Malware Detected !!






Salam semua..nak berkongsi info berkenaan dengan malware atau virus yang selalu menyerang komputer kita kebelakangan ini.Terbaru bila saya berjalan ke blog-blog sahabat ada 2-3 blog yang saya buka terkeluarlah paparan seperti di atas.Kebanyakan blog yang saya pergi itu ada kena-mengena dengan Pahang Bloggers.Disini saya tak mahu lah cakap blog siapa,cukuplah sekadar mana-mana sahabat yang blog mereka yang secara tiba-tiba kekurangan traffic pengunjung ke blog anda sila periksa apa-apa link yang anda 'tepek' di blog anda.

Dari pengalaman saya dulu ada satu link yang telah di jangkiti virus serta menjadi 'host' kepada malware tersebut.Rasanya malware ini jika tidak di bendung boleh merosakkan sistem komputer anda. Jangan rasa bersalah untuk buang link tersebut,kepentingan blog anda perlu di utamakan.Pengunjung pasti takut nak ke blog anda lagi jika 2-3 kali masuk, paparan amaran itu akan sentiasa keluar.Alhamdulillah setakat ini anti virus berbayar komputer saya masih dapat mengesan malware atau virus yang cuba masuk ke dalam komputer saya.Wassalam.

Sedikit info mengenai malware

Malware merupakan perisian yang direka bentuk untuk memasuki ke dalam sistem komputer dan menyebabkan risiko kerosakan komputer tanpa disedari oleh pengguna.
Nama Malware wujud daripada gabungan ‘malicius’ yang membawa maksud niat jahat dan ‘software’ pula bermaksud perisian. Perisian ini dicipta oleh individu yang mempunyai kepakaran berkenaan kod program pelbagai perisian. Tujuan golongan ini ialah untuk mengganggu, mengancam dan menimbulkan masalah kepada pengguna komputer. Mereka mencipta Malware seperti cecacing internet dan beberapa virus lain bagi tujuan untuk menguji kemahiran komputer yang dimiliki serta ingin melihat sejauh mana kejayaan mereka menyebarkan virus yang dicipta.
Salah satu Malware yang mula-mula disebarkan adalah cecacing yang telah direka oleh seorang pelajar Cornell University, Robert Morris pada tahun 1998. Tujuan asalnya ialah untuk latihan bagi menguji dan mengukur saiz Internet. Namun telah berlaku kesilapan dalam pengekodan menyebabkan cecacing tersebut telah berupaya menyalin semula dan tersebar meluas ke beribu-ribu komputer di seluruh dunia.
Pada masa ini Malware diwujudkan untuk tujuan mengaut keuntungan. Bukan saja untuk mengganggu sistem komputer tetapi ia juga digunakan untuk mencuri data, identiti, wang serta maklumat pengguna, semata-mata bagi mengaut keuntungan yang berlipat ganda oleh penjenayah siber.
Pengguna selalunya tidak sedar, bahawa sebahagian perisian yang dimuat turun dari internet yang digunakan sebenarnya adalah merbahaya kerana penyamaran yang dilakukan. Teknik inilah yang telah digunakan oleh kebanyakan virus trojen. Teknik yang dikenali sebagai ‘rootkits’ menawarkan penyembunyian Malware daripada pengetahuan pengguna dan menghalang daripada dikesan oleh program anti virus.
Kemunculan lebih banyak rangkaian sosial seperti YouTube, MySpace dan sebagainya akan menggalakkan lagi penyebaran Malware. Penyebaran ini juga boleh berlaku melalui pautan pada ruangan forum, sembang talian, pautan video dan ruangan berita.
Malware akan menyebabkan sistem komputer bertambah lambat seperti penyambungan Internet dan juga masa untuk sistem ‘boot’ menjalankan operasinya. 

Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Isnin, Julai 12, 2010

24 Komen:

  1. salam tuan...tak habis bende ni yekk...kalau kena virus ni dia jadi cam mana...nok tau dari blog kome ade tak?

    BalasPadam
  2. salam en.zul
    bahaya juga ni. Langkah pencegahan kena beli antivirus berbayar kot?

    BalasPadam
  3. Setuju sangat2.
    Avira yg saya guna pun blh detect. Maaf la jika sebelum ni saya rajin ke blog lain, tiba2 dah lama tak singgah, itu la sebabnya. Lg 1 virus favicon dari malindofm.
    Ada jgk iklan pop up window yg menyebabkan lambat loading.kdg tu sakit ati jgk bila sekali klik, 2,3 kali tab baru yg keluar.

    BalasPadam
  4. ada juga terjumpa.. tak faham benda2 ni.. ingatkan biasa2 jer.. boleh rosakkan sistem ke?

    BalasPadam
  5. tq en zul...dengan adenye info ni baru la saye tahu sebenarnye mengenai virus ni...

    BalasPadam
  6. Salam...

    ade jumpe gak td...
    x bani nak p situ dah...
    rosak lappy kome ni kang berabih plak
    nak membaikinye...

    BalasPadam
  7. salam en zul
    tima kasih utk info.kwn x tahu sangat mende2 ni seme.satu halangan utk kite jugok ni.

    BalasPadam
  8. Salam,

    Mmg saya ada terjumpa amaran ni diblog...mmg saya tak klik pun.Bro boleh la buat tutorial pasal virus ni..thanks for sharing

    BalasPadam
  9. salam..
    isk.. bahaya kan..
    selalu jugak jumpe web yg ada malware...

    Malware...
    keje orang yg terlebih bijak tapi tak tau nak menggunakan kebijaksanaannya secara betul..

    BalasPadam
  10. Salam...

    Kiranya ramai tak tahu link yang ditepek kat blog mempunyai malware. Ada cara-cara nak detectkannya ker selain kita guna anti-virus dan internet security yang berbayar?

    BalasPadam
  11. @Cik SHiNJU
    aok sdia maklum dah kan
    blog sapa yang kena kan?

    BalasPadam
  12. blog aku dijangkiti? kabo le.

    BalasPadam
  13. tq atas info aok te..

    BalasPadam
  14. Untuk tatapan sahabat semua
    WELCOME.WORLDCUP  
    ╔══╦══╗╔╦══╗  
    ╚═╗║╔╗║║║╔╗║    
    ╔═╝║║║║║║║║║ 
    ║╔═╣║║║║║║║║    
    ║╚═╣╚╝║║║╚╝║    
    ╚══╩══╝╚╩══╝
    SAY.NO.JUDI.BOLA
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

    Rasanya kalau blog kita terkana cam ni macamner nak buat ye.... takut gak.... hope dapat buat infor macamner nak rawat dan cegah kalau terkena dan sebelum terkena... issshhhh...

    BalasPadam
  15. @ahmad humairi
    salam cikgu..saya baru ke blog anda..tiada ancaman malwares..dont worried..he he

    BalasPadam
  16. info yang berguna ni bro, nak kena pertingkatkan sistem pertahanan, nak buang link-link yang kurang berkaitan

    BalasPadam
  17. ermm..thanks..mak ingt mak sorang je nmpk alert tu!! huhuhu..silap mak x cam blog yg mana 1!

    BalasPadam
  18. salam zul..
    terima kasih berkongsi info...koi 2-3 kali juga jumpa virus ni..peliknya dia mcm kejap ada kejap x de..biasanya kalau jumpa koi akan pesan kat SM koi tu pada pemilik blog tersebut

    BalasPadam
  19. Tanpa Nama13 Julai, 2010

    ai neh buta IT, kabo la kalo jumpa kat blog ai yek

    BalasPadam
  20. @ozzy

    berhati-hatilah ozzy,lappy ko dah kena sekali hari tu..siap berservis baru..duit sema tu..hu hu

    BalasPadam
  21. salam bang zul...

    blog koi ander x?sile uar-uarkan..no problem nt boleh koi buat ape yg patut

    *ade award utk aok te

    BalasPadam
  22. eh! uncle pakai antivirus ape ek? sy pakai avast dan AVG scan xde plak jmpa virus wlpn laptop sy kdg2 lembab! tnsion btol...

    BalasPadam
  23. ape sofware yg terbaik yg zulkbo cadangkn???

    BalasPadam
  24. sila lah war-warkan mana tau kot2 blog koi ke...

    BalasPadam