Blogger Di Arah Bayar RM 300,000 Oleh Mahkamah



KUALA LUMPUR: Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim pada Isnin, memperoleh ganti rugi sebanyak RM300,000 daripada seorang blogger, Azimudin Ahmat yang memfitnah beliau merogol pembantu rumahnya.

Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Datin Zabariah Mohd Yusof juga memerintahkan agar Azimudin yang juga seorang ahli jawatankuasa sayap Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) membayar kos RM100,000 kepada Rais.(mStar)


NOTA: Sebagai seorang blogger, kita bertanggungjawab atas apa yang kita tulis di blog kita. Buat rakan semua, ambil perkara ini sebagai iktibar. Bila dah ada satu kes yang memang, pasti banyak kes pula yang menyusul. Ermmm...berpadalah dan berhati-hatilah bila menulis ye? Tak padan kalau kena saman, setakat pendapatan sebagai blogger yang ciput je nih.




Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Selasa, Julai 19, 2011

24 Komen:

  1. kalau boleh elakkan menulis sebarang yang berbaur fitnah, provokasi, atau hasutan. kita yg bertanggungjawab sepenuhnya

    BalasPadam
  2. kene la apply keje yg 180k setahun. kene keje 2-3 tahun baru boleh bayo.

    itu pun kalau dapat. huhu~

    BalasPadam
  3. halusi betul2 antara berita dan fitnah sebelum menulis

    BalasPadam
  4. slm en.zul...
    busy ke hrni??
    semoga ceria wlupn bz bekerja ye...?? hehehhe

    hurm...btul tu,ape2 pn klu nk menulis tu,biarlah fikir terlebih dahulu dan mungkin boleh mengelakkan dr menulis benda2 yg sensitif... ;)

    BalasPadam
  5. ish dahsyat gak tu.. pening kepala nak bayar mcmana..

    BalasPadam
  6. Salam sejahtera
    Terima kasih berbagi nasihat dan info. Couldnt agree with you more. Not worth it to be sued.Nak dapat 300k for diri sendiri pun susah ni kan nak bayar saman..adeh

    BalasPadam
  7. huhu..semoga jadi pengajaran.....

    BalasPadam
  8. salam..... zaman ni semua tuduhan kena ada bukti, jadi kalau tak pandai, elok senyap saje

    BalasPadam
  9. eerrrmm...setuju!!kita bertanggungjawab apa yg kita tulis kat blog kita....duit hilang...dapat malu plak..mmg tak berbaloi....

    BalasPadam
  10. setuju bro! Moga dapat dijadikan iktibar pada semua blogger...harus bertanggungjawab dengan apa yg kita tulis dan pastikan semuanya sahih...

    BalasPadam
  11. takutnya..elok jauhkan diri daripada menulis benda-benda macam tuh.

    BalasPadam
  12. Salam Zul..

    Kena hati-hati kalau nulis ni..kalau kena saman sampai ratus ribu boleh bankrup..sia-sia je

    BalasPadam
  13. Berhati2 dan berwaspada sentiasa.. berpesan juga pada diri sendiri :(

    BalasPadam
  14. Ia tidak akan berlarutan kalau meminta maaf di peringkat awal dan jangan menulis dengan sengaja niat memburukkan seseorang tanpa fakta yang sahih.

    Persepsi dan tuduhan adalah dua perkara yang sangat berbeza.

    BalasPadam
  15. duit earning dari iklan di blog pun tak mampu nak bayar hukhuk

    BalasPadam
  16. Cakap main lepas je, tak boleh lah gitu...

    BalasPadam
  17. tulah seram sejuk dengar jumlah bayaran tu .. takottt...

    BalasPadam
  18. Hemm... kene berhati2 lah sekarang..kene kawal segala penulisan.. tak boleh emosional.. nak senang jgn buat entri ade kene mengene dgn orang..buat entri umum...

    BalasPadam
  19. tak berani nak buat entri2 yang berbaur permusuhan... apatah lagi politik... kalau nak buat boleh , tapi biarlah kena pada caranya...

    yang atas nih... susah juga.. kalau kita ada bukti sekalipun..jangan cari pasal kalau takda orang yang akan backup kita.. silap hari bulan jadi buruan

    BalasPadam
  20. salam
    agak kalau wordless wednesday boleh jadi kena saman gak ke, bro?

    BalasPadam
  21. @tehr

    susah saya nak cakap
    kalau dah ada yang tak puas hati
    ke mahkamah..bersedialah

    BalasPadam
  22. Kalau dgr dr sumber yg tak sahih, baik batalkan hasrat utk up date blog itu. kang xpasal2 memfitnah org pula

    BalasPadam
  23. وعليكم السلام ورحة الله
    Terima kasih semua kerana
    sudi singgah dan mencoretkan
    komen anda di sini..amat saya
    hargai..jazakumullah khair..

    BalasPadam

PERKONGSIAN MENARIK LAMAN BLOG LAIN JANGAN LUPA BACA