Video Guru Di Rompak Depan Rumah Di Setapak 27-Jun-2011




Salam semua, dalam kesibukan kerja saya terlepas pula isu hangat tentang seorang guru yang di rompak oleh penjenayah bermotosikal di hadapan rumahnya dan sempat kejadian itu di rakamkan oleh kamera litar tertutup (CCTV) rumah mangsa. Baru hari ini saya mendapat tahu apabila isteri saya menceritakan dan carian video ini saya lakukan di internet. Mungkin pihak polis sekarang sedang berusaha mengesan penjenayah tersebut .

Mengeluh sebentar saya apabila melihat video tersebut, kerana semakin berani perompak-perompak ini melakukan jenayah dan berkemungkinan akibat kecuaian kita sendiri. Nasihat saya kepada semua, berhati-hatilah sebarang kemungkinan dalam setiap tindakan kita yang mungkin mengundang penjenayah merasakan mereka ada peluang. Kredit video ini kepada: http://lepaklepakkedaikopi.blogspot.com/.




Petikan akhbar Utusan Malaysia


KUALA LUMPUR 27 Jun – Seorang guru wanita mengalami kerugian kira-kira RM8,800 selepas dirompak oleh sekumpulan lelaki dalam kejadian di hadapan rumahnya di Jalan Amzil, Taman Melewar tengah hari ini.

Mangsa, Nazalina Nawawi, 36, yang merupakan guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Lelaki Methodist Sentul itu juga nyaris maut ditetak oleh kumpulan perompak itu apabila mereka turut mengacukan parang ke arahnya.

Kejadian itu berjaya dirakamkan menerusi kamera litar tertutup milik jirannya, yang menunjukkan empat lelaki yang menunggang dua buah motosikal melakukan jenayah tersebut.

Menurut Nazalina, dia bergelut dengan seorang daripada penjenayah tersebut apabila lelaki itu merentap gelang tangannya sebelum menyelak tudungnya untuk menyamun rantai leher.

“Disebabkan saya tidak pakai rantai, perompak itu kemudian bertindak merampas beg tangan saya yang mengandungi wang tunai RM6,500 hasil perolehan perniagaan kedai buku milik suami dan sebuah telefon bimbit.

“Kumpulan lelaki itu juga memberi amaran supaya tidak menjerit, namun saya jerit dengan sekuat hati menyebabkan perompak itu marah lalu mengugut untuk menikam saya sebelum mengheret saya keluar kereta,” katanya.

Sementara itu, bapa mertua mangsa, Abu Bakar Ahmad, 67, bergegas keluar rumah setelah mendengar jeritan menantunya itu dan bertindak membaling batu ke arah perompak tersebut.

“Saya yang terkejut melihat pergelutan tersebut cuba membaling batu ke arah perompak itu tetapi saya diugut bunuh sekiranya saya bertindak merapati mereka. Mereka kemudian terus melarikan diri,” jelasnya.

Antara barangan yang turut diambil ialah kad pengenalan, lesen memandu, kad bank dan kunci kereta.

Mangsa yang trauma dengan kejadian itu kemudian membuat laporan di Balai Polis Setapak.

SUMBER: Utusan Malaysia





Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Rabu, Jun 29, 2011

22 Komen:

  1. Sampai terguling pak cik tu tenggalong bata..
    kesian betul..memang penyamun ni jenis "bangsat" makan duit haram begitu pun mereka sanggup..


    **TENGGALONG
    -baling@tuju dalam bahasa Utara

    BalasPadam
  2. Assalamu'alaikum Zul

    Memang menjadi-jadi sekarang ni.. di kawasan rumah kak pun dikhabarkan oleh anak bahawa kena berhati-hati, ibu-ibu yang menghantar anak ke Taskapun kadang-kadang disamun ketika nak membuka pintu kereta dan menghantar anak masuk ke kawasan Taska..

    BalasPadam
  3. tu la...menjadi2 kes mcm ni skrg...takut!

    BalasPadam
  4. Kita semakin tidak selamat berhati2 dan berwaspada sentiasa.

    BalasPadam
  5. Manusia semakin berani kehidupan makin tidak selamat Moga kita semua dilindungi dan dijauhi dari dugaan sebegini....

    BalasPadam
  6. geram betul nengoknya.. harap penyamun tu berjaya ditangkap..

    BalasPadam
  7. Malaysia makin x selamat

    BalasPadam
  8. Kena cegah dr puncanya...
    Kebanyakkan jenayah2 yg berlaku berpunca
    dari penagihan dadah..Walaupun x semua..
    Tapi kalau dpt kekang gejala dadah ni
    dpt la kurangkan sket jenayah ragut,rompak dll tu..

    BalasPadam
  9. geram je rasa macam nak pijak2 je diorg tu..
    suatu hari nanti hidup mereka takkan aman dan akan mendapat pembalasan di dunia dahulu..
    harap pihak polis banyak buat rondaan bukan skali skala contoh kat taman perumahan kami dulu masa rumah kami kena pecah selalu gak ronda sekarang dah tk nampak batang hidung, sepatutnya mereka ada time yang ditetapkan utk rondaan.. ingat itu amanah dan tanggungjawab mereka pada masyarakat ,kemudian barulah jiran sekeliling..

    BalasPadam
  10. mmg dasyat skrg.. dok rumah pun x selamat.. iks iksiks

    BalasPadam
  11. Semoga memberi hidayah buat mereka dan dilindugkan keselamatan kita..amin

    BalasPadam
  12. semoga Allah memberi hidayah pada mereka dan dilindungkan keselamatan kita dan keluarga..amin

    BalasPadam
  13. suami sy berpesan dgn sy, kalau jadi kejadian ragut jgn sesekali melawan, bagi je barang apa yg dia nak.. yg penting selamatkan diri
    kesian tgk depan rumah sendiri pun boleh kena samun

    BalasPadam
  14. Semoga penjenayah tu tertangkap. Dia ni memang tak makan saman ni. sepatutnya ada hukuman sebat untuk kesalahan berulang.

    BalasPadam
  15. Tanpa Nama29 Jun, 2011

    Kita tidak akan merasa selamat lagi. Anggota-anggota polis yang sepatutnya menjaga keselamatan rakyat telah dikerah untuk tugas yang bukan-bukan. Kita minta para perompak itu untuk merompak Hisamudin Hussin Onn sewaktu beliau nak pergi kerja. Biar dia sendiri merasainya. Pengalaman terbaik untuknya.

    BalasPadam
  16. Assalam..
    Lama tak dgr bahasa utara sejak dok Perak..
    Saya ada tgk dlm berita beberapa hari lepas, berani betul penyamun2 tu..Rasa mcm tak nak pakai brg2 kemas, boleh bahayakan diri sendiri..

    BalasPadam
  17. ,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
    //__l_l_,\____\,__
    l_---\_l__l---[]lllllll[]
    _(o)_)__(o)_)--o-)_)___
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Jom Terjah entry terbaru ??
    diy buat mudguard dari fibreglass

    haiiiii manusia kenapala lahhh ko merompakkkk ....menyamun.... mencuri.....

    di ahirat kelak akan di soal dan mendapat azab perit nanti

    BalasPadam
  18. takut pulak nak keluar rumah sekarang ni

    BalasPadam
  19. Ingat jer pada pepatah org tua2..."buat baik berpada2...buat jahat jgn sekali"...
    Sepandai2 tupai melompat, akhirnya jatuh ketanah juga...

    BalasPadam
  20. salam
    terfikir pul saya
    apakah hukuman yang dikenakan kiranya mereka tertangkap

    adakah memadai

    BalasPadam
  21. وعليكم السلام ورحة الله
    Terima kasih semua kerana
    sudi singgah dan mencoretkan
    komen anda di sini..amat saya
    hargai..jazakumullah khair..

    BalasPadam

PERKONGSIAN MENARIK LAMAN BLOG LAIN JANGAN LUPA BACA