11-11-11 Anda Di Mana Agaknya?

Salam semua, mengikuti perkembangan PM kita Dato Seri Najib singgah di konti radio hot FM hari ini yang begitu teruja dengan angka 11 dalam hidup beliau. Bermacam cerita juga yang saya dengar berkenaan dengan angka 11-11-11 tahun ini. Ramai di kalangan rakan cina yang memilih untuk mengabadikan sesuatu yang istimewa di tarikh ini. Buat pembaca sekalian tepuk dada tanya rasa anda sendiri.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mencetuskan teka-teki bahang pilihan raya umum ke-13 dengan berkata, ia mungkin diadakan pada satu tarikh atau bulan yang mempunyai nombor kegemarannya, 11.

Najib, yang juga Pengerusi Barisan Nasional berkata, kesukaannya pada nombor itu menyebabkan ramai pihak meramalkan bahawa pilihan raya umum kali ini akan diadakan pada 11 November tahun ini (11.11.11).

Beliau berkata, demikian ketika menjadi jemputan khas program pagi stesen radio Hot.fm di Sri Pentas di sini.

Ketika ditanya lanjut oleh wartawan selepas program satu jam itu, Najib berkata, tarikh itu ditimbulkan oleh pihak yang suka membuat teka-teki tarikh pilihan raya “untuk mengisi masa terluang”.

"Saya rasa elok diteruskan teka teki ini,” katanya. - Bernama

Terdahulu dalam program itu, beliau turut menjelaskan buat pertama kalinya kaitan nombor 11 pada dirinya.

Antaranya ialah Allahyarham ayahandanya, Tun Razak Hussein lahir pada 11 Mac 1922, ibunya Tun Rahah Noah lahir pada 11 Jun 1933, hari lahir anak pertama beliau juga pada 11 haribulan, dan Umno ditubuhkan pada 11 Mei 1946.

Najib menjadi Menteri Besar Pahang yang ke-11 (1982-1986) dan merupakan Orang Kaya Indera Shah Bandar yang ke-11.

Nombor plat kereta rasmi beliau juga bernombor 11. - Bernama

Jom kita layan kisah seram 11-11-11 yang bakal ke pawagam tidak lama lagi. Saya memang suka kisah sebegini. Ini yang di jangkakan oleh orang barat bakal berlaku pada 11-11-11 nanti. Ermmm..tunggu...!!! Wassalam.

 
11-11-11



Jom singgah baca:


Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Jumaat, Mei 06, 2011

20 Komen:

  1. cantik tarikh tu 11.11.11. tapi tak sempat saya nak daftar ngundi.sedih.

    BalasPadam
  2. marilah mengundi..balik kampung sendiri untuk mengundi.Jangan tunggu ada yang nak sponsor baru nak mengundi.Tunaikan tanggungjawab anda sebagai warganegara.Umpama sireh pulang ke ganggang..

    BalasPadam
  3. Assalam...
    Rasanya baru lepas berpantang kot masa tu...
    lebih kurang la...

    BalasPadam
  4. 11.11.11 tak silap jatuhnya pada hari jumaat byk kelebihannya hari jumaat ini, dan tak kurang juga hari jumaat ada juga yang membawa keburukan seperti tsunami di jepun yang lepas jugak jatuh pada hari jumaat.

    BalasPadam
  5. molek jika tarikh mengundi tu..

    BalasPadam
  6. Beliau pernah berjanji nak dtg kenduri kawen koi..
    jgn la ngundi bulan seblas..ramai yg x kuor ngundi nt..ramai yg nak nikah tarikh tu... xde mase nk ngundi2 bagai..huhuh...

    BalasPadam
  7. moga Allah masih lagi memberi kita bernafas sehingga 11.11.11 tu

    BalasPadam
  8. hari tu hari jumaat...saya belum tahu saya di mana...ini semua kerja Allah swt. Semoga saya akan menempuhi tarikh tersbut. Semoga Allah swt meminjamkan lagia usia kita ini...amin

    BalasPadam
  9. tak tahu lah apa yg sy buat ketika itu..yg pasti nya..sy akn trus berblogging..insyaAllah :D

    BalasPadam
  10. Salam

    apa nak buat pada tarikh tu ek?

    BalasPadam
  11. dijangka tarikh pilihanraya.... kita tunggu..

    BalasPadam
  12. Tanpa Nama07 Mei, 2011

    tarikh tu balik kampung, adik ipar nak nikah..kalau jadi pilihanraya OK jugak sebab mmg dah ada kat kampung.. tapi kalau boleh jangan pRU tarikh tu sebab rakyat bergerak ke sana sini kerana cuti dan kenduri kahwin, mesti ramai tak dapat mengundi nanti

    BalasPadam
  13. detik ketika itu saya dikatil, terjaga dan menunaikan qadha hajat....dan meneruskan munajat, mungkin.

    BalasPadam
  14. Tanpa Nama07 Mei, 2011

    Bulan sebelas selalunya musim hujan. susah orang nak keluar mengundi nanti.

    BalasPadam
  15. nak kawin on 11-11-11.

    sempat ke ek?

    BalasPadam
  16. Mana ada orang mengundi pada hari Jumaat..

    BalasPadam
  17. ....err, nanti nak cek jadual. Dah cuti sekolah ke belum tu ya!

    BalasPadam
  18. salam
    nak ngundi lagi ke kita ni, bro?
    rasa macam baru je lepas ngundi
    hehe

    BalasPadam
  19. وعليكم السلام ورحة الله
    Terima kasih semua kerana
    sudi singgah dan mencoretkan
    komen anda di sini..amat saya
    hargai..jazakumullah khair..

    BalasPadam