Kalendar Kuda Dan Aku.



Salam semua, kalendar kuda ? Siapa rakyat Malaysia yang tidak kenal dengan istilah ini ? Pada saya adalah satu gadjet utama kehidupan seharian saya.Tanpa kalendar kuda, kadang-kala susah juga nak mengatur diari hidup seharian.

Mengambil nama kalendar kuda ; adalah kerana dalam kalendar ini kedapatan gambar kuda yang mewakili perlawanan judi lumba kuda oleh syarikat judi berlesen di Malaysia.Pada saya pedulikan yang itu, kalau kita berniat baik kenapa hendak ambil yang tidak elok.


Mungkin pada setengah orang kalendar lain pun tidak mengapa, sementelah lagi dalam handphone sekarang pun sudah di sediakan kalendar. Jadi kalendar handphone boleh di bawa ke mana sahaja, malahan dalam poket seluar sekalipun.

Kegunaannya amat penting pada saya kerana segala jadual, musim perayaan malah cuti sekolah yang tercatat agak tepat dan mudah untuk di jadualkan.Mudah dilihat dengan huruf yang jelas, malahan dari jauh sekalipun sudah kelihatan.

Dari segi kiraan dalam bulan islam juga agak tepat dan mudah untuk saya serta ahli keluarga lainnya untuk merencana sesuatu aktiviti yang melibatkan kalendar bulan islam.Cuti hari raya dan puasa sunat mudah di rancang tanpa perlu kita kadang-kala terlepas pandang.

Cuma menghairankan, agak susah untuk mendapat kalendar kuda kebelakangan ini.Kalau ada pun hanya kedai-kedai lama yang di punyai oleh apek-apek tua(generasi lama cina).Itupun kadang-kala cepat benar habis stoknya.

Memang ada pengganti kalendar baru yang  seakan-akan sama, malah mungkin lebih baik.Tapi setiap satu itu pasti ada kekurangan yang saya lihat.Mungkin dari segi warnanya mahupun huruf yang di gunakan agak berlainan menjadikan kurang menarik di mata saya.

Agak terkilan juga, tidak lah pula saya mendapat walau satu pun kalendar kuda  pada tahun ini.Terasa seperti kekurangan sesuatu, biarpun ada lebih 5 kalendar yang lebih canggih sebagai gantinya.Namun kalendar kuda tetap di hati saya.Wassalam.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Isnin, Januari 10, 2011

55 Komen:

  1. kt rumah sy pun pakai kalender kuda ni... hehe

    BalasPadam
  2. Salam zul , kelander lain tengok tak best yang nie jugak best kalau x de mmg tak jadi :)

    BalasPadam
  3. biasa banyak terdapat diluar bandar..kedai Apek.
    Sebab itu pemberian kelender ni menjurus ke arah promosi.Mana taknya ..nama Kedai/perniagaan akan terlekat kat dinding rumah kita untuk sepanjang tahun.Kalau PC..ada on/Off.Kelender Kuda 24 our.
    Contribution ni walaupun F.O.C ianya mendatangkan kesan baik kepada perniagaan.

    BalasPadam
  4. ieda memang berkenan betoi kat kalendar kuda, cukup semua dlm tu tapi tahun ni ieda tak dapat le..adoii..

    BalasPadam
  5. Terfikir juga: kenapa tak dibuat kalendar yang sebijik macam kalendar kuda, cuma dibuangkan gambar kuda tu atau digantikan dengan gambar lain????

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum sdra..

    Moga sdra terus sihat hendaknya..

    Baik juga cadangan Kak Aida Ali tu, kalendarnya dibuat Islamik sikit, lagi cantik nampaknya

    BalasPadam
  7. kalender kuda kt umah eqa blambak giler..nak dekat 20 rasanya.. sbb eqa buat umah baru..10 kali ulang beli cat..10 kali dia bagi..hakhak..

    BalasPadam
  8. salam..
    ini tahun dapat kecik punya jer..itu pun apex kedai runcit bagi...

    itu tarikh selalunya banyak betul...mesti simpan satu untuk rujukan cuti..hi..hi2

    BalasPadam
  9. belilah brg kemas utk org umah cik zul,msti dpt kalendar kuda..hehehe

    BalasPadam
  10. salam en zul@ mmg skang byk jenis kalendar tp y nih mmg senang ar..cuma nak dapatkan sgt susah..tak mustahil satu hari nanti kalender nih xde dah diedarkan di m'sia

    BalasPadam
  11. salam..
    dulu masa kat m'sia mmg kena cr kalender kuda ni,rasa x syuk klu x da.susah nak tau cuti.hehe

    BalasPadam
  12. Oh yelah. Sejenis kalendar yg lengkap walaupun sangat hodoh hehehee..

    psst: tadi kat blog relevan saya baca komen aok tentang mengencendoi. Apa ke benda tu? TQ :)

    BalasPadam
  13. koi suka kalender hok sekeping siat hari-hari ter

    BalasPadam
  14. Ha ha Finaz..mengecendoi ni macam mendodoi anak..hahaha!

    Minum Cendol lah..

    BalasPadam
  15. Salam...

    Kat umoh koi byk kalendar kuda..
    Kat Pekan tu byk lagi kedai2 lama jadinye memang senang nak dapat..heheeh

    BalasPadam
  16. eh btol tu kalendar canggih lain tak sama dgn kalender kudas.Cm pun tak dapat kalendar kuda tahun ni..rasa tak lengkap..sejak turun temurun kami guna kalendar kuda:)

    BalasPadam
  17. sekarang kelendar kuda dah digantikan dengan kelendar yg ada waktu solat. Rupanya lebih kurang serupa.

    BalasPadam
  18. Rasanya kelendar tu senang nak dapat kat tempat lumba kuda je... macam Selangor Turf Club... PEACE...

    BalasPadam
  19. Salam...

    Ya betul tu,
    Tak lengkap rasanya kalau tak ada 1 kalendar kuda...

    BalasPadam
  20. @eQuRlzNak nak nak. Saya tak dpt langsung kalender kuda tahun ni. Susah betul nak buat rujukan. Dulu ada la jugak kalender kuda besar tapak tangan.

    BalasPadam
  21. Sesiapa yg selalu pegi kedai kuda tu mesti banyak dpt kalender. Hulur-hululr la kat kawan-kawan. Takkan nak kena masuk kedai kuda baru nak dapat sekeping. Tak pasal-pasal kena cekup

    BalasPadam
  22. kalender yang terus diguna sampai la ni...

    BalasPadam
  23. salam ..kat rumah saya x pakai dah kalendar kuda ni ..pakai yang sek agama punya..ok lah..ada waktu solat dan hari kemuliaan Islam

    BalasPadam
  24. salam..

    Aku pun sama suka guna kalendar kuda ni cuma skrg diaorg kedekut sikit nak bagi..beli brg lebih rm50 baru dapat

    BalasPadam
  25. dah lama juga tak tengok kalendar kuda ni...

    sekarang, guna kalendar dalam diari saja...tapi tak sehebat kalendar kuda...

    BalasPadam
  26. kome tengah buat takwim sar kafa nih...guna kalendar kuda lagi senang semua ada heheh

    BalasPadam
  27. Salam Bro Zul,

    kalendar pujaan setiap hujung tahun ! Mesti cop bila supplier hantar. kekeke..

    Samalah kita. Tengok bila raya, cuti sekolah pastu plan nak pergi mana... hehehe..


    nak tak Bro? Ada extra lagi ni.. Tapi yang gantunglah.

    BalasPadam
  28. @a.z.r.i.n.a.03.07

    Ye ke?
    tak pe lah..malu lah..he he
    ni ada sorang kawan baca di
    FB nak bagi petang nanti..
    alhamdulillah..dapat satu

    BalasPadam
  29. @Anak Ulu Cheka

    Hebat aok ter..
    selamat bertakwim
    baru tahun ni

    BalasPadam
  30. @ozzy

    Pulak?
    macam ni pun ada ye...?
    meniaga Ozzy..mesti strategi tu..

    BalasPadam
  31. @Miecyber

    Dah tentu bukan Mie..
    rasanya maskot binatang
    di Malaysia ialah Rimau..
    he he..(harimau malaya)

    BalasPadam
  32. @abadi romeo

    Setuju dengan anda Romeo..
    strategi perniagaan yang
    di lupakan orang sekarang..

    BalasPadam
  33. SALAM,
    SUKA DENGAN KALENDAR KUDA NI ! TAPI SEKARANG NI, SPTMANA DLM N3, SUSAH NAK DAPAT KALENDAR KUDA!

    BalasPadam
  34. Masa kecil dulu, kelender kuda ni jadi macam mini diariku. Aku catat bila ada kelas, latihan bola, pertandingan itu ini, dating (yg ni tipu jah!)

    BalasPadam
  35. salam bro zul..
    saya pun dapat satu je. tinggal kat ofis, senang nak rujuk cuti yang banyak2 tu. kalau table calendar tu, tak semua cuti terpampang.

    BalasPadam
  36. salam
    hahaha teringat kepada kawan saya memang sentiasa bawa kalendar kudanya kemana-mana..paling lengkap katanya

    BalasPadam
  37. kelendar kuda mmg best..
    semua org cari..
    maklumat lengkap, cuti sekolah, cuti umum dan mudah untuk tanda.. :)

    BalasPadam
  38. Salam cik Zul..kt rumah sy pun kalendar ni tetap tergantung kt dinding walaupun byk pesaing2 lain..mungkin sbb besar dan jelas kot senang bila nak tengok hari dan tarikh :D

    BalasPadam
  39. @Abd Razak @ Kak Aida


    Sangat baik cadangan anda..
    harapan adalah syarikat yang
    nak print sedemikian dan edarkan
    kepada pengguna..

    BalasPadam
  40. @adele @ SOP

    Yang pasti..
    1-kesukaan ramai..
    2-pilihan ramai..

    BalasPadam
  41. ckLah pun, dapat beberapa kalender pelbagai rekabentuk, hujung2 kuda juga yang dicari....

    BalasPadam
  42. Salam Zul..
    sy pun memang sentiasa mencari kalender kuda..mujur bershoping di pusat pakaian hari2..dapatlah dua kalender seakan2 kalender kuda..kalender yg canggih2 tak lengkap..malah kdg nk tguk tarikh bulan Islam pun payah..

    BalasPadam
  43. Sangat bersetuju En.Zulkbo..walupun ada kalender dgn pemandangan yg lebih menarik, kertas yg lebih tebal,design yg canggih, kalender kuda tetap menjadi pooojaaan hatiku...lebih praktikal!!

    BalasPadam
  44. hoho saya dapat satu kalendar ni...anak saya panggil kalendar kecik..

    BalasPadam
  45. kalendar kuda... dekat kg lagi ... kat sini... takda... letak kalendar lah pulak.. huhu

    BalasPadam
  46. Org minat ngan kalendar ni sebab complete, xde niat lain...

    BalasPadam
  47. Mudoh nok nande ter la pade koi.

    BalasPadam
  48. salam zulk..makcik ingat lagi dirumah emak n ayah ada kalender kuda ni..dulu mudah dapat,tapi sekarang dah lama makcik tak tenguk kalendar kuda ni.

    BalasPadam
  49. umah gue..
    setiap tahu ada saja kalendar ni..

    BalasPadam
  50. Assalamu'alaikum Zulkbo

    Semoga sihat sejahtera di sana.

    Masa bersekolah rendah dulu nombor-nombor (tarikh)pada kalendar tu kami potong dan tampal di hujung buku latihan jadi mudah kenal buku apa (cuma tengok nombor je) - (idea cikgu kami).. jadi amat bergunalah kalendar kuda tu..

    BalasPadam
  51. tahun lepas saya pergi seminar falak, penceramah daripada jabatan ukur dan pemetaan malaysia bagitahu, kehebatan kalender kuda ni bukan semata2 pada lumba kuda itu saja. ianya adalah satu2nya kalender yang lengkap kerana di dalamnya ada kalender masihi, kalender islam, kalender cina dan kalender india.

    BalasPadam
  52. bro Edoras baru saja join dunia blogging. Jom support and welcome him to the world of blogging! yay! ^_^

    BalasPadam
  53. tu klender kuda heee..

    suri pun dah terbiasa guna kelender tu..sb detail hee..

    yang terbaru punya kelnder mmb juah bezanya kan heee..

    BalasPadam
  54. Terima kasih semua
    atas pandangan dan
    komen dari kalian..
    amat saya hargai..

    BalasPadam

PERKONGSIAN MENARIK LAMAN BLOG LAIN JANGAN LUPA BACA