Memanah Sukan Sunnah Nabi : Hari Karnival Sekolah



Salam semua, hari ini sabtu 2-Julai-2011 sempat juga saya ke sekolah isteri saya berikutan di adakan Karnival Sekolah 2 tahun sekali. Jika tahun sebelumnya saya ada sewa satu tapak untuk berniaga air, nampak gayanya tahun ini pihak sekolah sendiri yang menjual air untuk pengunjung yang datang..he he, memang pandai mereka ni. Almaklum jualan air tengah panas memang menguntungkan.

Memandangkan isteri saya kena jadi MC pada hari yang turut di datangi oleh Pak Menteri, Ong Tee Kiat sudah tentu membosankan. Majlis bermula jam 7 pagi hingga 4 petang, saya ambil keputusan untuk pergi hanya selepas zohor. Tiba di sana kebanyakkan aktiviti telah siap di jalankan cuma sukan memanah sahaja yang menarik perhatian saya selain acara pertandingan memancing yang memang saya kurang berminat.


 
Ni, apa ke hal ambik gambar belakang nih?



 
Jarak yang perlu di panah oleh pemanah junior seperti saya ..he he..taraf sekolah rendah je ni.



 
Woitt..belum boleh panah lagi la, pelapik tangan tak pakai lagi..nanti tak pasal-pasal melecet pulak tangan tu.



 
Saya nak ketawa bila lihat gambar saya ni sebenarnya, tolong gelakkan saya ramai-ramai..he he..la la la.


Selain memanah, khabarnya turut ada sukan menunggang kuda yang di sediakan. Tetapi yang kelakarnya, hanya yang berat kurang dari 50 Kg sahaja layak menunggangnya. Almaklumlah kuda padi, dan khabarnya semua guru di sekolah isteri saya tak layak menunggangnya..he he..(faham-faham je lah ye..?) Wassalam.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Ahad, Julai 03, 2011

21 Komen:

  1. hahahahaha...ok,dh tlg gelak.. :P
    aritu pernah gak try memanah mase bercuti kat satu resort tu...tp x lepas pun anak panahnye..nak tarik pun x larat..kihkihkih...

    BalasPadam
  2. perghh memanah tuh... saya memang tak pernah pegang pun... busur panah, panah buatan pernah ler.. tuh betul2 ker, action jer...keke..

    BalasPadam
  3. @Zik

    ini bukan cobaan Zikr..
    ini betul-betul..best betul
    memang saya suka sukan ni
    berkira nak beli set sendiri
    nanti pula..he he

    BalasPadam
  4. salam
    apasal pejam mata, bro
    macam mana nak kena?
    hehe

    BalasPadam
  5. @tehr

    tengah aim..
    tu yang mata jadi
    kecik je tu..he he

    BalasPadam
  6. hehehe...tlg gelak sekali..jgn marah:P..semua pic oke la en z..
    best nye memanah..nk cuba jugak nnti..

    BalasPadam
  7. eh samalah weh, isteri kome pun jadi MC tadi kat sekolah sempena 1 murid 1 sukan

    macam membidik pistol je hehehe

    BalasPadam
  8. mencabar gak sukan ni ye bro..nak kena concentrat mata tu..

    BalasPadam
  9. @Anak Ulu Cheka

    ehh..ehhh...aok bior betik..
    sama la pulak nasib kita yak?
    he he..

    BalasPadam
  10. @hanif

    memang mencabar..
    safety first!
    silap bidas mata
    BUTE...
    :D

    BalasPadam
  11. sukan memanah ni patut diperluaskan lagi.. kat felda lasah (kg aya) sukan ni begitu popular sehingga sepupu saya turut serta dan terpilih mawakili negeri..

    tak sampai hati nak gelak..
    senyum2 kambing pun jadi le..
    :)

    BalasPadam
  12. best tak memanah. sy tak pernah cuba lagi.

    BalasPadam
  13. Hehehe..nampaknya semua guru2 kt sekolah wife bro kene gi kursus la gamaknya...kasi ilang yg terlebih tuu...:)

    BalasPadam
  14. aku rasa ko layak pakai lastik je...

    BalasPadam
  15. ehehe...saya gelak sikit2 cukup...ada bakat jugak tu...boleh la buat permulaan...hihihi

    BalasPadam
  16. memang ada gaya la..sama tak macam lastik burung dulu2?

    BalasPadam
  17. dapat main indoor je T-T

    tapi kalau nak main outdoor takut silau. adehh

    BalasPadam
  18. Mintak maap Zul...saya tergelak sambil teguling guling...


    Menambah Trafik Dengan Oh!Belog

    BalasPadam
  19. @Miecyber

    koi dah agak aok Mie..
    he he..

    BalasPadam
  20. وعليكم السلام ورحة الله
    Terima kasih semua kerana
    sudi singgah dan mencoretkan
    komen anda di sini..amat saya
    hargai..jazakumullah khair..

    BalasPadam
  21. Assalamu'alaikum..
    Saya ingin berkongsi mengenai memanah sunnah...Semoga bermanfaat.
    Saya ada join group memanah traditional/sunnah. Menggunakan panah traditional dan cara memanah yg berbeza dengan kedudukan yg lebih fleksibel; sambil berjalan, berlari dan menaiki kuda. Kaedah yg diajar adalah cara memanah sunnah, insyaAllah mengikuti cara yg digunakan oleh para anbiya a.s dan sahabat r.a. Berbeza dengan panah moden yg diasaskan oleh orang Eropah. Untuk maklumat lanjut boleh lihat di pemanah.net, http://www.facebook.com/pages/Sunnah-Memanah/144079788974847, http://www.facebook.com/pages/LEAP-Programme/168463993239629.

    Salam,
    Alfi Rusydi
    http://www.facebook.com/alfi.rusydi

    BalasPadam