Gerhana Bulan Penuh 16 Jun 2011



KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan menganjurkan Program Pencerapan Gerhana Bulan Penuh pada 16 Jun ini, bermula pukul 1 pagi di perkarangan Masjid Negara di sini.

Jakim dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, beberapa aktiviti akan diadakan termasuk taklimat mengenai gerhana bulan, solat sunat gerhana bulan, khutbah khas, kuiz dan juga pencerapan planet Musytari, Zuhrah dan Marikh.

Kehadiran orang ramai dialu-alukan bagi meraikan program tersebut yang dianjurkan bersama Agensi Angkasa Negara, kata kenyataan itu. Fenomena gerhana bulan penuh itu boleh disaksikan dari pukul 1.25 pagi hingga 7.01 pagi. (BERNAMA)





Sempena gerhana bulan penuh yang di jangka akan berlaku diantara pukul 1-7 pagi, 16 Jun 2011 ini, satu program pencerapan akan diadakan di Perkarangan Masjid Negara (berhampiran tapak ekspo). Program akan berjalan seperti berikut.

16 Jun 2011
  • 1 pagi : Pendaftaran peserta
  • 1 hingga 7 pagi : Pencerapan gerhana bulan, Musytari, Marikh & Zuhrah, taklimat gerhana, pertandingan kuiz & solat sunat gerhana
  • 7 pagi : Bersurai
 
Mari kita beramai-ramai  meriahkan program cerapan gerhana bulan ini. Anda juga berpeluang untuk melihat sendiri Musytari, Marikh & Zuhrah melalui teleskop.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Isnin, Jun 13, 2011

30 Komen:

  1. Salam Zul, kalau dekat2 leh juga join bagus best tu.

    BalasPadam
  2. salam
    tau jugak pasal gerhana bulan ni.... hari tu ada terbaca..

    BalasPadam
  3. slm en.zul..bz ke hrni??

    ada jg sy terbaca psl ni...
    igt nak tgk juga... ;)

    BalasPadam
  4. kalau dekat buleh pergi jugak nih...
    menarik perkara yg jarang kita temui untuk melihat kebesaran Maha Pencipta

    BalasPadam
  5. Teringin nak tngk. Tp jauh lah pulok..

    BalasPadam
  6. 1 pagi? Kalau sebelah rumah nak gak join. :)

    BalasPadam
  7. Sallam En Zul,

    Kalau dekat nak juga tengok,
    kena buat rombongan paling tidak
    1 kereta dari Lepih.

    BalasPadam
  8. bestya..
    klu d kl mmg tak blh pegi uhu...

    BalasPadam
  9. dulu masa kecil2 asal masuk perpustakaan mesti cari buku pasal bulan bintang, planet heee

    BalasPadam
  10. semayang gerhana sekali yerk...

    BalasPadam
  11. bukan senang dpt peluang mcm nie kan, abg zul...

    BalasPadam
  12. Menarik aktiviti tu.. buat menambah ilmu mengenai astronomi.

    BalasPadam
  13. klu upaya kita laksanakan solat sunat gerhana...

    BalasPadam
  14. Assalamualaikum...

    Moga sdra sihat hendaknya..
    Kalau dekat mahu juga ikut serta..

    BalasPadam
  15. yer arr...untung org dekat-dekat sana...ambil pengalaman & pengetahuan baru kalau dapat join program macam tu...

    BalasPadam
  16. ada gerhana bulan plak..

    BalasPadam
  17. Terimaksih bagi maklumat ni..kalaupun tk dpt sertai program tu dpt tenguk dr rumah pun dah kira ok..

    BalasPadam
  18. assalam..

    bgus program ni..

    BalasPadam
  19. terima kasih Zul kerana war warkan>.

    BalasPadam
  20. SALAM,
    TERIMA KASIH ATAS PERKONGSIAN INFO

    BalasPadam
  21. Minggu yang Gerhana..

    BalasPadam
  22. Kat mesjid ande buat solat sunat gerhana rasenye....

    BalasPadam
  23. kalau dpt ikut serta lagi bagus!

    BalasPadam
  24. selalu tengok bulan sebab nak kena bayar bill/.....huhuhuhu..

    BalasPadam
  25. Semakin kerap pulak sekarang gerhana ni ya tak kira lah bulan atau matahari.

    BalasPadam
  26. menarik ni.. agak2 kat Melaka ada buat tak program camni??

    BalasPadam
  27. salam
    insya allah sempat tengok walau pun dari rumah je

    BalasPadam
  28. وعليكم السلام ورحة الله
    Terima kasih semua kerana
    sudi singgah dan mencoretkan
    komen anda di sini..amat saya
    hargai..jazakumullah khair..

    BalasPadam
  29. Tanpa Nama15 Jun, 2011

    Nak solat sunat gerhana di mana2 pun takpe. Buat sendirian pun boleh tetapi digalakkan berjemaah. Semoga Allah terimah ibadah yang ikhlas daripada hambaNya.

    BalasPadam

PERKONGSIAN MENARIK LAMAN BLOG LAIN JANGAN LUPA BACA