Menjadi Umat Yang Menang | Renungan







Dari Jabir bin Abdullah r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:”Sentiasa ada segolongan umatku yang selalu memperjuangkan yang hak. Mereka selalu menang sampai hari kiamat.

Huraian Dan Pengajaran Hadis:

Islam bukan sekadar suatu perkataan yang disebut oleh lidah sahaja, bukan pula bererti kelahiran seseorang di dalam sebuah negara tertentu yang disebut sebagai negara Islam dan mempunyai lambang keislaman, juga tidak bererti kelahiran seorang yang ibu bapanya muslim.

Kita sering membicarakan tentang Islam akan menang, Islam akan tertegak tetapi apakah yang kita lakukan untuk menuju ke arah itu? Perjuangan menegakkan Islam masih belum berakhir.

Di manakah kita ketika saudara-saudara kita dihina, diinjak-injak, disembelih, diperkosa? Pernahkah kita kenangkan nasib mereka walau sedetik? Pernahkah lidah mengucapkan doa kemenangan untuk mujahid-mujahid Islam ini?

Apakah sumbangan kita untuk mereka? Sebenarnya bangsa atau umat yang menjadi pilihan Allah yang akan sentiasa diberikan kemenangan ialah bangsa muslim yang hidupnya terus memperjuangkan agama Allah sekalipun mereka berlainan bangsa dan warna kulit.

Inilah konsep yang unggul mengenai negara dan rupa bangsa yang sentiasa beroleh kemenangan dan kekal merdeka.


  • Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Khamis, November 18, 2010

12 Komen:

  1. Kemenangan islam bukan hanya terletak pada individu tapi pada semua orang islam tidak kira bangsa dan kaum, semuanya hendaklah tekad dan teguh dalam mempertahankan agama islam ..
    thanks sharing bro..:)

    BalasPadam
  2. salam
    islam untuk semua
    salam aidiladha untuk bro zul dan keluarga

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum sdra..

    Moga sdra dan keluarga sihat hendaknya..

    Islam adalah agama keselamatan dan keamanan hidup di dunia dan akhirat. Apabila kita berpegang teguh kepada prinsip-prinsip agama Islam, maka hidup kita akan selamat dan aman, dan inilah yang disebut kesejahteraan.

    BalasPadam
  4. salam aidiladha buat cik zul sekeluarga

    BalasPadam
  5. Salam zul semoga kita menjadi sebahagian drp mereka yang selalu memperjuangkan yang hak itu.

    salam aidiladha.

    BalasPadam
  6. slm aidiladha en.zul...

    wlupn kita xdpt menolong org2 islam di luar sana yg sedang berperang dan sebagainya,sy rs kita boleh berdoa utk kesejahteraan mereka...

    BalasPadam
  7. salam zluk..makcik doakan agar zulk n keluarga sentiasa sihat..
    sebab tu w/p kita tak mampu nak menolong rakan2 seagama yg ditimpa musibah,doalah saja yg kita boleh buat agar Allah memelihara mereka.

    BalasPadam
  8. selamat hari raya aidiladha.. buat bro zul...

    BalasPadam
  9. semoga ceria bersama kluarga

    BalasPadam
  10. Banyak daging korban?..

    BalasPadam
  11. erm...umat yang menang...tp makin ramai umat kita yg hanya islam atas kertas..atas nama saja...org tanya dia jawab islam..padahal...dalam hati ada anutan lain...

    BalasPadam
  12. Nak menolong kat sana mmg diluar keupayaan kita. Tapi sebagai umat Islam doa lah satu2nya senjata kita

    BalasPadam

PERKONGSIAN MENARIK LAMAN BLOG LAIN JANGAN LUPA BACA