Ulangtahun Ke-50 Bunga Raya Sebagai Bunga Kebangsaan



Mengimbau kembali sejarah pemilihan Bunga Raya sebagai bunga kebangsaan, terdapat tujuh jenis bunga yang dicadangkan untuk dipilih sebagai bunga kebangsaan sejurus negara merdeka pada 1957 iaitu Kenanga, Melur, Teratai, Mawar, Cempaka, Bunga Tanjung dan Bunga Raya.

Namun setelah melalui proses pemilihan yang ketat, Bunga Raya atau nama saintifiknya Hibiscus Rosa-Sinensis diisytiharkan sebagai bunga kebangsaan pada 28 Julai 1960 oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.



Kelebihan Bunga Raya yang memiliki kelopak yang besar, lebar dan melentur, nama Bunga Raya yang diberikan oleh orang-orang tua Melayu sejak dahulu lagi serta dikenali dengan satu nama sahaja di seluruh negeri di Tanah Melayu merupakan faktor yang mendorong Bunga Raya dipilih sebagai bunga kebangsaan sehingga ke hari ini.

Selain itu, sifatnya yang memiliki lima kelopak dikaitkan dengan lima prinsip Rukun Negara, diperkenalkan pada tahun 1970, yang merupakan tunjang utama dalam penyatuan masyarakat yang berbilang bangsa dan agama di negara ini.


Setelah dinobatkan sebagai bunga kebangsaan, Bunga Raya terus menjadi inspirasi dalam membentuk identiti negara yang melambangkan kemegahan negara.

Nama dan rupa bentuk Bunga Raya dijadikan simbol dan perlambangan Negara sebagaimana yang terdapat dalam Jata Negara malah nama Bunga Raya turut diabadikan di beberapa tempat dan bangunan penting seperti Kompleks Bunga Raya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).


Tuanku Mizan Zainal Abidin diiringi Rais Yatim dan isteri, Masnah Rais melancarkan sambutan ulang tahun ke-50 Bunga Raya Bunga Kebangsaan di Kompleks Kraftangan, Jalan Conlay, Kuala Lumpur, semalam.


Pelbagai usaha dilakukan oleh kerajaan bagi memartabatkan bunga kebangsaan ini antaranya Jabatan Landskap Negara telah mengeluarkan satu Panduan Teknik Bilangan 1 mengenai penanaman Bunga Raya di seluruh negara bagi menggalakkan orang ramai menanam Bunga Raya sebagai hobi.

Sebagai bunga kebangsaan, Bunga Raya telah didaftarkan sebagai objek warisan negara di bawah kategori Objek Warisan Ketara pada tahun 2007, sebagaimana yang termaktub dalam Akta Warisan Kebangsaan 2005.


[Bernama]
Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Jumaat, Oktober 01, 2010

29 Komen:

  1. Di Malaysia setiap benda yg diilhamkan ada maksud tersendiri,
    Bunga Raya memang sesuai dijadikan bunga kebangsaan kita..

    BalasPadam
  2. SALAM,
    BUNGA RAYA BUNGA KEBANGSAAN. TETAPI TAMAN2 TAK BANYAK TANAM POKOK BUNGA RAYA ! MENGAPA ? DI PUTRAJAYA SENDIRI TAK BANYAK POKOK INI.

    BalasPadam
  3. Kadang nak cari dalam bandor sepokok pun payah bunga raya nei kalau ada pun terbiar aje :)

    BalasPadam
  4. salam zulk..bunga raya bunga kebangsaan tapi ianya tidak ditanam secara menyeluruh disemua bandars.sepatutnya tanamlah dgn banyak tanda kebanggaan kita terhadap bunga kebangsaaan ini..tak gitu ..

    BalasPadam
  5. salam en zul,
    masa hari kebangsaan hari tu.. saya ditugaskan untuk memantau pertandingan mewarna dan melukis bunga kebangsaan peringkat sekolah..

    anak2 sekarang.. nak lukis bunga kebangsaan pun tak tahu..

    BalasPadam
  6. bunga raya memang cantik, ingat masa pi cameron highland, kt tepi2 jln tu mcm2 spesis bunga raya ada..yg besar sekali pun ada, ingatkan dulu ada 1 jenis je..ehehe :P

    www.yanmieonline.com

    BalasPadam
  7. @mohdandmeriam

    Betul tu mak cik..
    agaknya tiada nilai komersial
    jadi di abaikan sahaja.

    BalasPadam
  8. @cikgu isza

    Tahniah cikgu..
    memang sedih bila
    anak2 kta tidak
    di dedahkan langsung

    BalasPadam
  9. @yanmie

    Betul..
    saya pun dengar begitu,
    byk jenis dan warna..
    tapi yang warna merah je
    Malaysia punya..he he

    BalasPadam
  10. @akuanakpahang

    Betul tu Yassin..
    sebab tak de nilai
    komersial,sebab deme
    pun tak mboh tanam
    gamaknya..

    BalasPadam
  11. @luahfikiran

    Memang sedih..
    sambutan untuk 50 tahun
    tapi bunga pun dah hampir
    pupus..sedih..

    BalasPadam
  12. @LiFe KaMi

    Ermmm..harapan saya
    juga puan..

    BalasPadam
  13. bunga raya cantik.. ada yg warna warni lagi

    BalasPadam
  14. pemilihan bunga pun bukan senang.. masa nak pilih tu mesti dok berdebat juga kan.. agak2 lah.. :)

    BalasPadam
  15. Salama,
    oh tak tahu la pulak ada hari ulangtahun bunga raya ni heheh...lemah betul sejarah saya ni hehe

    BalasPadam
  16. salam..
    bunga raya.. saya suka bunga ni.
    kat rumah banyak tanam pokok bunga raya..
    tapi liat nak berbunga...

    Daun & bunga raya ni saya suka sapu kat rambut..
    nanti rambut halus & lembut :)
    cube abang zul try..hehhe

    BalasPadam
  17. @annfrendly

    Ye ke Ann..
    nanti abnag try..
    elok di komersialkan
    ni..he he..

    BalasPadam
  18. salam..walau dah abes raya, bunga ini tetap beraya kan

    BalasPadam
  19. Salam zul .

    Benar kata ann.
    Seminggu sekali saya sapu kat rambut ..
    rambut lembut dan cantik beralun .

    BalasPadam
  20. @etomyam

    Tak buta aihhh..
    cuma lupa la tu...
    hu hu..

    BalasPadam
  21. sekarang bunga raya ada banyak warna... yang tahu putih jela...

    BalasPadam
  22. Aslmkm Zul.
    :) Rayakan saja. Honor ala Msia ni!
    Bunga pun jarang ada, jadi ramai orang terlupa!
    Kak G ada juga tanam yg jenis merah & 'creamish orange' di seberang rumah dekat pokok mangga harum manis tu. Senang hidup, so tak payah nak jaga.
    Ur system dah OK?

    BalasPadam
  23. patutlah dia ambik bunga raya rupanya ada maksud tersndiri selamat dorg x ambik bunga taik ayam... hehe

    BalasPadam
  24. namboh seri di hari raya dengan bunga raya

    BalasPadam
  25. bunga raya boleh buat mcm2...sy pernah dgt org buat jus bunga raya...hurm...

    BalasPadam
  26. Daun bunga raya boleh ramas ramas buat ubat luka..

    BalasPadam
  27. @relevan

    Ye ke weiii..?
    koi ingat daun pokok
    kapal terbang je..he he

    BalasPadam
  28. @zella y

    Jusss...ada juga ye?
    kenapa tak di komersialkan
    ye..mesti sedap..ala-ala
    ros gitu..huhu

    BalasPadam
  29. pemilihan bunga raya nie sebagai bunga kebangsaan pun mencabar juga...aritue terbaca kat mana tah..siap ada selection tuk bunga-bunga lagi~

    BalasPadam