Tekanan Tayar Juga Penting | Tips Keselamatan







SOALAN LAZIM
S : Berapa tinggikah tekanan angin yang mesti saya isikan di dalam tayar saya?


J : Tekanan angin adalah pekara yang paling penting untuk penjagaan tayar. Tahap tekanan angin di dalam tayar mestilah mengikut maklumat yang diberikan di dalam buku panduan pemilik ( manual ) setiap kenderaan.


Maklumat saiz tayar dan tekanan angin juga dipamerkan pada salah satu dari tempat-tempat berikut :


- Di sisi pintu pemandu
- Dikerangka pintu
- Di dalam kotak sarung tangan ( glove compartment )


Sekiranya saiz tayar berlainan dari yang dicadangkan, sila minta nasihat dari pengeluar kenderaan dan pembuat tayar.

  • Tekanan Angin Rendah

Tekanan angin rendah adalah punca utama memusnahkan tayar. Tayar yang berjalan di bawah tekanan angin rendah akan mengalami kenaikan suhu tinggi dan pengurangan kemampuan untuk membawa beban akibat dari lenturan dinding sisi yang berlebihan. Ia juga akan meningkatkan penggunaan petrol. Angin diisi seperti yang dicadangkan akan menambah jangka hayat tayar dan menjimatkan penggunaan petrol.

  • Memeriksa Tekanan Angin Dengan Kerap

Anda tidak boleh menentukan tekanan angin hanya dengan anggaran penghilatan mata kasar. Terutamanya kepada tayar lapis jejarian ( radial ply tyre ).


Pemeriksaan tekanan angin mestilah menggunakan tolok tekanan yang baik sekurang-kurangnya dua minggu sekali dan setiap kali sebelum perjalanan jauh. Pemeriksaan mestilah dilakukan semasa tayar "sejuk" ( dipandu tidak lebih dari 1.5km ). Sekiranya kenderaan telah dipandu jauh, pemeriksaan tekanan angin perlu dilakukan selepas beberapa jam apabila tayar telah "sejuk".


Jangan mengurangkan tekanan angin apabila tayar masih panas. Tekanan angin akan naik secara otomatik apabila suhu dalam tayar meningkat. Kenaikan ini adalah normal dan tidak perlu diselaraskan.

  • Menyesuaikan Tekanan Angin Mengikut Muatan

Tekanan angin mesti ditambah apabila kenderaan membawa muatan lebih. Penambahan 4psi ( 28kPa ) di atas paras tekanan 'sejuk' yang dicadangkan oleh pengeluar kenderaan adalah mencukupi.
Peringatan : Periksa dan menyelaraskan tekanan angin semasa tayar "sejuk" sahaja.

  • Sentiasa Memeriksa Untuk Memastikan Tayar Anda Mempunyai Tukup Injap ( Valve Cap )

Pastikan tukup injap dipasang dengan betul dan diketatkan. Tukup injap mestilah mempunyai sendal getah untuk memberikan daya penyendal angin sekunder serta menghalang debu dan lembapan dari merosakkan teras injap.Injap baru mestilah dipasang setiap kali tayar di tukar.

  • Ringkasan

1. Tekanan angin hendaklah selalu diperiksa.
2. Tekanan angin rendah adalah punca utama kerosakan tayar.
3. Tambah tekanan angin apabila membawa beban yang lebih tinggi.
4. Jangan bergantung kepada penglihatan mata kasar untuk menentukan tahap tekanan angin tayar.
5. Sediakan tolok tekanan angin yang baik dan gunakannya.




Lagi info anda boleh layari:  PAHANG COMMUNITY





Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Sabtu, Februari 12, 2011

20 Komen:

  1. Salam bro,

    Saya mempunyai sebuah kereta dan saya rasa panduan penjagan tayar ni sangat perlu.terima kasih atas perkongsian tip ini dan moga ianya dapat membantu semua pemilik kereta supaya dapat menjaga jangka hayat tayar.

    Terima kasih.

    BalasPadam
  2. Salam..
    Selama dok bawa kereta, tak pernah cuba isi angin sendiri kerana fobia dgn pengalaman lalu.
    Isi angin kat tayar basikal sampai meletup...jgnkan nak isi angin, nak tiup belon pun dah takut...

    BalasPadam
  3. Lupa..., tayar angin kereta tak isi lagi ni dah sebulan....

    BalasPadam
  4. Salam...

    Koi isi sdiri angin tayar..
    Tuko tayar jek koi x reti...

    BalasPadam
  5. em.setuju. Kadang-kadang, memang lupa perhati bab tayar-tayar nih..

    BalasPadam
  6. baru je tukar tayar 2 biji tadi...melayang rm360...

    BalasPadam
  7. best juga info ni bro...tayar pun mcm bini juga kena jaga selalu hehe

    BalasPadam
  8. Info yang amat berguna...
    Trm ksh.

    BalasPadam
  9. السلم عليكم ورحمة الله

    Ya, kita patut simpan satu tire pressure gage untuk check tire pressure...

    BalasPadam
  10. Salam Zul, terima kasih berkongsi citer pasal tayar. Kawan kadang mudah aje asal nampak leper aje sikit kawan sumbat angin :)

    BalasPadam
  11. nice sharing bro..
    mmg ptg tekanan tayar..

    BalasPadam
  12. payoh nak tahu tekanan tayar ni kecuali pegi pam je...

    BalasPadam
  13. hm... aried pernah baca yg kalau angin kurang, bahagian tepi tayar cepat haus..

    kalau angin lebih, tayar bhgian tengah pula yg akan haus....

    so, mmg kena jaga btol2 le tkanan tyar ni

    BalasPadam
  14. Pengalaman pertama ckLah pam tayar...
    Lepas budak pam tu siap mengepam, ckLah tanya "Berapa dek?"

    Budak tu ketawa,"Tak payah bayarlah kak!" Katanya.

    :D

    BalasPadam
  15. Tayor yang bergolek ter sokmo orang pam.Cer pam tayor spare ter juge.Angin dia ter pun kurang juge weh.

    BalasPadam
  16. pam tayar senang..
    tukar tayar tu yang susah..

    BalasPadam
  17. salam
    saya hanya periksa tekanan angin tayar bila nak jalan jauh je

    BalasPadam
  18. Salam Zul,
    Mekar ni tahu bawa kereta jer. Bab2 tayar ni di serah kat mr suami aje. Nak pam pun tak tahu. Memang nak belajar juga satu hari nnti :-)

    BalasPadam
  19. وعليكم السلام
    semua..terima kasih
    kerana sudi meluangkan
    masa mencoretkan komen
    anda di sini..amat saya
    hargai..jazakumullah

    BalasPadam

PERKONGSIAN MENARIK LAMAN BLOG LAIN JANGAN LUPA BACA

Carian Blog