersantai diSettle yang menarik pada pendapat TIME,apakah juga akan menarik pada mereka jika ianya sebagai contoh diRawang.

    Umi tak anti atau pro barat. Cuma kekadang percaya atau tidak kita ebih terbuka dalam menghargai sesuatu yang asing.

    Selamat sejahtera buat sahabat sekeluarga
    Umi

    BalasPadam
  2. @Umihoney

    W_salam UmiHoney..
    tersenyum saya membaca komen Puan yang bernas ini..terima kasih.

    BalasPadam
  3. Blog juga digunakan untuk membantu orang lain seperti menubuhkan blog yang mengunakan domain .org untuk berkongsi penyakit yang jarang berlaku kepada manusia atau penyakit yang belum ada penawar. Apa yang saya cuba sampaikan blog tidak kriteria untuk kita menulis dan kita bebas mencorak cara penulisan

    BalasPadam
  4. method berbeza tentulah hasilnya pon berbeza

    BalasPadam
  5. Kala seme blog same je jalan ceritenye,same je jalan penulisannye.Mane syok maaaa....

    BalasPadam
  6. وعليكم السلام ورحة الله
    Terima kasih semua kerana
    sudi singgah dan mencoretkan
    komen anda di sini..amat saya
    hargai..jazakumullah khair..

    BalasPadam

PERKONGSIAN MENARIK LAMAN BLOG LAIN JANGAN LUPA BACA