Google Earth Anda Sekarang Boleh Melihat Hujan Dan Salji






Google Earth merupakan salah satu aplikasi terbaik dari Google , sekarang anda sudah boleh menggunakan kemudahan Google Earth pada talipon mudah alih berskrin sentuh(touch screen) seperti smartphone Android atau iPad, kehebatannya bertambah apabila mampu menunjukkan formasi bawah laut atau rupa bentuk bandar mahupun muka bumi dalam bentuk 3-D. Ini sudah tentu mengembirakan penggunanya kerana Google selalu mengembangkannya teknologinya untuk memberikan lebih banyak utiliti dan kemudahkan teknologi masa depan  tanpa sempadan buat pengguna.


Yang terbaru adalah lapisan awan,Google Earth mampu menunjukkan hujan dan salji dalam pola cuaca secara "real-time"di beberapa bahagian dunia. Setelah mengaktifkan lapisan awan(clouds layer), anda hanya perlu zoom ke lokasi yang anda inginkan, anda juga turut boleh zoom ke lapisan mana bahagian awan yang anda ingin lihat.Bagaimanapun buat masa ini, kemudahan ini terbatas hanya  untuk kawasan dari Amerika Utara dan Eropah Barat, dan turut merangkumi beberapa tempat termasuk Pacific Northwest dan England. Dengan mengaktifkan lapisan radar, anda boleh melihat di mana data curah hujan juga tersedia . 


Yang saya kagumi tentang ciri-ciri ini ialah sistem " real time" nya yang selalu di kemaskini , seandainya di perluas satu hari nanti, ini bermakna anda boleh menjejaki pola cuaca, taufan (termasuk yang menakutkan seperti angin taufan Alex seperti gambar di atas), dan memantau pergerakannya bergerak di peta. Ini berpotensi untuk kajian masa depan jika sesuatu bencana akibat hujan yang bakal melanda,kita boleh melakukan persediaan awal.Bumi Malaysia amat kaya dengan hujannya,banjir adalah kerap dan ini pasti amat berguna pada kita satu hari nanti.


Anda juga boleh mendapatkan:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...