Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Dan Putrajaya Dan Yang Sewaktu Dengannya 2011



Salam semua, ramadhan menjelma lagi, dalam tak berapa hari lagi bulan mulia penuh keberkatan ini akan datang. Sudahkah anda menunaikan puasa yang terhutang bulan Ramadhan yang lalu? Jika belum masih ada masa, tunaikan secepat mungkin, kerana masa tidak menunggu kita.

Sebagai panduan sebelum mengerjakan ibadah puasa Ramadhan setahun sekali ini, berkemungkinan ada di antara kita yang terlupa niat puasa (jangan di amalkan) , jadi saya sertakan di sini niat berpuasa di bulan Ramadhan.


"Sahaja aku puasa esok hari - (kerana mengerjakan) fardhu bulan Ramadhan pada tahun ini - kerana Allah Ta'ala"

Pada malam 1 Ramadhan, elok ditambah perkataan Arab 'kullihi' (bermaksud: sekeliannya) sebelum lafaz '..LiLLahi Ta'ala'. Jika dibaca, ia bermaksud kita berniat puasa itu merujuk semua@sekelian@seluruh hari dalam bulan Ramadhan. Contohnya seperti berikut:

 "Sahaja aku puasa esok hari - (kerana mengerjakan) fardhu bulan Ramadhan pada tahun ini, sekeliannya- kerana Allah Ta'ala"

Jika berniat seperti di atas pada malam pertama Ramadhan, sedangkan terlupa niat pada mana-mana malam sepanjang Ramadhan, menurut pandangan Mazhab Syafi'e - puasanya di kira sah, Wallahualam.
 
Di bawah ini disertakan jadual waktu imsak dan berbuka puasa bagi kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya dan kawasan yang sewaktu dengannya. Bagi negeri-negeri yang lain, anda bolehlah ke LINK ini. Semoga ibadah puasa kita tahun ini lebih diberkati Allah seperti tahun-tahun sebelumnya.



Bila berbuka puasa nanti, jangan lupa baca niat berbuka puasa pula tau? Di sini saya sertakan sekali niat berbuka puasa: 


Maksudnya: “Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang”.




Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Selasa, Julai 19, 2011

9 Komen:

  1. Alhamdulillah, semakin hampir kita di bulan ramadhan..
    tak sabar rasanya nak berpuasa..
    semoga kita dapat tingkatkan amal ibadah kita..:)

    BalasPadam
  2. Tak lame dah weh....

    BalasPadam
  3. salam
    dah dekat kita dengan ramadan
    selamat berpuasa semua

    BalasPadam
  4. Salam Bro.


    Sekejap aje masa berlalu.

    BalasPadam
  5. Assalam...

    X lama dah yek...
    Semoga dipanjangkan umur kita semua utk bertemu ramadhan thn ini...Amin..

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah dah makin menghampiri ramadhan.Moga kita dapat menjalani ibadah ini dengan penuh ketakwaan

    BalasPadam
  7. Salam.
    Tak lama lagi dah nak puasa, harap-harap takde masalah nak berpuasa time mengandung ni, huhu...

    BalasPadam
  8. وعليكم السلام ورحة الله
    Terima kasih semua kerana
    sudi singgah dan mencoretkan
    komen anda di sini..amat saya
    hargai..jazakumullah khair..

    BalasPadam

PERKONGSIAN MENARIK LAMAN BLOG LAIN JANGAN LUPA BACA