Nampaknya Ramai Yang MengGoogle Saman




Salam semua, nampak gayanya 2-3 hari ini ramai yang membuat carian mengenai saman trafik.Hari ini juga merupakan hari terakhir tempoh pembayaran berdiscount yang di beri pihak PDRM kepada pesalah trafik yang di kenakan saman membuat pembayaran.

Blog ini juga nampaknya tumpang sekaki apabila mendapat trafik yang mencurah-curah ke entri yang menggunakan keyword berkenaan saman.Rasanya ramai blogger yang ada entri berkenaan saman trafik akan merasainya jua..rezeki kata orang jangan di tolak.

Yang empunya blog sendiri pun belum periksa saman lagi ni.Setakat bulan November tempohari sewaktu saya membuat pembaharuan cukai jalan tiada saman yang kena, alhamdulillah.Harapan biarlah berterusan sehingga bila-bila.Buat anda semua bagaimana? Masih ada masa lagi nih..layan pantun saya;

Dari timur pergi ke barat
Sudah ke barat ke utara pula
Kalau di saman hati terasa berat
Jangan lupa selesaikannya pula

Susu kambing susah di cari
Susu lembu di buat ganti
Apakan daya kesalahan diri
RM di tebus di galang ganti



Entri berkaitan:






Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Isnin, Februari 28, 2011

23 Komen:

  1. huhu. tak pernah kene saman sebab takde lesen pon lagi! hahaha

    BalasPadam
  2. Bayar..jangan tak bayar...masok lokap sehari pun dah consider banduan....

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum Zul,

    Berderet-deret sedari pagi
    sampai lengoh kedua kaki
    bayar saman dgn berat hati
    apa nak buat road-tax dah mati

    BalasPadam
  4. assalamualaikum

    termasuklah saya tu..

    sedang berusaha nak p bayar ni

    BalasPadam
  5. memang dah lumrah manusia....tggu saat akhir..

    BalasPadam
  6. hurm...rugi sape2 yg xsettle kn saman tu sbb ade diskaun heheheh

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum,
    Rupanya keh pun ada saman,
    Boleh bayar online,
    tak ada masaalah.

    BalasPadam
  8. ada saman buat tak reti
    malas nak semak supaya tak semak
    tunggu je warant bapak polisi
    kat mahkamah diskaun tu cuba la mintak

    BalasPadam
  9. As salam..
    Saya salah seorang antara ramai2 nak check saman tu...byk kali cuba baru dpt tau. Rupanya ada lg 1 saman. Lepas tu dah tak boleh bayar melalui online, sesak sungguh, mgkin sistem online terus down gara2 ramai yg nak bayar saat2 akhir. Itu la, kelmarin baru my hubby bagitau ada saman bila saya tanya.

    BalasPadam
  10. Salam zul, rasanya rekod kawan masih bersih :)

    BalasPadam
  11. aduh aduh duh duh duh....saman oo saman....pantun tu bagi sejuk sikit hati ni. hehehe

    BalasPadam
  12. Salam.
    Rasanya saya takde saman dan takde buat post pasal saman ni jugak.... ("~)
    Nak nangis ke nak jerit gembira ni? Hehehehe....

    BalasPadam
  13. السلم عليكم ورحمة الله

    Moga sdra sihat hendaknya
    Saya pun tak check online, rasanya takder saman

    BalasPadam
  14. saya belum ada lesn lagi bro hee..

    BalasPadam
  15. salam sahabat?
    apa khabar? sihata ker?

    awas!!awas!!
    polis ..jpj sedang memerhati gerak laku anda di jln raya :)

    BalasPadam
  16. saman..saman,,,sakit kepala ingt psal saman...

    BalasPadam
  17. Assalamu'alaikum Zul

    Kak dah lama tak bawa kereta, tapi masih nama empunya kereta .. adalah samannya dan dah selesai bayar online...

    BalasPadam
  18. ramai yang membuat pembayaran saat akhir..

    BalasPadam
  19. Itulah, tengok tadi ramai yang beratur sampai terpaksa berhujan.

    BalasPadam
  20. Pandu cermat,poket selamat :)

    BalasPadam
  21. syukur saman takda...

    BalasPadam
  22. Alhamdulilah. Sya pun tiada saman. Maklumla bawa keta pun dekat2 area umah jer !. Td tgk kaunter trafik kat The Curve punya la ramai umat beratur macam ular

    "Kenapa memandu di lorong kanan"

    BalasPadam