Zul Yang Aku Kenali | Abadi Romeo



Salam semua, bila bercerita bab  kawan lama terimbau kembali di zaman persekolahan menengah dahulu.Antara aktiviti yang paling saya aktif sekali ialah berpengakap.Dari tingkatan satu sehingga ke enam atas, tak pernah aktiviti lain yang menjadi ketagihan melainkan berpengakap.

Bercerita bab berpengakap di sekolah masa itu, paling popular di kalangan kami ialah "Triple Zul". Nak tahu apa itu "Triple Zul", apa kata teruskan membaca entri yang saya buat khas buat rakan baik semasa di sekolah menengah dahulu.

Zulkarnain Manan, lebih di kenali sebagai Abadi Romeo di alam siber ini. Beliau adalah setahun junior  semasa bersekolah dahulu. Orangnya yang macho (tu yang abadi romeo selalu...he he..) peramah dan mudah di dekati selain seorang yang kuat bekerja.

Kami berkawan baik dan pernah bersama berhijrah ke Kuala Lumpur suatu masa dahulu malah tinggal serumah bujang, tetapi beliau kini kembali semula ke kampung menguruskan perniagaan orang tua beliau di sana.

" Triple Zul" adalah kerana; suatu masa dahulu, ke mana sahaja kami  selalu bersama antara 3 orang sahabat.Saya Zulkifle Othman,Zulkarnain Manan dan seorang lagi Zulkifli Kassim.Ha ha, memang unik  semasa itu, bila panggil ZUL sahaja ketiga-tiga orang akan menyahut.

Kegilaan kami berpengakap bukan sahaja merangkumi aktiviti di sekolah malah melibatkan aktiviti luaran juga. Antara yang paling extreme ialah berakit buluh menyusuri sungai Pahang selain berbasikal merentasi kampung dari Jengka ke Kuantan.

Memang manis bila di kenang saat-saat itu, tidak boleh di beli dengan wang ringgit, hanya kenangan abadi di ingatan.Buat sahabat ku Abadi Romeo, selamat datang ke dunia blogger. Semoga tercurah segala idea dan pandangan serta pengalaman anda di alam siber ini.
Rakan blogger sekalian bolehlah melayari laman Blog beliau di SINI dan mengikuti kisah suka duka penulisan seorang blogger yang penuh dengan idea tersendiri dan jangan lupa jadi Follower blog beliau juga.Wassalam.




Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Selasa, Disember 21, 2010

50 Komen:

  1. en.zul xdpt glaran romeo gak ke?? hehehhe

    BalasPadam
  2. @zella y

    erppp...tak kut?
    saya ni tak macho
    dan hensem..la la

    BalasPadam
  3. salam zul..

    Selamat datang juga pada zul manan..kawan masa sekolah cuma aku & dia lebih kenal di padang bola.

    BalasPadam
  4. bro zul, nak ngorat lah member tuuuu, hahahahah! :)

    BalasPadam
  5. @ozzy

    Hebat korang berdua dulu ye..
    mat bola belaka..he he

    BalasPadam
  6. @Ieda Al-Habsyi

    Silakan Cik Kak Ieda..
    mantop..!!he he..

    BalasPadam
  7. Salam Zul, Salam perkenalan juga drp saya utuk sahabat romeo anda itu. Kenangan lama semmg yang terindah :) New Entry "Jika anda seorang Blogger."

    BalasPadam
  8. Zaman mude2 dulu.Bab buat mende2 adventure ni ramei ngat yang minat.Kene pulok tengoh lasok.Pantang ajok.Loh selalu

    BalasPadam
  9. huhuhu...memori zmn persekolahan dan silam mmg sweet kan...

    BalasPadam
  10. @Jejaka Desa

    Betul tu..bab buas ni
    yang orang tua tak larat
    nak kepung..tapi setidaknya
    kita dulu jadi "orang' belaka..
    petuanya..JAUHI DADAH..

    BalasPadam
  11. @Ummi Izzah | Yassin

    pengalaman yang tidak boleh
    di beli dengan wang ringgit
    he he..

    BalasPadam
  12. Terima kasih daun keladi..kuat promote..nanti aku belanja tongkat Ali..terkejut aku bila ko buat entry tu..gambar Scout buat aku senyum sorang2..semua kenangan tu kekal dalam lipatan sejarah..friend everlasting...

    BalasPadam
  13. @abadi romeo

    Klau kau selongkar blog ni entri sebelumnya ada gambar kita berGroup
    Budaya dulu..lagi mantopp!!he he..

    BalasPadam
  14. betul tu hensem..masih available tak...
    tp zul yg ni apa kurangnya...
    ok nanti saya ke blog dia.

    BalasPadam
  15. Sedihnyer.

    BalasPadam
  16. Salam zul,

    Nostalgia yang membawa bibir terukir dengan senyuman bahagia. Moga persahabatan dirahamti selalu...

    BalasPadam
  17. Sempoi nama dia....romeo yer..ekeke

    BalasPadam
  18. @Idalara

    Available rasanya..?
    no berapa kena tanya
    dia sendirik..
    he he..

    BalasPadam
  19. @sadieq

    Awat yang sedihnya
    saudaraku..?

    BalasPadam
  20. @siti murni


    Tercabar ke..?
    cubalah ke blog beliau..
    beliau..he he

    BalasPadam
  21. Salam...

    Wah, gambar muda remaja dulu2 ni...
    mana 1 cik zul?
    InsyaAllah, jap lg nk try pergi ke blog beliau.

    BalasPadam
  22. @iza

    zaman muda belia dulu..
    ermmm..sampai tak kenal
    ye..dah tentu saya yang
    berkaca mata dan beliau
    gambar tengah sedang
    menyangkung ku..he he

    BalasPadam
  23. nostalgia kalu dikenang memang le, ketnya jangan crita dengan orang rumah pasal 'marka' lama mboh perang dingin

    BalasPadam
  24. salam,
    wajah nya macam pernah mas lihat... ada gaya artis sikit...

    BalasPadam
  25. padanlah diberi gelaran romeo...hensem juga rupanya dia...hehehe
    abg zul tak romeo??

    BalasPadam
  26. hebat deme dulu yek...

    zul tu kome ingatkan rahim maarof tadi...sejibik heheheh

    BalasPadam
  27. @Anak Ulu Cheka

    Koi ingatkan
    Aris Ariwatan dulu
    bila nampok gambor
    ni..he he

    BalasPadam
  28. @intankuterpilih

    ME..?
    ermmm..i m not!!
    he he..don't worried..

    BalasPadam
  29. @maslinamansor

    Di mana yak?
    entahlah..mungkin
    di internet..he he

    BalasPadam
  30. @cemomoi

    Cerita MARKA simpan dalam
    hati..jauh-jauh di sudut nuh,
    itupun kalau nak selamat..he he

    BalasPadam
  31. Hello Zulkbo,
    Selamat malam.extreme juga bro time dulu2 ar.. dulu saya pun aktif pengakap ni

    BalasPadam
  32. saya cukup takut gmbr zaman sek saya org tengok..comot betul..hehe

    BalasPadam
  33. @mrs jamal

    Atas motor yang depan..
    belakang tu Mr Romeo..

    BalasPadam
  34. @Lydia Miza(Aidyl Azim)

    Orang cantik selalunya
    memang comot masa kecik
    dah bersuami ni..alahai
    mengancam je kan?

    BalasPadam
  35. @donny

    Extreme tahap GABAN dulu..
    tapi masih dalam kawalan..
    he he..thanks Bro Donny

    BalasPadam
  36. Kawan saya pun ada nama Zul Kassim....sy dulu sehingga beberapa tahun lepas aktif dalam Pandu Puteri...ngam la tu...PP dengan Pengakap...memang geng kita orang pun ! sekarang dah sibuk dengan tugas rasmi tak dapat nak meneruskan lagi aktiviti ni...kalau tak - sebut aje ke mana tak pergi camping kebanyakannya sy join sama...seronok kan bila mengenang kembali waktu2 begitu

    BalasPadam
  37. salam
    tak pernah pula jumpa kawan lama yang turut berblog
    harap2 akan terjumpa satu hari nanti

    BalasPadam
  38. @sonata anak kancil

    Ye ke Zul Kassim..entah
    orang yang sama..?ermm memang
    kenangan mengusik jiwa bila
    di ingat..

    BalasPadam
  39. @tehr

    Pasti ketemu satu hari nanti..
    satu lagi saudara Tehr low profile sangat,kerana tak menunjuk wajah atau nama sebenar di blog..jadi rakan lain tidak perasan..

    BalasPadam
  40. lebih kurang la.rasenya klu kat sekolah rendah pengakap la paling top..naik sekolah menengah kurang skit.sbb da bnyk persatuan lain.hehe

    hebat tu..semua dah jd blogger.ehhe

    BalasPadam
  41. wah en. zulkbo.. gambar lama tu mahal.. nostalgia.. :)

    BalasPadam
  42. Orait kome terjah blog beliau..

    BalasPadam
  43. as salam abg zul..sib bek tak dpt gelaran zul abby abadi kan huhuhuhu

    BalasPadam
  44. @sahromnasrudin

    W_SALAM Shah..
    jangan memain buah
    hati orang tu..he he

    BalasPadam
  45. @relevan

    Sesama terjah Rodong kita
    wehh..TQVM..

    BalasPadam
  46. @BUNGA

    Nostaljik..tidak
    terbeli wang ringgit..
    kalau ada yang nak beli
    jual je..huhu

    BalasPadam
  47. @azizan4444

    "Buat sehabis baik"
    jangan lupa cogankata
    kita..he he..

    BalasPadam
  48. @Alimaz-Kembara Terasing

    Memang unik dan
    fanatik juga nih..
    he he..

    BalasPadam