Hidup Seorang Blogger | Permulaan Hidup





Salam semua..Blog,Blogger,Entri dan Iklan tak dapat dipisahkan.Bila hendak berblog perkara pokok ini mesti di mulakan.Kita mulakan dengan nama blog,setiap yang ingin berblog pada awalnya mesti mencari nama blog yang terbaik pada blog mereka.Keutamaan namanya mesti senonim dengan diri anda.Ada pelbagai nama blog di dunia ini.,masing-masing punya citarasa tersendiri dan idola saya pada masa itu adalah blog Che Det .Simple je namanya tapi popular..jadi dalam mencari ilham tu saya rasa nama zulkbo elok saya gunakan kerana nama ni dah lama saya gunakan sewaktu aktif di laman forum.


Banyak laman forum yang saya sertai antaranya Tranungkite Online,Jqaf.net,Khalifah,Utara Online,(ada setengahnya saya dah lupa passwordnya) dan yang terbaru sekali Pahang Comunity .Kesemuanya saya gunakan nama zulkbo, jadi rasanya inilah nama yang paling senonim dengan saya.Bermula dari alamat email saya nama ini di beri nama tanpa ber bin..he he..Simple & easy kata omputeh,tak kurang dan tak lebih..walaupun ada yang tak tahu nak menyebutnya.


Setelah mendapat nama yang sesuai pada blog mereka maka seorang blogger akan mencari template untuk blog .Sudah tentu untuk kali pertama dalam keadaan serba tidak berpengetahuan maka template basic dari blogger yang menjadi pilihan.Di samping senang dan mudah..tak payah nak sakit kepala adjust itu ini..just follow kata omputeh..he he..Maka bermulalah penulisan entri pertama.Memandangkan tak de idea dan nak testing sahaja, maka entri copy paste je la yang menjadi pilihan pada masa itu.


Tiba masanya mencari follower di blog anda..Saya masih ingat antara sifu terawal saya dalam berblogging ini adalah Cik Natrah Rozali,seorang guru dan dialah follower pertama saya.Juga di kenali sebagai Cik_N di Pahang Community .Tunjuk ajar dari beliaulah membolehkan saya explore cara berblogging ini,anda boleh lah singgah di blog  beliau yang dah bersawang memandangkan dia sekarang dah jatuh cinta dengan Facebook..maruuu kata orang Pahang..he he





Bila follower dah ramai,budaya blog walking pun timbullah.. kena pulak di masa itu saya ada terbaca di blog  orang lain yang kononnya dah "cash out" sampai beribu ringgit.Iklan di pasang di blog dan pada mulanya punya la tamak ,semua syarikat pengiklanan nak di letakkan di blog. Dari iklan Nuffnang hingga ke Advertlets akhirnya bila cukup minggu..tunggu punya tunggu hasilnya beli gula-gula pun tak lepas..ha ha.Selidik punya selidik baru tahu ada pengiklan tak suka diduakan..dia akan bayar lebih di samping bonus berganda kalau kita setia.Jadi lu fikir lah sendiri (pinjam kata-kata Nabil).


Maka Nuffnang akhirnya menjadi pilihan hati.Ada rezeki dapat Buffer Earning pertama dari LG (kalau tak silap).Nak di jadikan cerita ada saya terbaca dalam blog orang ,kalau dapat BE kena buat entri banyak-banyak barulah ramai orang masuk dan income lebat..he he..maka dalam satu hari paling kurang 3 entri..mak aihh,kemaruk duit rupanya..ha ha..hujung bulan bila BE dah tukar jadi Meter Earning pendapatannya tak la seberapa pun..baru tahu,jangan nak ikut cara blogger hebat,mereka tak blogwalking pun traffic masuk.(Ini akan saya cerita di HIDUP SEORANG BLOGGER pada entri seterusnya minggu depan..)

Inilah serba sedikit permulaan HIDUP SEORANG BLOGGER ,kalau di ingatkan balik pasti tertawa sendirian..tapi keseronokan dalam dunia blogging ini memang dirasakan setelah kita melihat blog kita di masuki pelawat di samping mendapat rakan-rakan baru dari pelbagai status dan usia.Dari pelajar hingga ke pensyarah dan ada juga lawyer.Belum jumpa lagi menteri..he he,kalau ada nak juga saya jadi follower.Yang seronoknya ada pelbagai genre blog..semuanya saya layan dan masuk.Semuanya itu adalah pengalaman baru yang tidak dapat di bayar dengan wang ringgit.


Akhir kata buat masa ini,terima kasih kepada semua yang sudi datang ke zulkbo blogspot dan terus menyokong saya tanpa jemu.Itu lah yang utamanya HIDUP SEORANG BLOGGER ,siapalah blogger tanpa pembaca dan pengunjung blog anda.Wassalam.




Entri ini kredit kepada DENAIHATI.COM





Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Ahad, Ogos 22, 2010

62 Komen:

  1. salam

    Saya tersenyum/tersengeh sendiri bila mengenangkan 4 bulan yang lalu,saya mula jadi seorang blogger...huh bukan senang rupanya...tapi gagahi juga....kesian juga kat kawan2 yg baru nak berjinak dengan dunia blog ni....hanya blogger sahaja tahu perit/jerih nya....

    Bro, bukan nak bodek tapi bro adalah contoh yang boleh dibuat rujukan...suka melawat blog blogger baru....tak jemu2 melawat ke blog saya...rasa tak pernah mis ziarah blog saya yg tah apa2 nih...

    BalasPadam
  2. salam,
    satu kisah yang menarik dan unik ni bro,
    selamat berjaya :D

    BalasPadam
  3. semoga berjaya dlam kontest ni bro...
    =)

    BalasPadam
  4. Saya blogger baru:)

    BalasPadam
  5. salam
    dunia blogger / blogger dunia
    eh, apa nak tulis ni?

    BalasPadam
  6. salam..
    heheh..
    begitu rupanya sejarah blog abang zul ni..
    tapi nama ZULKBO tu memang unik..
    bukan sekadar unik. malah bermakna..
    sebab huruf singkatan nama penuh abg zul..

    gulp.. sehari 3 entri..
    tak tertulis saya..
    nak fikir nak karang entry ape pun dah cukup memeningkan..
    tapi nanti nak cube..

    hehehe.. teringat pulak mase saya mula2 mengarang blog dulu.. saya ingatkan nak jadikan diari.. tu yang main tulis aje.. hehehe.. bile baca balik entry mula2 mesti saya ketawa sorang2..
    kelakar.

    BalasPadam
  7. saya suka bila saya tulis dan ada orang baca...hee~


    tak rasa macam syok sniri,..'

    kenapa sya memblog?

    sebab sy mmg suka membebel...lalala~~

    BalasPadam
  8. Salam, caya lah sahabat.. teruskan memajukan blogger!

    BalasPadam
  9. ini baru blogger yang hidup.. ;-)

    BalasPadam
  10. Salam...

    Moga sdra sihat hendaknya..
    Selamat bersahur..
    Teruskan perjuangan..

    BalasPadam
  11. Salam Zul..
    Koi pun dah jadi salah seorang blogger hehe..aktif berblogwalking la pulak...masa mula-mula ingat utk catatan peribadi je last2 terikut juga...hehe

    BalasPadam
  12. Salam juga zul.. gitu kehidupan seorg blogger..nak buat entri sampai 3-4 entri kawan tak mampu huhuhu.. :( salamat maju jaya!

    BalasPadam
  13. @akuanakpahang| OZZY
    Terima kasih rodong
    kerana aok berdualah
    koi terus berblogging nei
    he he...

    BalasPadam
  14. @Zikr the Jalanan Sepi Perantau| Saudara Abdul Razak

    Terima kasih juga..
    sekadar memeriahkan
    dunia blogger hari ini
    semoga kita semua mendapat
    menafaat dari sesuatu
    yang baik di sini..

    BalasPadam
  15. @aRoL|SKREMPES

    Terima kasih..
    moga kalian berdua
    sihat selalu..
    selamat bersahur

    BalasPadam
  16. salam zul..menarik n3 kali ni.Cm berblog suka suka terutama sb nak simpan segala resepi dlm blog untuk rujukan tapi jika ada yang sudi bertandang ..seronoknya ..hati berbunga-bunga.Selamat bersahur.

    BalasPadam
  17. @tehr

    Saudara..anda memang unik
    blog terbaik yang saya paling
    suka singgah..teruskan berkarya bro!

    BalasPadam
  18. sikap bro zul yg mudah mesra dan tidak lokek memberikan komen dan pendapat menjadikan bro zul sbg blogger yang digemari ramai.. ;)

    BalasPadam
  19. @cikgu isza |ETOMYAM

    Terima kasih...
    atas sokongan kalian tu
    tak mengharap langsung
    kemenangan,sekadar memeriahkan
    dunia blogger hari ini..he he

    BalasPadam
  20. @Man Kuchai

    Man..
    saya suka cara penulisan
    anda..pasti akan di gemari
    oleh pembaca lainnya juga
    satu hari nanti..insyaallah

    BalasPadam
  21. @mifh @ Hadi | MX

    Terima kasih singgah
    dan memberi komen
    semoga kalian berdua
    sihat dan di rahmati
    Allah selalu..

    BalasPadam
  22. @Ustaz Love

    Ustaz..
    Blog saudara
    selalu di hati saya

    BalasPadam
  23. @cikmanggis

    Salam..
    saya kalau nak menjamu
    mata selalu singgah ke blog
    CM..terliur manjang..he he
    teruskan dengan resepi anda
    amat menarik..

    BalasPadam
  24. Salam,

    gud luck yea :)

    BalasPadam
  25. nama bro koi mmg unik dan org lain mudah mengingati nama blog bro koi ni..zulkbo ni sy pikirkan dekat2 nama zaibo lak pelakon komedi tu..tp tak pelah bro koi.

    bro koi mempunyai idola.dan pengikut bro koi pon ramai.alexa rank dan page rank bro koi sudah menunjukkan kehebatan blog bro koi.tp yang penting kualiti setiap entri.diselitkan info berguna utk org membacanya..tahniah!!

    "Kasut Termahal Dunia Tapi Bukan Kasut Raya"

    BalasPadam
  26. salam tuan rumah..hikmah berblog..kita punya ramai kenalan, sahabat dan rakan dari pelbagai peringkat umur & golongan w/pun kita saling tidak mengenali secara berdepan mata..kpd semua bloger anda semua amat dekat di hati orang muo..slmt berblog supaya tidak menjadi ['goblog' bah indon=dungu'] he he

    BalasPadam
  27. Salam...
    Sy baru dlm blogger..Mmg seronok bila dpt follower..tiap2 hari mesti nk tengok follower dan komen2..Yg x brape seronok bla nk perah idea nk menulis..Bla sy masuk blog abg Zul je trus semangat menulis tu masuk..Tp kdg jem jgk..Hehehe

    BalasPadam
  28. Salam..

    wah.. memang cerita yang menarik..

    setiap blogger ada cerita dia yg tersendiri kan..


    semoga berjaya incek zulkbo...

    BalasPadam
  29. Hidup seorang blogger ade naik turun tapi memang best.. Heehee.. All the best.. :)

    BalasPadam
  30. baru 8 bulan jadi blogger. junior lagi lah maksudnya.hehe.

    BalasPadam
  31. inilah dikatakan blogger tegar

    BalasPadam
  32. entry utk kontest denaihati?

    good luck bro zul..
    harap boleh menang yer..! sokong bro

    BalasPadam
  33. Tanpa Nama22 Ogos, 2010

    Aslmkm Zul.
    :) Ya, seharusnya setiap orang ada sebabnya tersendiri.
    Kak G dicadangkan anak. :)
    Kak G tak jenis membebel, tapi suka analyze -
    Kak G suka baca apa2 saja yg menarik minat, & suka observe - lepas tu suka buat analysis.

    BalasPadam
  34. wah! lengkap semua isi ade.. msti menang ni.. ape2pun gudluck ye! :)

    BalasPadam
  35. @pawaka19|ORANG MUO|NA EINAZWA| Farihin

    Terima kasih sudi singgah
    dan meninggalkan komen
    amat di hargai..

    BalasPadam
  36. @FarhanaDr| Gadis Comel| Sar KAFA Alif

    Kalian juga blogger hebat
    cuma ketegaran kadang-kala
    kurang..he he..ada masaalah
    broadband ke?

    BalasPadam
  37. @sop

    You are right bro..
    moh join sekali Sop?

    BalasPadam
  38. @DDrfauziah

    Terima kasih kak
    komen Kak G selalunya
    saya tunggu..jangan jemu
    datang sini lagi..

    BalasPadam
  39. @NICK IRFAN

    Nick..jangan nakal2
    ramai gadis cantik
    peminat blog anda
    he he..

    BalasPadam
  40. fewiitt... cerita ada susur galurnya :)
    good luck

    BalasPadam
  41. mintak bro hubungi saya di email luthtextile (at) gmail dot com ada benda sikit saya nak bincang

    BalasPadam
  42. Zulkbo, jenguk2lah blog Pak Nidus yang tak bermaya tu..bagilah tip2 yang boleh memberi semangat untuk terus berblog..

    BalasPadam
  43. Salam Zul .

    yeahh,
    teruskan berblog ..
    saya sokong anda.

    BalasPadam
  44. menarik.. sesuatu yg pasti sbg sorang blogger

    BalasPadam
  45. salam zulkbo
    salam ramadhan...dengan berblog kita boleh sampaikan apa yang tersemat dikalbu...juga sebagai medium dakwah...moga dirahmati

    BalasPadam
  46. salam ziarah cik zulkbo
    tahniah, perjalanan menarik :)
    saya masih amatur

    BalasPadam
  47. menarik zulkbo..baca entry ni teringat mijie 1st time buat blog..xtau nak tulis pe, copy paste je entry org lain..bkn setakat entry, mlah gamabar pun copy sekali.. kelakar jgk 2..

    BalasPadam
  48. Salam....

    Menarik cerita tu...
    Gud luck

    BalasPadam
  49. en zul.. hidup seorang blogger, banyak memberi pengajaran dalam berblog..

    BalasPadam
  50. mase buat blog amik mase jgk tu ..semua belajar dr google..mmg mencabar btol nk jd blogger ni..huhu

    BalasPadam
  51. Tahap pertama sudah dilewati, tinggal menunggu tahap kedua untuk kemudian mempertahankan posisi di puncak klasemen. Terus berusaha yach...

    BalasPadam
  52. slmt meneruskan berblog... buat tatapan cucu2 anda nt hihihi =)

    BalasPadam
  53. salam,

    begitu rupanya citra hati seorg blogger semoga terus berjaya dan duit pun masyukk hehe..

    BalasPadam
  54. pelik. aku mula dengan blog, aku termasuk kejap ke alam facebook dan rasanya kini aku kembali kepada blog. blog better weh aku rasa :D

    BalasPadam
  55. @Dwi Wahyudi

    Terima kasih..
    aduhh..jangan
    la menang,nanti
    tak senang duduk..
    biarlah yang lain je
    menang..he he

    BalasPadam
  56. @MissXYZ a.k.a Abaikan

    Betul jugak tu
    diary atuk diorang
    ha ha..

    BalasPadam
  57. Salam tuan rumah..
    semoga tuan rumah
    berada dalam keadaan sihat..
    wahh..satu entri yang menarik..
    moga berjaya ye

    BalasPadam

PERKONGSIAN MENARIK LAMAN BLOG LAIN JANGAN LUPA BACA