Juara American Idol 2011 : Scotty McCreery




Scotty McCreery bergelar pemenang program nyanyian American Idol musim kesepuluh (AI10) selepas menewaskan pesaingnya Lauren Alaina pada pentas akhir yang berlangsung di Nokia Theatre, di sini, Rabu.

Persaingan sengit dua peserta yang memperjuangkan genre muzik country itu menyaksikan McCreery mengetepikan Alaina dengan undian sebanyak 122 juta.

"Saya tidak pernah menjangkakan langsung. Saya perlu berterima kasih kepada Tuhan terlebih dulu... Dia yang menyebabkan saya berada di sini," kata remaja berusia 17 tahun yang sinonim dengan ton suara yang besar dan dalam.

McCreery dan Alaina,16, juga merupakan dua peserta paling muda yang pernah bertanding dalam sejarah American Idol.



NOTA: Menepati ramalan saya bila budak bersuara macam orang besar ini menyanyikan lagu-lagu Country menjadi juara American Idol 2011. Anda jangan terkejut jika beliau hanya berusia 16 tahun sahaja. Tahniah buat beliau dan muzik Country Amerika. Saya memang penggemar lagu-lagu Country yang muziknya tidak terlalu bising serta romantik. Berlainan bila remaja dulu, rock pilihan hati..he he.


Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Khamis, Mei 26, 2011

15 Komen:

  1. suara dia mmg sedap dan relaxing...:)

    BalasPadam
  2. saya pon ramalkan dia yg menang...
    dr mula2 audition dh nmpk aura dia...

    BalasPadam
  3. suara dia unik..cam suara Elvis kot

    BalasPadam
  4. Tahniah kepada beliau. Jangan lupa belanja saya makan..... [",]
    PS: tahun ni tak follow langsung.

    BalasPadam
  5. alamak...muka dia macam aku masa muda la..

    BalasPadam
  6. Salam Zul..

    Tahniah pada pemenangnya..yg penting kasi traffic cair.

    BalasPadam
  7. @ozzy

    tahu tak pe..
    he he..ko la sahabat
    yang memahami..
    :)

    BalasPadam
  8. @abadi romeo

    memang ada iras tu
    Zul..umor berapa
    agaknya masa tu..?
    he he :)

    BalasPadam
  9. salam cik zul..
    kalau tgok idol luar negara mmg berkualiti suara mereka..

    music country tu cmne cik Zul? tringin juga nak dgr..hehe..mcm best je..bg sy mna2 link ya :D

    BalasPadam
  10. @adele

    W_salam Adele..
    ermmm..boleh lah cuba di link
    ini, kalau tak sesuai katakanlah..

    http://www.nutsie.com/top100sradio/Top%20100%20Country%20Hits%20This%20Week/33349371

    BalasPadam
  11. saya tk tgk musim ni. hilang minat dah.

    BalasPadam
  12. Assalam encik Zulkbo..
    tak pernah layan pun sebelum ni..
    tapi bila layan kt youtube best lak suara Scotty McCreery ni.. tahniah tuk pemenang..

    BalasPadam
  13. Memang patut la dia menang.. Suara dia terbaeklah...he3

    BalasPadam
  14. masih muda hebat, berapa umurnya? 16 - 17 tahun?

    BalasPadam