Mani Pula Mendapat Perhatian



Salam semua..jika sebelum ini si Paul, sotong kurita menjadi popular (sebelum di makan oleh tuannya)setelah meneka dengan agak tepat keputusan pelawanan piala dunia 2010.Tetapi sekarang nampak gayanya beliau sudah ada pesaing,Mani si burung serindit.Mani yang di punyai oleh seorang tukang tilik di Singapura dengan tiba-tiba menjadi popular bila meramal Belanda akan mengalahkan Sepanyol di perlawanan akhir nanti.Ramailah peminat Sepanyol yang memang tegar menyokong Sepanyol akan mula mencari burung ini nanti untuk di sembelih atau di buat masak kari bila Sepanyol kalah nanti..he he..




Si Paul masih mendahului senarai binatang paling popular di musim Piala Dunia kali ini.Beliau baru sahaja melakukan tekaan secara binatang(he he..)meramalkan yang pasukan Sepanyol akan menjuarai Piala Dunia mengalahkan pasukan oren(Belanda)yang sememangnya tak sabar nak menjulang piala dunia selepas penampilan mereka sebanyak 2 kali di perlawanan akhir sebelum ini pada tahun 1974 dan 1978 gagal.Kita tengok siapa yang kena..pada saya siapa yang menang tidak menjadi hal lagi setelah pasukan pilihanku Brazil gulung tikar awal kali ini.

Apapun kita akan bertemu semula di piala dunia 2014 nanti yang bakal di adakan di Brazil.Buat penyokong pasukan samba jangan bersedih bersamalah kita bersedia dari sekarang(itupun kalau di panjangkan umur)mengumpul suara untuk menyorak pasukan Brazil pada 2014 nanti.Yang nyata di sini siapa menang pun kita di Malaysia tetap menang sorak.he he..Tak percaya cuba ke kedai mamak bila setiap kali perlawanan bola ini di adakan.Sorak jangan tak sorak,lepas minum jangan lupa bayar tau?

Bercerita bab bayaran ni ada setengah kedai mamak mengenakan bayaran tambahan sebanyak Rm1 pada penonton perlawanan piala dunia di kedai mereka.Memang patutlah..dah la bising dalam kedai orang,minum secaman duduk sejam setengah..he he.Alasan mereka orang lain nak duduk makan tak ada tempat.Apapun orang meniaga setakat Rm1 bagi je lah tak payah kita marah dia,hidup mau happy-happy..Wassalam


**Moralnya di sini jangan percaya segala jenis ramalan.Kerana ramalan tukang tilik adalah salah satu dari dosa syirik yang membawa kepada dosa-dosa besar.Sabda Nabi s.a.w dalam hadith yang sahih: “Sesiapa yang mendatangi tukang tilik dan tukang ramal lalu dia mempercayai apa yang dikatakannya, sesungguhnya dia telah kufur dengan apa yang diturunkan kepada Muhammad”. (Riwayat al-Hakim dan al-Tabarani dengan sanad yang sahih).






Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Sabtu, Julai 10, 2010

27 Komen:

  1. Spain yg menang...
    bkn krn ramalan Paul...
    tp player Spain semer ade skill kwal bola...
    hahaha ;p

    BalasPadam
  2. Salam..

    Spain telah mengecewakan saya huhuhuhu..

    BalasPadam
  3. salam en zul,
    sepanjang saya tengok si paul naik kembang tekak saya.. kena pula deme nak goreng si paul tu..

    kalau bukan islam tu tak tahu nak kata apa tapi kalau orang islam yang percaya... apa kata kita goreng deme jer...

    BalasPadam
  4. syirik tetap syirik walaupun sekadar hiburan. jemput jenguk blog koi weh!

    BalasPadam
  5. lepas si paul, si mani plak...adehh...

    macam2 hal la dunia nie...

    BalasPadam
  6. salam tuan rumah..
    oh..halaihai ni kes manusia yg jahil jer sanggup buat lagu ni..hehee

    BalasPadam
  7. Usohlah bertenung nasib...haram hukumnya. maka bak kata org tua-tua dengor boleh pakai jangan.. sendiri mau ingat juga yaa dok?

    BalasPadam
  8. kebetulan je tu..x leh caya sgt..apapun koi sokong spain final nanti

    BalasPadam
  9. salam..
    hiii...hiii..
    macam-macam ragam deme ni...
    pelik kan.. tapi betol pulak ape yg diramalkan tu.. semua kuasa tuhan..

    BalasPadam
  10. syaitan ada bermacam cara nak menyesatkan umat manusia. berhati-hatilah yek.

    BalasPadam
  11. he he he he...
    macam binatang nak enterframe!

    BalasPadam
  12. Tanpa Nama10 Julai, 2010

    Aslmkm Zul.
    Berjalan sampai ke dinihari, Kak G ni. :)
    Hmmm ... tu perencah2 jer. Pandai pula si India tu cari populariti. Nak melawan octopus! Kah3!
    Kalah menang kan adat pertandingan ... pemain lawan bersungguh-sungguh dgn permainan yg cantik sudah cukup utk kita kan?
    Tapi Kak G sokong Spain. :)

    BalasPadam
  13. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    WELCOME—WELCOME-- WELCOME
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    WELCOME.WORLDCUP  
    ╔══╦══╗╔╦══╗  
    ╚═╗║╔╗║║║╔╗║    
    ╔═╝║║║║║║║║║ 
    ║╔═╣║║║║║║║║    
    ║╚═╣╚╝║║║╚╝║    
    ╚══╩══╝╚╩══╝
    SAY.NO.JUDI.BOLA
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    WELCOME-- WELCOME-- WELCOME
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

    Puas hati aku spain macam ada harapan nampaknya... ishhh menunggu penuh debaran ni nampaknya... kita tunggu dan lihat

    BalasPadam
  14. Tanpa Nama10 Julai, 2010

    Jangan sampai Belanda mintak tanah skali lagi yekk. Go spain go

    BalasPadam
  15. btol tu sy sokong! jgn pcya sgt tilikan binatang2 ni? klu btol pun kebetulan jer kot? hehe

    BalasPadam
  16. salam
    akhir2 ni nampak 2 binatang ni semakin cerdik
    cuma manusia pula semakin bodoh mempercayainya

    BalasPadam
  17. mantab tu gurita
    prediksinya benar terus
    tapi aku jadi kalah :(

    BalasPadam
  18. Huh..klu manusia ni dah x de pegangan agama, begitulah! Nak caya sngat ramalan binatang...

    BalasPadam
  19. salam,

    Paul sisotong khurafat...jangan mempecayainya!

    BalasPadam
  20. salam

    kenapa masih lagi ada orang yang mengingkari perintah muhkamat itu.

    baru2 ini saya juga ada membuat satu entri tentang keburukan judi dan ramalan di alamat ini:


    http://al-lavendari.blogspot.com/2010/06/wat-thanara-dan-judi-bola-sepak.html

    BalasPadam
  21. salam,

    paul dengan mani tu main pakai amik je dorang pun tak tau apa2 pasal world cup hehe..

    BalasPadam
  22. aishh.. nuri ni nak terkenal juga.. hehe

    BalasPadam
  23. lagi malang apabila ada org islam yg turut percaya dgn ramalan binatang tu.

    BalasPadam
  24. World Cup - 4 tahun akan datang , badak sumbu ..tapir ..tenuk .. or maybe gorilla plak akan mendapat perhatian .

    BalasPadam
  25. LiNda hehe .geli hati kita baca komen LiNda ni:)

    BalasPadam
  26. haha..mcm2 diorang nie..kt binatang ni pun nak percaya..malangnye nasib diaorang..ishk3..apa nak jdi zaman sekarang

    BalasPadam
  27. eh! uncle sokong sape yer???

    BalasPadam