Terkini Mohd Ashraf Hafiz Meninggal Dunia





KUALA TERENGGANU, (Bernama) - Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, yang gagal dalam permohonan menukar namanya kepada Aleesha Farhana, meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini, 5 pagi tadi.

Beliau dimasukkan ke hospital itu 3 pagi semalam setelah mengalami masalah jantung dan tekanan darah rendah.

Bapanya, Abdul Aziz Ahmad, 60, ketika dihubungi berkata jenazah anaknya itu dijangka dikebumikan selepas waktu Zohor.

Katanya beliau menunggu kepulangan anggota keluarga yang lain untuk membincangkan di mana jenazah allahyarham akan dikebumikan.

Semalam, doktor mengesahkan anaknya itu mengalami serangan jantung yang tidak stabil atau 'unstable angina with cardiogenic shock'.

Katanya Mohd Ashraf Hafiz, 25, sebelum ini mengalami kemurungan selepas permohonan yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu untuk menukar kepada nama wanita, ditolak pada 18 Julai lalu.

Mohd Ashraf Hafiz yang berasal dari Seberang Takir, di sini, memohon untuk menukar nama di dalam MyKadnya kepada Aleesha Farhana Abdul Aziz setelah beliau melakukan pembedahan menukar jantina di Thailand dua tahun lalu.


إنا لله و إنا إليه رجعون.....الفتحة

NOTA:  Sesungguhnya dari Allah kita datang, kepada-Nya jua kita kembali. Setiap yang baik di jadikan pengajaran, begitulah sebaliknya. Moga di ampunkan dosa setiap umat islam di muka bumi ini. Siapalah kita untuk menghukum manusia kan? Al-Fatihah buat arwah..


Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Sabtu, Julai 30, 2011

23 Komen:

  1. Salam...takziah buat keluarga beliau dan Al fatihah buat Allahyarham...

    BalasPadam
  2. Alfatihah untuk beliau, saya pernah berjumpa dan berbual dengan dia. walaupun fizikal dia mcm tu, dia seorang yg sgt baik..semoga Allah ampunkan segala dosa-dosanya..Amin..

    BalasPadam
  3. dgr kat radio tadi kata sakit dan masuk icu, tapi takde pulak ceritanya meninggal.

    kalau betul, innalillahiwainailahirajiun....

    BalasPadam
  4. Innalillahiwainnailaihiroji'uun....Allah jua yang maha mengetahui. Moga rohnya aman di sana.

    BalasPadam
  5. semoga rohnya dicucuri rahmat..
    amin~

    BalasPadam
  6. semoga arwah dicucuri rahmat
    amin~

    BalasPadam
  7. Alfatihah dan takziah kepada keluarga.

    BalasPadam
  8. Salam sahabat
    AlFatihah buat arwah dan takziah buat keluarganya.Allah maha pengampun lagi maha pengasih dan penyayang.
    Umi setuju dengan sahabat,Allah juga maha mengetahui.

    BalasPadam
  9. mungkin ini yg terbaik utk hanya Allah yang mengetahui...

    Al Fatihah

    BalasPadam
  10. salam
    allah yang maha mengetahui segalanya

    BalasPadam
  11. Assalam..
    Innalillah...
    AlFatihah...moga Allah ampunkan dosa-dosanya yang lalu...Amin..

    BalasPadam
  12. innalillahi wainna ilahi raji'uun.
    moga ditempatkan di sisi orang2 yg beriman.

    BalasPadam
  13. Alfatihah buat Allahyarham...
    Moga roh dicucuri rahmat...
    Moga ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman..

    BalasPadam
  14. innalillah, dan alfatihah untuk arwah.

    juga takziah buat keluarganya.

    BalasPadam
  15. takziah but allahyarham...

    BalasPadam
  16. berakhir sudah masalah dunia buatnya.. juga berakhir segala nikmat dunia.. kita?? sama2 buat persiapan..

    innalillahi wa inna ilaihi rojiun..

    BalasPadam
  17. Salam saudara zulkbo..

    takziah kepada beliau..saya tidak m,pu berkata2 apa.. jika dalam keadaan begini beliau meninggal... nauzubillah minzalik..

    semoga sebelum beliau pergi sempat la beliau memohon ampun kepada Allah..

    BalasPadam
  18. Tanpa Nama30 Julai, 2011

    Takziah. Semoga dicucuri rahmat ilahi. Kepada komentar-komentar sekalian. Ucapan takziah sudah mencukupi. Tidak perlu komen peribadi arwah. Sedekahkan Al-fatihah lebih afdal.

    BalasPadam
  19. At least die tahu pakai tudung.. kan??

    BalasPadam
  20. Laa.. orang kampung aku rupanya.. Baru tau... Al Fatihah buat arwah, semoga roh beliau dicucuri rahmat Allah S.W.T dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.. Amin Ya Rabbal Alamin..

    Takziah buat keluarga beliau...

    BalasPadam
  21. وعليكم السلام ورحة الله
    Terima kasih semua kerana
    sudi singgah dan mencoretkan
    komen anda di sini..amat saya
    hargai..jazakumullah khair..

    BalasPadam

PERKONGSIAN MENARIK LAMAN BLOG LAIN JANGAN LUPA BACA