Kereta Baru Takut Finance Kereta Lama Takut Pomen



Salam semua..begitulah realitinya hidup di bandar sekarang.Keperluan kenderaan seperti kereta memang wajib.Apatah lagi bila bekerja, dengan anak-anak yang perlu di hantar ke sekolah mahupun pusat asuhan,ketiadaan kereta benar-benar membebankan.

Mungkin di antara rakan-rakan yang memilih menggunakan motosikal,pilihan yang bijak..di samping mengelakkan trafik jam,penggunaannya juga menjimatkan dari segi kos petrol dan parking,sementelah lagi kos parking di bandar sekarang memang tahap "kritikal".

Pada saya, memang fobia menggunakan motosikal.Apatah lagi, pengalaman lama mengajar saya erti bahaya bermotosikal di bandar,di tempuh anda jatuh..menempuh pun anda jatuh..akibatnya bahu saya lari dari kedudukannya kira-kira 10 tahun dulu.Sejak itu saya menggunakan kereta sahaja .

Bila keperluan kereta menjadi satu kemestian,duit di poket bukan ukuran..ini kerana, sekarang beli kereta pun sudah boleh loan 100%.Setiap bulan bayar ansuran,sehingga ada yang hampir habis hutang..refinance balik, kononnya hendak guna duit(tidak di galakkan).Tetapi itu hak individu..tepuk dada tanya hati (poket@ isteri juga)

Hendak berkongsi dengan kalian semua,2 hari yang lepas saya agak sibuk menguruskan segala hal bersangkutan pinjaman kereta,rumah dan sebagainya..antaranya memperbaharui insurance kereta baru saya yang sudah menjangkau 3 tahun.Biasa dah begini, bila kereta baru "takut finance".
Semalam pula, kereta saya yang lama sejak saya bujang dahulu perlu di servis..alahai kereta lama bila di servis macam-macam lah perkara dan benda yang nak di tukar,nak jual tiada harga..banyak pula jasanya..almaklum dah lebih 10 tahun,maka jadilah kereta lama "takut pomen"..he he..sekadar berkongsi..Wassalam.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Sabtu, November 13, 2010

26 Komen:

  1. bila guna kereta ni, bukan setakat bulan2 je kena bayar, banyak lagi duit nak kena keluar, servis, minyak, dll..

    btw, kereta apa tu bro?

    Pendapat anda?
    Upin dan ipin pun agenda yahudi ke?

    BalasPadam
  2. @ HASROL
    Kereta murah je bro..he he

    BalasPadam
  3. salam
    kereta nak tak nak kena guna jugak zaman sekarang ni. Bab2 insuran dengan road tax ni yg den lemah ni. huhu

    BalasPadam
  4. salam weh..

    join MEPATI abis cerite...hehe

    BalasPadam
  5. Kadang saya suka beli kereta baru dan bayar ansuran bulan2. Sebabnya adalah bujet = FIXED. Saya tahu tiap2 bulan mahu bayar berapa. Kereta lama, kalau meragam sikit2 ok lah. Tapi kalau tiba-tiba datang diabites, kencing manis atau sakit jantungnya... Hmmm sakit lah membayar pomen di workshop. Bajet bulanan pun lari......

    BalasPadam
  6. he3 ada sentimental value tu...tak per bro..kalau tak service lagi susah hehehe..

    BalasPadam
  7. gitulah adatnya bila berkereta...tapi kereta dah menjadi keperluan masakini...mmg patah kaki kalu xde kereta.

    BalasPadam
  8. parking di kl mmg leh g mkn kfc wpon hanya 2 3 jam jer..smlm msk parking metro dr kul 8.30pg-12.30 tghari jer dah RM10.50...kaya ler pengusaha parking..y tenat kiter

    BalasPadam
  9. Salam zul.
    Jadi nak, tak nak kawan pegang prinsip.. lagi boleh guna, kita guna.. nok usik2 tak pasal kete lama nie kawan tak brani hehehe:)

    Kawan pusing Bandor guna motor aje zul :)

    BalasPadam
  10. salam abg..maintenance krete la nie mmg mahai hhuhuhuh

    BalasPadam
  11. Salam..

    Better kalau nak beli, beli kete baru... sbb kete baru ni cuma maintain mileage service je...

    kete lama memang takleh nak jangka... duit akan keluar mcm air melebihi drp bajet kalu beli kete baru ;)

    BalasPadam
  12. Salam Zul - parking kena kena bayor, silap parking pun kena bayor hehe inilah dunia hari ini yek

    BalasPadam
  13. Kene bijok kala gune kerete ni.Jangan pulok gi kedei yang sampei dek setik dengan kerete juge.Kala dah terpakse ter gone ke pulok yek.Tapi kene la pandei rancang perbelanjaan...

    BalasPadam
  14. Salam...

    Byk kuar duit ujg2 thn ni yak..
    Mujur koi pakai beskal jek..
    boleh pomen sdiri kala rosak..lalala :S


    p/s - citer sket cemane alignment bahu aok ter boleh lari?

    BalasPadam
  15. salam en zul
    saya ada lesen je takde kereta..tp still kena bayar ansuran kereta wlupun kereta dah kena tarik finance..bg sy takde kereta memnag agak membataskan pergerakan tapi alhamdulillah masih ok lagi sbb ada kenderaan awam..insyallah dpt duit epf nanti belilah satu..

    BalasPadam
  16. hehheh...
    mmg pening sket kepala time nk byr road tax n insuran tu heheheh

    BalasPadam
  17. koi punya road mati seblom raya aji tu ari bini koi punya seblom raya fitri, adoyai raya sakan le syarikat insurans

    BalasPadam
  18. salam zulk..rumah makcik tak ada motor..anak2 semua tak ada lesen motor..makcik takut anak2 naik motor seperti yg zulk katalah tu..biarlah mereka berkereta je..lebih selamat..

    BalasPadam
  19. dugaan orang berkereta kan. sabar je lah nampaknya.

    BalasPadam
  20. Salam...

    Alhamdulillah takat ni takder hutang kereta, cuma perlu maintain yang ada seperti servis, cukai jalan dan insuran

    BalasPadam
  21. Kalau motor - percentage accident melibatkan kecederaan - tinggi..

    Kalau kereta - Kadar kecederaan - rendah..

    Tetapi, ajal maut ketentuanNya..

    Kurang faham tentang:
    KERETA BARU - TAKUT FINANCE..
    KERETA LAMA - TAKUT POMEN..

    BalasPadam
  22. Kereta kome pulok tidak takut apa apa dah..pomen suka manjang je dah..

    BalasPadam
  23. Teringat kereta pertama dibeli masa bujang. Dek kerana tak mau berhutang, belilah kereta lama Ford harga 6 ribu. Lepas tu...memanjang jumpa abang pomen! Letak tepi jalan pun tak ada pencuri sudi curi....

    Percaturan yang tak bijak!
    :D

    BalasPadam
  24. salam
    dua2 sayang
    yang lama, yang baru, dua2 perlukan perhatian
    usah berat sebelah

    BalasPadam
  25. kena mengena dgn entri baru kami..hehe
    mmg pening kalau memikirkn pasal kereta ni,
    monthly kena maintain,
    service lg, roadtax insuran lg,
    hari2 kalau kt k.l tol minyak semestinya..
    tapi tanpa kereta lg susah..hehe

    BalasPadam
  26. Inilah yg dikata suami "maintenance tinggi" bila saya tak setuju utk tukar kereta baru.. Keta yg lama tu baru habis bayar dah nak sambung bayar semula..

    BalasPadam