Doktor Muda Mengelak Bekerja Di Luar Bandar



Salam semua, bertugas di kawasan pendalaman mahupun di luar kawasan bandar adalah sesuatu yang sering cuba di hindari oleh sesiapa pun yang berkhidmat di sektor awam. Ini termasuklah dalam profesion perguruan mahupun bidang perubatan.

Berita mutakhir dari  BERNAMA ada menyatakan, kebelakangan ini kekurangan doktor yang berkhidmat di luar bandar menyukarkan pihak Kementerian Kesihatan untuk memberi perkhidmatan yang cepat , cekap dan berkualiti kepada setiap pesakit di luar bandar.


KUALA LUMPUR: Kebanyakan doktor muda diketahui sering mengelak daripada bertugas di hospital di luar Lembah Klang atau ibu negeri, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican.


Mengambil perhatian bahawa trend masa kini yang cenderung untuk bertugas di bandar-bandar besar, beliau berkata doktor-doktor muda sememangnya diketahui akan merayu jika dihantar bertugas di luar bandar-bandar besar.


Dengan sikap seperti ini, beliau berkata mustahil untuk menyediakan perkhidmatan perubatan yang saksama kepada penduduk Malaysia.


Oleh itu, doktor-doktor muda mesti sentiasa bersedia dan berupaya menyesuaikan diri untuk berkhidmat di kawasan yang diperlukan oleh orang ramai ke arah mewujudkan pengagihan penjagaan kesihatan yang saksama di seluruh negara.


Adalah mustahak bagi generasi doktor masa depan untuk lebih memahami harapan rakyat, bukan hanya di bandar tetapi juga di seluruh negara supaya masyarakat akan menikmati penjagaan kesihatan yang mudah diperoleh dan mengikut kemampuan untuk mengekalkan kesihatan pada tahap maksimum.


"Malangnya,tidak ramai daripada kalangan doktor muda kita hari ini yang bersedia untuk cabaran ini berikutan perubahan yang pantas ke arah masyarakat moden dan berteknologi," katanya dalam ucaptama pada Persidangan Pelajar PraPerubatan 2010 yang julung kali diadakan anjuran Kolej Mara Banting di Prince Court Medical Centre hari ini. Ucapan Dr Mohd Ismail dibacakan oleh Timbalan Pengarah Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan, Dr Zainal Ariffin Omar.


Memetik contoh, Ketua Pengarah Kesihatan berkata masih wujud pengagihan doktor yang tidak saksama antara kawasan luar bandar dan bandar serta antara sektor awam dan swasta, di mana beberapa klinik di Sabah dan Sarawak masih kendalikan oleh pembantu perubatan.


Persidangan sehari itu, yang dihadiri oleh 107 peserta dari Kolej Mara Banting dan institusi lain, bertujuan menyediakan pelajar perubatan untuk berdepan cabaran dalam dunia perubatan.


SUMBER: BERNAMA


Apakah pendapat rakan sekalian seandainya anak-anak kita mahupun saudara mara terdekat kita yang bertugas di sektor awam yang meruncing , menghendakkan mereka bertugas di luar bandar? Faktor kekurangan kemudahan prasarana selalu di jadikan alasan untuk mereka tidak ke sana.

Berlainan dengan saya, jika berpeluang bertugas di luar bandar memang menjadi idaman saya. Teringin sangat ingin menghirup udara segar di kampung pada setiap pagi di samping mendengar kokokan ayam di waktu subuh.

Tapi apakan daya, sektor pekerjaan saya tiada peluang di luar bandar dan hanya di sediakan di bandar besar sahaja. Seandainya berpeluang memang hajat saya ingin berpindah dan memulakan hidup baru di kampung . Insyaallah...Wassalam.





Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Isnin, Disember 20, 2010

32 Komen:

  1. Salam Zul, kebenarannya mana ada org muda nak terperap dikampung belajar dah teruk... nak gak hepi2 ta'kan nak duduk kat ulu tembeling sebagai contohnya. Terkadang bukan itu sahaja faktornya ada sebahagian drp mereka lebih baik dia org... buka klinik sendiri lagi ribu riban dapat.

    BalasPadam
  2. Kerja di bandar senang lagi pun macam macam ada..itu pasal Doktor muda suka kerja di bandar..

    BalasPadam
  3. as salam abg zul..semasa saya kerja di bandar, saya teringin nak kjer kat luar bandar mcm alasan abg zul tue tetapi bile dah kjer kat luar bandar, bile la bos nak hantar aku balik ke bandar semula huhuhuh..itu yg saya tunggu2...kat luar bandar, brg mahal, kemudahan kurang, akses internet sgt menyakitkan hati..jalan teruk ( walau tak jem)..jln mlm silap haribulan leh langgar lembu kerbau..itu antara siksaannya huhuhu

    BalasPadam
  4. salam,
    org muda nak hiburan lah tu. tu sbb taknak keje di luar bandar... hehe

    BalasPadam
  5. setuju tu... dok di pedalamn walopon serba kurang tapi kalu kita dapat sesuaikan diri lagi menarik... takyah fikir pasal jammed yang akhirnya kita jadik sakit jiwa

    BalasPadam
  6. Kalau doktor luar bandar tahan la gak lagi sebab hospital lebih banyak kat bandar.. cuba fikir kalau jadi cikgu kat luar.. hurm.. celah gunung pun ada sekolah hehe


    Entri terkini: Dihimpit Ketika Tidur
    http://anwarsuran.blogspot.com/2010/12/dihimpit-ketika-tidur.html

    BalasPadam
  7. memasing ade pandangan sendiri..luar bandar ke bandar ke semua ade kelebihan dan kekurangan..redha jela..hehe

    betul kata pakcik kacak..hidup lebih tenang bila memaafkan dia.. :)

    BalasPadam
  8. Kat Bandar Jengka..gov.import doktor Myanmar..local punya pun yg ada hanya buat praktikal..nak bayar PPTPN kut..tu pun ada 2& 3 kerat,kritikal sikit kene post la keTemerloh.Nyawa panjang okay la..selalunya mati dalam ambulance...

    BalasPadam
  9. muda2 ni memang nak hepi, seronok.. ramai yang cakap, kalau dekat luar bandar ni tak best.. tak ada hiburan..

    ini selalu bagi yg siapa duduk bandar la. bagi yg duduk luar bandar, mmg dah biasa

    BalasPadam
  10. @abadi romeo

    Aduhai..kesiannya
    warga Jengka nuh..
    ayah aku selau juga
    ambik ambulan je..
    konon laju sket

    BalasPadam
  11. @Siti Safiyyah

    Alhamdulillah..
    semoga Allah
    memberkati anda CT

    BalasPadam
  12. @sahromnasrudin

    Alahai Shah..dah lama sangat saya di bandar ni..dah 22 tahun..jemu sangat..he he

    BalasPadam
  13. @akuanakpahang

    Syarat wajib kena bertugas juga di
    hospital kerajaan..masaalahnya takut belaka nak ke luar bandar..bab buka klinik sendiri confirm punya, bila deme dah abih kontrak denagan gomen..cepat je keluar..

    BalasPadam
  14. hospital temerloh byk doktor muda2... tu lah yg 3 kali tebuk punggung koi masih xcukup sample.

    BalasPadam
  15. @piewahid

    Ermm..sabor la Akhi..
    ada rahmat menanti aok
    nanti..insyaallah.

    BalasPadam
  16. kerjaya doktor & cikgu..selalu timbul permasalahan yang sama..

    BalasPadam
  17. elaun mahai dok luar bandar ni

    BalasPadam
  18. huu dr tu huuu.. anak saudara saya asa amik jurusan dr ni harap2 org2 muda tidak mengelak hendaknaya..se berkorban masa dan diri utk gologan pesakit ni satu kerj ayang mulia :)

    sahabat jemputlah joint ke contest suri yang tidak seberapa tu huhu.. harap ia akan memeriahkan lagi suasana blog cc kelak. :)

    BalasPadam
  19. @suri

    Insyaallah Suri..
    nanti nak kumpul ilham
    sekejap..

    BalasPadam
  20. @suri

    Insyaallah Suri..
    nanti nak kumpul ilham
    sekejap..

    BalasPadam
  21. @siti murni

    Begitulah gamaknya..
    mungkinkah keikhlasan
    dalam bekerjaya perlu
    di terapkan..

    BalasPadam
  22. @Mohamadazhan hjDesa

    Satu bentuk inisiatif
    yang tidak mendapat
    sambutan agaknya
    perlu di tambah atau
    penambahbaikan lagi

    BalasPadam
  23. Salam...

    Doktor lelaki la patutnya dihantar ke pedalaman. Kalau Dr pompuan, nk kena ikut suami...
    Apa2 pun bergantung lah pada keadaan, kalau berasal dari pedalaman, lagi best kalau dapat bertugas di tempat sendiri..

    BalasPadam
  24. salam Zulk..bagi yg tinggal dibandar teringin nak duk diluar bandar..kalau kampung tu bukan dikawaan pendalaman rasanya ok..tapi kalau jauh sangat susah juga..

    BalasPadam
  25. klu sy pun keje ape2 pun xnk keje kat luar bandar jgk

    BalasPadam
  26. Salam..
    Doktor... bunyinya pun dah glemour..sebab tu jika nk dihantar ke pedalaman masing2 menolak..jadinya doktor2 yg dah old timer je yg ada kt pedalaman.

    BalasPadam
  27. salam,
    masa mula posting pun saya mintak mengajar di ceruk kampung tapi orang hantar ke bandar juga..
    udahlah kena kejutan budaya jadinya..

    BalasPadam
  28. ya, benar, udara kampung segar. sungguh menginspirasikan. Namun pasti doktor-doktor tu punya sebab tersendiri kenapa tak mahu bertugas di luar bandar.

    BalasPadam
  29. salam
    sepatutnya kerajaan buat peraturan
    yang baru MESTI bertugas di pedalaman
    apa yang saya perhatikan, ada yang langsung tidak pernah ke pedalaman
    ada pula yang lebih dari sekali ke pedalaman
    nampak sangat ada yang tak kena

    BalasPadam
  30. @tehr

    Faktor "kabel" banyak sangat
    di negara kita ni..ermmm..

    BalasPadam
  31. @cikgu isza

    Orang tak mahu di hantarnya
    agaknya ikut merit la tu..

    BalasPadam
  32. @Idalara

    Kesian jika yyang tua
    pun menolak ke luar
    bandar nanti..pakai
    tak de langsung lah..

    BalasPadam