Menjadi Mangsa Penyamun Licik | Siri 2



Salam semua, bersambung dari entri sebelumnya.Bagaimana kisah ini berakhir..nanti dulu, masih banyak yang ingin di utarakan di sini. Anda boleh baca entri sebelumnya seandainya terlepas.

Apakah reaksi selepas di tuduh mencuri duit sebanyak RM250,000 yang di katakan di letak di dalam sebuah beg hitam di tempat duduk belakang kereta BMW 5 Series itu?


Maka berlakulah episod perang mulut bila semua yang berada di lokasi tidak mahu mengaku. Laporan polis di buat oleh pemuda bertali leher tersebut dan di sudahi dengan bengkel rakan saya di datangi kereta peronda pengawai penyiasat polis.

Kes ini tidak berakhir di situ sahaja, selepas selesai siasatan maka pegawai penyiasat mengarahkan mereka semua ke balai polis untuk siasatan lanjut. Akhirnya kelima mereka terpaksa bermalam di lokap polis pada hari tersebut.

Satu kes teraniaya, terus terang secara peribadi berani saya katakan mengenali mereka semua adalah jenis manusia yang jujur dan baik, bermalam di lokap polis satu pengalaman yang sukar mereka lupakan.

Keesokannya, dengan satu panggilan yang di benarkan mereka berjaya mendapat pertolongan saudara mara yang terpaksa mengeluarkan wang jaminan agar mereka dapat bebas keluar.3 orang di lepaskan, manakala 2 orang lagi yang bertanggungjawab menampal tayar tersebut di lanjutkan tahanan mereka.

Setelah 3 hari di dalam lokap polis, ahli keluarga tahanan merayu rakan saya mendapatkan khidmat peguam untuk melepaskan anak mereka yang masih di dalam lokap. Akhirnya kos peguam terpaksa di tanggung oleh rakan saya yang merupakan tuan punya bengkel.Tak semena-mena wang terbang, apakan daya tanggung jawab seorang boss.

Di pendekkan cerita, menurut peguam rakan saya; kes ini pernah berlaku dan kesudahannya masih samar, tetapi akan ada kesannya yang merugikan pihak mangsa (di tuduh) berbanding penuduh.

  1. Si penuduh selalunya pekerja sebuah syarikat besar, perwatakan yang "steady" dan "hati keras", akan merancang secara teliti setiap strategi penipuan.Mereka bertindak mengeluarkan duit dari akaun syarikat mereka dengan nilai yang banyak atas alasan urusniaga.
  2. Mencari potensi mangsa yang agak lemah untuk mereka jadikan mangsa tuduhan, contohnya pekerja bengkel tersebut.
  3. Sengaja menuduh pada kes yang tiada, sedangkan wang tersebut berkemungkinan mereka sorokkan di tempat lain atau telah di gunakan untuk urusan yang lain.
  4. Membuat laporan polis (palsu) seolah mereka di samun@ di rompak dan mengemukakan salinan laporan polis pada pihak syarikat sebagai bukti.
  5. Realitinya, wang tersebut mereka yang samun secara perancangan yang begitu teratur dan licik.

Kes rakan saya ini masih belum selesai dan berkemungkinan beliau terpaksa ke mahkamah dan ini benar-benar mengganggu hidup beliau yang seolah menjadi mangsa atas kes yang bukan di lakukannya.Jadi buat anda di sana,berhati-hatilah..jadikanlah kisah ini sebagai pengajaran.

Penyelesaian jangka panjang agar perkara ini tidak berlaku lagi masa hadapan, di bengkel beliau kini telah di pasang sebanyak 10 kamera litar tertutup(CCTV) yang memerlukan beliau mengeluarkan wang tambahan sekitar RM 6,000.Wassalam.






Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Khamis, November 25, 2010

26 Komen:

  1. salam,
    jahatnya org tu... mintak dijauhkan benda2 mcm ni...

    BalasPadam
  2. salam bro zul..

    ya allah sampai macam tue sekali yer... isk..isk...

    BalasPadam
  3. 10cctv?? punyalah taknak pisang berbuah dua kali kan. hmm kisah benar ye? patut diambil iktibar dan berhati2 di masa hadapan. :)

    BalasPadam
  4. Amat simpati dgn nasib malang menimpa sahabat anda diatas kecelakaan dan kelicikan si durjana tersebut. Semoga kisah ini menjadi ingatan dan itibar utk org lain juga.

    Yang pasti sesiapa sahaja yang berbuat sesuatu keburukan, suatu hari kelak ianya akan mendapat balasan keburukan jua setimpal dgn apa yang telah dia lakukan.

    BalasPadam
  5. salam zul..

    Zaman skrg bermacam taktik yg org buat utk menipu org lain..mrk hidup senang dgn kesusahan org lain.


    jom baca "BERSAMAMU"

    BalasPadam
  6. lahabau punya penyangak...... kenakan org plak....

    BalasPadam
  7. macam2 penipu..
    kecian mangsa..

    BalasPadam
  8. rambut sama hitam, ati lain-lain... ni le dia

    BalasPadam
  9. What Goes Around Comes Around..
    Tunggu jelah balasan Tuhan nanti..
    Doa orang yang teraniaya ni makbul.

    BalasPadam
  10. ini lah dunia sebenar penyamun..... hahaha... PEACE...

    BalasPadam
  11. Salam sdra...

    Kesian orang yang teraniaya tu, namun suatu hari nanti Allah akan balas atas kekejaman pada yang melakukan penganiayaan itu...

    BalasPadam
  12. tak pasal2 jer imej orang lain tercalar bila terpaksa bermalam di lokap..

    semoga penjenayah tersebut mendapat balasan yang setimpal..

    BalasPadam
  13. salam zulk..masyaallah kesian makcik dengar atas apa yg berlaku pada kawan zulk tu..moga2 cerita ni menjadi pengajaran kpd kota semua agar berhati2 n waspada ..macam2 cara orang menipu sekarang ni..makcik harap kawan zulk banyakkan berdoa agar Allah mempermudahkan urusan ni..

    BalasPadam
  14. Salam...

    Nauzubillah....
    kesiannya....
    Harap2 penuduh tu dapat balasan setimpal atas perbuatannya...

    BalasPadam
  15. nak nipu org keje bengkel....berapa sgt le pendapatannyer...pegi le tipu org2 yg kaye2 nun....

    BalasPadam
  16. tak pasal2 kena letak cctv... banyak juga nak kena bayar ...

    BalasPadam
  17. SALAM,
    YANG TERINAYA MESTI DIBELA. YANG MENGANIAYA MESTI DIHUKUM. APA YANG BERLAKU MENJADI SATU PERINGATAN KEPADA KITA.

    BalasPadam
  18. salam abg zul...huhuh..kes pasal wang nie memang sensitif..org kalau terdesak, sanggup buat apa shj tue...

    BalasPadam
  19. Memang naya lah kalau kena macam tu...tak berhati perut betul lah org tu...

    BalasPadam
  20. Assalamualaikum,
    Rasa simpati dengan kawan en Zul tu, tak pesal2 jadi mangsa..Hidup sekarang ni mesti berhati2,

    BalasPadam
  21. salam
    kasihannya mereka yg tidak bersalah menjadi mangsa, harap si penipu sebenar mendapat balasan setimpal...sejarah sudah banyak membuktikan

    BalasPadam
  22. simpati utk kwn2 en zul..org zmn skang mmg teruk..hanya menunggu peluang untuk mengambil kesempatan ke atas org yang lemah

    BalasPadam
  23. salam
    hanya Allah sahaja yang memberi balas kepada keduanya

    BalasPadam
  24. salam..

    ya allah...
    semoga kebenaran menyebelahi kawan2 abg zul..
    isk.. macam2 cara orang nak mengenakan orang lain.. semoga kita semua dijauhkan dari perkara2 macamni..

    BalasPadam

PERKONGSIAN MENARIK LAMAN BLOG LAIN JANGAN LUPA BACA