Mak Cik Yam Dalam Kenangan : Al-Fatihah



Salam semua, terbaca di blog anak angkat Mak Cik Yam, (Mak Cik Shima) pulangnya ke rahmatullah seorang blogger yang saya hormati Mak Cik Yam. Beliau seorang yang sangat baik, dan saya benar-benar menghormatinya, ibarat seorang ibu kepada saya jua walau hanya di ruang siber. Blog beliau banyak berkisar tentang perjalanan hidup beliau dan suami selepas bersara dalam perkhidmatan awam. Antara blog yang saya tak pernah miss untuk singgah apabila adanya entri terbaru dari beliau.


 

Komen terakhir saya di blognya dan beliau terus balas komen tersebut. Entri tersebut sewaktu kematian ibu beliau sebelum ini pada bulan April tahun ini. Kini beliau pula meninggalkan kita semua. Ucapan takziah saya buat Pak Cik Mat (suami arwah) dan semua ahli keluarga beliau. Buat pembaca beragama islam, mari sesama kita menyedekahkan bacaan Al-Fatihah buat arwah, AL-FATIHAH..







Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Ahad, Julai 03, 2011

8 Komen:

  1. Al fatihah tuk makcik Yam...semoga arwahnya ditempatkan dikalangan org2 yg beriman dan beramal solehh...

    BalasPadam
  2. Al-Fatihah kepada beliau dan takziah kepada keluarganya.

    tak pernah melawat blog beliau.

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama03 Julai, 2011

    Alfatihah untuk almarhamah Kak Yam (Mak Chik Yam )dan takziah kepada Abang Mad (Pak Chik Mad) sekeluarga.

    Saya juga selalu ke blog Kak Yam Ni. Semoga roh almarhamah dimasukkan kedalam golongan orang yang dikasihi Allah.

    BalasPadam
  4. Al Fatihah dan takziah, terbaca di blog bro pie pagi tadi. Selalu jugak jengok blog beliau...

    BalasPadam
  5. af fatihah...amin
    semoga rohnya dicucuri rahmat

    ade baca dlm blog abg piewahid pg td

    BalasPadam
  6. Al Fatihah....aruah pernah juga meninggalkan kome di blog saya dulu.

    BalasPadam
  7. وعليكم السلام ورحة الله
    Terima kasih semua kerana
    sudi singgah dan mencoretkan
    komen anda di sini..amat saya
    hargai..jazakumullah khair..

    BalasPadam