Raja Zarith Sofiah Canselor UTM-4





  Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah, menerima pelantikan sebagai Canselor keempat Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pada Majlis Konvokesyen ke-45 universiti berkenaan, di sini, semalam. 



Pelantikan Raja Zarith sebagai Canselor berkuat kuasa 1 Jun tahun ini, diperkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin, menggantikan tempat Sultanah Zanariah Tunku Ahmad, yang tamat pada 30 Mei lalu.



Watikah pelantikan dibacakan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin sambil disaksikan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman dan Naib Canselor UTM, Profesor Datuk Dr Zaini Ujang.[Berita Harian]


Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Ahad, September 26, 2010

10 Komen:

  1. Salam...

    Time grad, hanya nama yg terawal blh merasa canselor bg ijazah....

    BalasPadam
  2. @iza

    Tahu tak pe..
    nama zul selalu last
    sekali dapat lah dari
    tangan timbalan dekan
    he he..

    BalasPadam
  3. Wah...puteri dari negeriku....Dirgahayu!




    *Saya dulu memilih UM kerana berangan gambar konvo nanti nak dengan Sultan Azlan. Kebetulan masa tu baginda jadi Yang Dipertuan Agong. Alhamdulillah, tertunai cita2. Budak2 sekarang, susah nak pilih U atau bidang yang mrk minati sbb UPU tentukan.

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum,

    Puteri Sultan Idris Shah yang sangat bijak dan diminati serta dikasihi rakyat jelata. Tahniah.

    BalasPadam
  5. Orang besor2 gitu mudah amat dapat jawatan tu yak...

    BalasPadam
  6. pernah nampak masa kat UTM dulu...

    BalasPadam
  7. salam..
    bestnya sapa2 yang grad nanti...
    Raja Zarith yang sampaikan ijazah...

    BalasPadam
  8. tahniah kepada raja zarith sofiah.. jadi canselor utm 4...

    BalasPadam
  9. Salam...

    Alhamdulillah, pasti anak cucu kita berpeluang belajar di sana dan dapat bertemu dgnnya ketika konvo kelak..

    BalasPadam
  10. Tahniah kepada Raja zarith sofiah.. jadi canselor utm 4. Semoga UTM bertambah unggul.

    BalasPadam