Hari Syak





Image hosted by servimg.com
Dalam keghairahan ingin menyambut bulan Ramadhan barangkali ada di antara kita yang sudah mula berpuasa sunat sebagai latihan menghadapi hari berpuasa sebenar. Perlu di tekankan di sini berniatkan perkara yang baik dalam sesuatu perkara tanpa kita sedari mahupun terlupa bahawa adalah di haramkan berpuasa pada hari yang di sebut hari "Syak". Hari Syak iaitu hari yang di ragui antara 30 Sya'ban atau sudah masuk 1 Ramadhan,oleh itu mari kita renungkan potongan dari dua hadith ini.Semoga kita mendapat menafaat dan sedikit ilmu darinya.

Ulama' Mazhab Syafie berpendapat adalah makhruh berpuasa pada separuh akhir bulan Sya'ban yang mana ada di antaranya hari Syak melainkan mereka yang biasa berpuasa sepanjang tahun atau bagi mereka yang berpuasa pada hari tertentu seperti hari Isnin dan Khamis yang puasanya berkebetulan dengan hari selepas 15 Sya'ban atau puasa nazar yang tertanggung ke atasnya atau puasa qada' atau fardhu ataupun puasa yang bersambung dengan puasa selepas Sya'ban dan puasa sebelumnya walaupun satu hari sebelum 15 hari Sya'ban kerana berdasarkan hadith..

Maksudnya:" Apabila telah tiba pertengahan bulan Sya'ban, janganlah kamu berpuasa ." (Riwayat Ahmad)

Jika seseorang itu berpuasa pada hari Syak atau pada separuh kedua bulan Sya‘ban dengan ada sebab seperti puasa qada', nazar dan kaffarah atau kebetulan bertepatan hari syak itu dengan puasa yang pada adatnya dia berpuasa seperti puasa hari Isnin dan Khamis dan puasa sehari dan berbuka sehari atau dia telah berpuasa pada 15 Sya‘ban dan berterusan puasanya itu tanpa berbuka hingga ke hari Syak, maka baginya dibolehkan berpuasa pada hari Syak dan separuh kedua bulan Sya‘ban itu. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu berkata, telah bersabda Rasulullah SAW..

Maksudnya: "Jangan kamu dahului bulan Ramadan itu dengan berpuasa sehari dan juga dua hari melainkan puasa seseorang yang (kebetulan bertepatan) dia berpuasa (pada adatnya hari itu)".
(Hadith riwayat Muslim)

Salah satu bentuk persiapan dalam menghadapi Ramadhan yang seharusnya dilakukan oleh kaum muslimin adalah menghitung bulan Syaaban, kerana satu bulan dalam hitungan Islam adalah 29 hari atau 30 hari sebagaimana yang dijelaskan Rasulullah SAW: "Satu bulan itu 29 malam. Maka jangan berpuasa sampai kalian melihatnya (anak bulan). Jika kalian terhalang (dari melihatnya), maka genapkanlah 30 hari." (Al-Bukhari).

Puasa Ramadhan adalah puasa yang diwajibkan oleh Allah ke atas orang-orang mukmin dan ia merupakan salah satu daripada Rukun Islam yang Lima. Sesungguhnya setiap ibadat yang diwajibkan ke atas umat Islam mempunyai rukun dan syaratnya yang tertentu dengan tujuan melatih kita menjadi umat yang bersistem dan berperaturan, sesuai dengan matlamat Islam untuk menjamin kehidupan yang bahagia di dunia dan akhirat. Wallahualam.








Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Selasa, Ogos 10, 2010

33 Komen:

  1. owh... hari syak nie tak boleh puasa...

    BalasPadam
  2. tak tau pasal hari syak ni..rasanya masa sek agama tu sy main2 bro koi

    "Rancangan Menarik Astro Sempena Ramadhan 2010"

    BalasPadam
  3. thanks share

    salam ramadhan al mubaraQ..

    http://koianakpahang.blogspot.com/2010/08/puase-kite-weh.html

    BalasPadam
  4. Salam sdra..

    Semoga Allah limpahkan kepada kita semua kesihatan yang sempurna, umur yang berkat dan jiwa yang tenang dalam kita hendak menghayati ramadhan yang bakal tiba esok atau lusa.

    Selamat berpuasa dan maaf atas segala silap salah saya..

    BalasPadam
  5. salam. terima kasih kerana memberi penerangan tentang perkara ini dengan menyertakan nasnya yang lengkap.

    selamat menyambut puasa. semoga puasa kita tahun ini lebih baik dari puasa tahun lepas.

    BalasPadam
  6. @Abd Razak
    saudara razak samalah dari dari jua

    BalasPadam
  7. @al-lavendari
    tuan..samalah maafkan saya jua
    jika ada kesalahan saya pada anda

    BalasPadam
  8. Salam,

    Selamat berpuasa bro..

    BalasPadam
  9. salam zul.. terima kasih berkongsi cerita bab syak. Selamat berpuasa juga.

    BalasPadam
  10. thanks for sharing...

    selamat berpuasa... ;)

    BalasPadam
  11. tima kasih info yang baik nih... slamat posa le kita yerk

    BalasPadam
  12. Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak! :)

    BalasPadam
  13. salam zulkbo...selamat menyambut ramdhan..terawih dimana mlm nie???

    BalasPadam
  14. salam aok,
    terima kasih sharing ilmu ni. baru kejab tadi time makan2 dgn rodong. ada gurau2an kata i puasa lah hari ni, dan ada lah sahut mana boleh puasa hari ini, dan ada pula sahut kata ada juga org yg tak tahu kan. heheheh..
    sekurang2nya benda ni kita tahu dan amalkan.

    selamat menyambut ramadhan al mubarak, semoga amal ibadah kita diterima Allah swt . amin
    maafkan salah silap koi, hukhuk

    BalasPadam
  15. salam
    semoga ramadhan tahun ini lebih baik dari ramadhan tahun lepas..=)
    selamat berpose..

    BalasPadam
  16. salam zul ..

    dah 3 kali masuk
    baru nie dapat komen

    Salam Ramadhan utk awak sekeluarga .

    BalasPadam
  17. thnkz bg info ni! slmt berpoasa uncle! :)

    BalasPadam
  18. Assalamualaikum,

    Maksudnya kalau sengaja nak puasa atau berlatih puasa pada hari syak tu memang berdosa, tapi kalau puasa sunat dibolehkan, gitu?

    BalasPadam
  19. Selamat menyambut Ramadhan buat en Zul sekeluarga

    BalasPadam
  20. Salam,

    Confused juga Sweetie, sebab hubby sweetie berpuasa penuh dari bulan rejab hingga hari ni dia masih puasa..bolehker?

    BalasPadam
  21. @LIPISLADY
    betul..
    moga Allah merahmati
    anda selalu LL

    BalasPadam
  22. tahnx for sharing

    selamat berposa cik zul sekeluarga

    BalasPadam
  23. @sweetie2010.blogspot

    Berkenaan puasa dalam ketiga-tiga bulan ini iaitu Rejab, Syaaban dan Ramadan berturut-turut sebenarnya tidak mempunyai asas pendalilan yang kukuh. Sebagaimana komentar oleh Ibnu Hajar al-Asqalani mengenai hadis-hadis tentang kelebihan berpuasa tiga bulan berturut-turut ini adalah hampir semuanya daif dan sebahagiannya maudhu' (palsu) dan tidak terlepas dari kritikan oleh para ulama hadis.

    Antaranya ulasan Ibnu Qayyim al-Jauziyyah dalam kitabnya Al-Manar al-Munif bahawasanya ciri-ciri hadis puasa Rejab, Syaaban dan Ramadan berturut-turut adalah dikategorikan sebagai hadis yang tiada asal baginya.

    Justeru, secara mudahnya kita dapat memahami dalam disiplin ilmu hadis sekalipun, hujahan hadis daif dalam perkara melibatkan hukum dan ibadat perlu dilihat dan diteliti terlebih dahulu. Jika terdapat hadis lain yang menyokong atau memperkuatkan maka boleh dinilai sebagai pembantu dalam hujah.

    BalasPadam
  24. @sweetie2010.blogspot


    Namun pada masa yang sama terdapat beberapa hadis lain yang sahih memberi panduan kepada kita tentang puasa sunat ini yang seolah-olah mengisyaratkan perkara sebaliknya.

    Contohnya, kita ambil hadis tentang puasa yang terbaik dikhabarkan oleh Nabi SAW ialah puasa Nabi Daud a.s yang bermafhum: Sebaik-baik puasa ialah puasa nabi Allah Daud a.s iaitu beliau berpuasa sehari dan berbuka sehari. (riwayat Bukhari).

    Ini bermaksud perakuan nabi Muhammad SAW sendiri terhadap kondisi puasa yang terbaik iaitu secara berselang seli hari, juga sebagai jawapan kepada persoalan sahabat yang datang bertemu baginda SAW dan menyatakan mahu berpuasa berterusan tanpa berbuka.

    Begitu juga terdapat larangan menyambung puasa dua hari berturut-turut kecuali dalam Ramadan yang disebut sebagai wisal. Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: Janganlah kamu menyambung puasa antara satu hari dengan hari yang lain (wisal). Jika ada yang menyambungnya sekalipun hanyalah sekadar sampai ke waktu sahur berikutnya sahaja. (riwayat Bukhari No. 1963,1967, Abu Daud 2361 Dan Ahmad 10671, 11152).

    BalasPadam
  25. @sweetie2010.blogspot

    Walau bagaimanapun tidak dinafikan terdapat beberapa hadis yang warid mengenai pahala berpuasa dalam bulan Syaaban antaranya seperti yang diriwayatkan oleh Aisyah r.a dalam Sahih Bukhari bahawasanya beliau sering melihat Nabi berpuasa dalam bulan Syaaban.Wallahualam

    BalasPadam
  26. salam,
    memang tak syak lagi tak boleh puasa di hari syak
    perkongsian yang baik bro :D

    BalasPadam
  27. silaturahmi sore sobat
    selamat menyambut bulan suci Ramadhan ya sobat
    somoga amal ibadah kita diterima Allah swt
    mohon maaf lahir batin

    BalasPadam
  28. Selamat berterawikh malam pertama...

    BalasPadam
  29. selamat perpuasa bro..semoga ramadhan kali ini lebih bermakna

    BalasPadam
  30. trima kasih atas info. sesuatu yg baru dpt saya perolehi dari entry ini.

    ramadhan kareem.

    BalasPadam
  31. Salam,
    terima kasih berkongsi info terutama pasal hari Syak tu.. perkongsian bermanfaat..

    BalasPadam