Hargai Masa Lapang Mu | Renungan




Daripada Abdullah ibn Abbas r.a katanya, rasulullah s.a.w bersabda, dua jenis nikmat yang kebanyakan manusia menerima kerugian yang besar iaitu kesihatan dan kelapangan.[Riwayat al-Bukhari]
Huraian Dan Pengajaran Hadis:

1. Seseorang itu hendaklah menjaga kesihatan yang mana kesihatan itu adalah satu nikmat daripada Allah, hendaklah digunakan masa sihat itu dengan amal kebajikan dan amalan salih sebelum sakit.

2. Seseorang itu janganlah mensia-siakan masa lapangnya terbiar begitu sahaja, ianya hendaklah digunakan untuk melakukan semua perintah Allah yang diredai.

3. Kedua nikmat sihat dan kelapangan itu adalah cubaan Allah ke atas manusia. Oleh itu hendaklah digunakan masa sihat dan lapang itu untuk memerangi hawa nafsu. Sesiapa yang berjaya pasti akan mendapat kemenangan begitu juga sebaliknya.


Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia


Yang kurik itu kundi
Yang merah itu saga
Yang sibuk rutinku menjadi-jadi
Yang lapang hening malam jelaga

Tanam pinang rapat-rapat
Biar puyuh senang berlari
Andai kelapangan yang ku dapat
Pasti ku ziarah kalian sahabatku jauhari




Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Ahad, November 07, 2010

31 Komen:

  1. Salam BroZul,

    InsyaAllah akan menjaga kedua-duanya.

    BalasPadam
  2. Salam zul.
    Semoga dijadikan itibar dan pedoman juga buat kita bersama.

    BalasPadam
  3. salm zulk..alhamdulillah satu info yg bagus..sama2lah kita menjaga kedua2nya agar kita dirahmati oleh Allah.

    BalasPadam
  4. Semoga kita tak tergolong dalam golongan manusia yang rugi...

    BalasPadam
  5. salam bro zul..

    good sharing..:)

    BalasPadam
  6. semoga kita mendapat keberkatan dariNya...amin

    BalasPadam
  7. kadang2 kita alpa dengan nikmat dunia...

    BalasPadam
  8. Insaf...


    http://miecyber.blogspot.com/2010/11/transfomer.html

    BalasPadam
  9. salam,
    ingat mengingati amalan mulia... insya Allah bersama2 kita semua hargai masa lapang...

    BalasPadam
  10. Salam...

    Semoga kita menghargai nikmat masa sihat dan lapang sebelum ianya ditarik balik..

    BalasPadam
  11. salam
    insyaallah akan menghargainya
    semoga sihat sokmo =)

    BalasPadam
  12. Salam Saudara Zulkbo,

    satu entri yg baik.bnyk umat islam sekarg terlupa akan perkara ini..kerana mengejar dunia..terima kasih kerana mengingat kan kami...

    BalasPadam
  13. salam...
    masa lapang yang adakalanya kita rasa sudah dipenuhi dengan perkara berfaedah.. rupanya.. sia2..

    BalasPadam
  14. hadis yang baik untuk dijadikan renungan kita semua

    BalasPadam
  15. Byk benda yg kita buat kononya bermanfaat, tp sbnrnya sia2. Cth, berfesbuk lelama :p

    BalasPadam
  16. Salam...

    Pandainya berpantun...
    Alhamdulillah, syukur krn ku masih punya masa lapang.
    Ada hikmah ku dihantar balik ke kg rupanya...Kalau dok kat umah sendiri, mesti Quran dan berhabuk tebal seinci....

    BalasPadam
  17. salam
    Insya Allah akan sentiasa menuruti panduan yang dibekalkan oleh junjungan kita

    BalasPadam
  18. terima kasih bro atas perkongsian tersbut

    BalasPadam
  19. diwaktu sihat hendaklah kita banyak melakukan amal ibadah..
    diwaktu lapang gunakan dengan melakukan perkara kebaikan ..
    tazkirah untuk peringatan semua..:)

    BalasPadam
  20. salam..
    mekasih share weh..

    BalasPadam
  21. salam, zul
    kadang2 terlupa nikmat masa lapang yang diberikanNYA

    BalasPadam
  22. salam abg zul..pantun yg menarik..boleh saya belajar cikit tak? hehehehe

    BalasPadam
  23. @sahromnasrudin

    Kena belajar juga sedikit
    sebanyak bab pantun ni
    Shah,warisan bangsa..huhu

    BalasPadam
  24. @tehr

    acapkali juga..
    bukan mengata..
    realiti diri sendiri..
    (saya)

    BalasPadam
  25. Elok ..kerana dah terlalu banyak masa terbuang begitu sahaja..

    BalasPadam
  26. sakan en. zul.

    kita sering dingatkn ttg 2 nikmat ini( lapang & sihat) juga sering dingatkan 5 perkara sblum 5 perkara. Tapi hakikat insan mmg sering lupa. Sebab perkataan INSAN itu dari perkataan Arab, iaitu NASIYA (maksudnya LUPA)

    BalasPadam
  27. Sama-samalah kita renungkan dan manfaatkan masa itu sebaik mungkin...

    BalasPadam
  28. salam,perkongsian yang indah untuk direnungkan. terima kasih.

    BalasPadam
  29. thanks bro koi..masa muda tu lah jgn byk bazirkan masa...

    New Entry "Selamat Ulang Tahun 1st Pawaka19 blog"

    BalasPadam
  30. terima kasih atas peringatan tu bro

    BalasPadam
  31. salam..
    bila tengok pic diats tu tarasa macam ada kat luar negeri pula..


    sesekali muhasabah diri itu perlu jua..

    BalasPadam

PERKONGSIAN MENARIK LAMAN BLOG LAIN JANGAN LUPA BACA