Berpakaian Hakikatnya Bertelanjang




Ini gambar yang saya snap sewaktu hujan renyai-renyai di hadapan KLCC semalam,bukan mengata sesiapa..sekadar renungan kita bersama tentang kebenaran hadith Nabi Mohammad SAW yang diriwayat Muslim.Agak kurang bermutu kualiti gambarnya kerana menggunakan talipon bimbit murah sahaja.


Hukum memakai tudung bagi wanita adalah wajib. Walau bagaimanapun wanita tersebut wajib memahami bahawa memakai baju ketat, pendek, singkat dan jarang bukanlah termasuk dalam ajaran Islam dan tidak termasuk dalam kategori menutup aurat yang sebenar dalam Islam.

Terdapat hadith Nabi Mohammad SAW yang menyatakan.."Akan berlaku pada akhir zaman, wanita yang memakai pakaian tetapi bertelanjang, kerana pakaiannya yang jarang sehingga nampak auratnya" - Hadith Riwayat Muslim.

Perempuan yang berpakaian sedemikian pada hakikatnya masih dikatakan mendedahkan auratnya berdasarkan kepada hadith Nabi SAW tersebut yang menceritakan ramalan Rasulullah SAW tentang akan ada sesetengah kaum wanita di kalangan umatnya yang akan berpakaian tetapi bertelanjang.

Maka di sini 'BERTUDUNG TAPI MEMAKAI SKIRT '??Jadi hakikatnya tiada beza dengan gadis cina yang berjalan sebelahnya.Moralnya di sini jika nak bertudung lakukan seikhlasnya jangan ada sebab yang lain, melainkan hanya takutkan Allah dan azabnya..renung-renungkanlah..Wallahulam.




Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Khamis, Julai 01, 2010

63 Komen:

  1. salam zul
    Tudung zaman skrg dipakai hanya sebagai fesyen

    BalasPadam
  2. salam
    astaghafirullah...
    hurm..ntahlah....mungkin betul kot kata encik ozzy tu..bertudung semata2 kerana fesyen..
    mintak jauh la semua tu...

    BalasPadam
  3. itu org jepun kot..org Jepun suka pakai stail mcm tue..bukan ape, cume berprasangka baik je huhuhuhu...

    BalasPadam
  4. salam..

    sy pelik juge tgk org dlm pic tu..i mean, die blh pkai tdung..kire ok gak la tdung die tu..alih2 kt bwh pkai skirt lak..isk..mcm xmasuk akal je..janggal..

    BalasPadam
  5. salam bro :)

    benci kalau ada perempuan yang anggap tudung itu fesyen, pakai skirt tapi bertudung, konon minah saleh la tu, benci...

    BalasPadam
  6. Tanpa Nama01 Julai, 2010

    alahai..tudung da cantik, kalo pakaian pon bersesuaian..lagi la cantik. Pernah gak terjumpah gadis kita di uptown pakai lebih kurang camni, bila kita tegur.. dia tarik muka. apo nak buek..

    BalasPadam
  7. he2..pakai baju pn yg ketat2..

    BalasPadam
  8. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  9. kalo dia seorang muslimah...memang tak patut memperagakannya...mungkin jepon kot...macam kata sahromnasrudin.

    BalasPadam
  10. wah ini malaysia ke? klau negara lain..lain citerle sbb mahzab lain2..papepun..aurat wanita tu..tetap dari atas sampai bawah..kecuali muka dan tangan

    BalasPadam
  11. Fenomena gadis sekarang..kadang pakai tudung molek dah keknya pakai suar kuar alor punggung.

    Moralnya jangan maroh ke binatang kalau masuk ke kebun, kalau kebun tak pagor molek.

    BalasPadam
  12. Gambar ini memberi seribu pengajaran utk diri saya sendiri ..

    thanks

    BalasPadam
  13. Tanpa Nama01 Julai, 2010

    salam,
    begini lar jadinya fashion dah xbertempat.. ish2 ape nak jadi :)

    BalasPadam
  14. erm...nak comment pun susah, x comment pun susah..Mak ni, open hair, takut plak bg comment salah tmpt!

    BalasPadam
  15. masyaallah.. apa nak jadi

    BalasPadam
  16. mungkin beliau pakai tutup kepala tu sebab hujan. bukat sebab takutkan tuhan mungkin.

    BalasPadam
  17. salam en zul.
    ini semua berkait kpd pemahaman sendiri tanpa merujuk pada yg pakar/ahli ttg sesuatu perkara.

    "manusia itu mengenal tuhannya mengikut persangkaan mereka"

    BalasPadam
  18. Astaghfirullah.. semoga sama2 kita mengingatkan para ibu, isteri, adik beradik dan isteri kita..

    sayang rasanya 'berkongsi' kecantikan wanita itu selain hanya untuk suami..

    BalasPadam
  19. en zul...kat uitm ni ramai lagi staf yang berpakaian hakikatnya macam telanjang....

    BalasPadam
  20. geleng kepala saya tgk perempuan tu.. tutup atas buka bawah... mmg takda beza dgn org sblh dia...

    BalasPadam
  21. itu la dia...zaman sekarang...
    janji tutup kat kepala jer...yg lain belakang kire...jgn la terjadi pada diri saye ni...

    BalasPadam
  22. Salam,
    Wah semakin meriah blog ni.
    Aku tabek ngan ppuan Arab sbb tutup semua tinggal 2 bijik mata je yg nampak.

    BalasPadam
  23. subhanallah..... apa dah jadi sekarang nie... abg zul zaman sekarang nie macam2 ada.... bak kata iklan astro.. tapi yg pasti segeralah bertaubat sekalian mahluk..

    BalasPadam
  24. First time tgk pakai tudung,dan berskirt.

    ~taat dalam engkar~

    BalasPadam
  25. Salam....

    Selalu sangat jumpa macam ni, bukan hanya di bandar2 besar.....
    Nak kata orang asli, rupa macam orang Melayu, cakap pn bahasa melayu...tgk pakaian anak kdg2 jauh beza dari ibu. Si anak kecil di pakaikan seluar dan baju berlengan panjang tapi si ibu pakai skirt ats lutut, baju ketat dan singkat tp ada kerudung di kepala...
    Tak tau nk kata fesyen apa.....

    BalasPadam
  26. Kawan rasa orang Perancis tu dak?..

    BalasPadam
  27. salam akhi Zul...

    mungkin rambut dia dah beruban atau botak , tu ler dia terpaksa bertudung kot....

    BalasPadam
  28. Tanpa Nama01 Julai, 2010

    salam zul..terukkan..bertudung tapi berskirt..orang cina dll mesti tersenyum sumbing melihatnya..
    agaknya inilah fesyen terkini kot.
    memakai tudung bukan untuk menutup aurat n takutkan Allah..tetapi hanya sebagai ikutan tanpa tahu hakikat sebenar kenapa dia bertudung..

    BalasPadam
  29. koi bangga dgn n3 aok ni zul.
    teruskan, kita sekadar mampu menyampaikan...

    BalasPadam
  30. dunia akhir zaman ni kan, tudung dan aurat dipermainkan aje..maklumlah semua kulit dah keras huhuhu

    BalasPadam
  31. saya pun prnah nampak pkaian lebih kurang mcm ni....uish...mb dia terlupa yg dia pkai tudung hehehhe

    BalasPadam
  32. salaam

    apabila konsep menutup aurat itu tidak difahami.. inilah jadinya

    BalasPadam
  33. iktibar buat saya sendiri.terima kasih berkongsi.

    BalasPadam
  34. pakai tudung skdr nak berfesyen gamok koi..

    BalasPadam
  35. Salam,

    Wanita akhir zaman. Tak tahulah apa yang dalam fikiran gadis tu. Mungkinkah suka2 berfesyen atau nak lindung kepala dari hujan semalam.

    BalasPadam
  36. ni pesen apa tak tau laaa. kena tanya orang pompuan dorang nak tutup apa sebenarnya nih?

    BalasPadam
  37. mcm2 yek...
    kdg2 ade org bangsa asing menyamar (anak ayam)
    dlm perjalanan nk p jumpe pelanggan...
    sbb dorg mmg x arif cara pemakaian tdg yg bersesuaian dgn pakaian...

    BalasPadam
  38. Salam...

    Menutup aurat dan bertudung itu tidak sama...

    Menutup aurat ialah menutup keseluruhannya kepala dan badan kecuali muka dan tangan. Berlainan pula bertudung iaitu hanya menutup bahagian kepala kecuali muka hingga ke bahagian dada sahaja, tangan dan kaki pula tidak dijaga dan ditutup.

    BalasPadam
  39. Bertudung untuk berfesyen je kot?Tapi tak pernah nampak plak fesyen mcm ni, mungkin dia terlupa tukar skirt tu kot? Hehe.. :)

    BalasPadam
  40. btol tu sokong pndapat uncle...

    BalasPadam
  41. slm bos kebanykn nya cm tu la...
    tkut tersilap lgkh dn tergolong dlm kelompok cm tu

    BalasPadam
  42. teringat bulan ramadhan yang lepas, dok elok duduk dalam masjid nampak seorang muslimah nie datang dengan t-shirt dan skirt ke masjid. tukar pakai telekung pastu solat jemaah sekali.

    BalasPadam
  43. Inilah manusia zaman sekarang. Melebihi fesyen daripada hukum. Dunia akhir zaman.

    BalasPadam
  44. salam

    'rambut adalah mahkota wanita'

    sebab tu la rambut yang ditutup bukannya betis

    keliru... keliru...

    BalasPadam
  45. sokong2....

    ini ada perkaitan

    http://amirul-arif.blogspot.com/2010/06/hoi-jangan-mengundang-sehingga-lelaki.html

    BalasPadam
  46. salam zul,
    walau nak berfesyen sekalipun lah kan...
    kita assume ini fesyen lah ye...
    it's one h*ll of a bizarre fashion!!!

    BalasPadam
  47. mungkin dia nak buat ada fasa-fasa kot. fasa pertama tutup kepala, fasa kedua tutup lengan, fasa ketiga tutup kaki. sementara dia sampai fasa ke tiga, kita tutup mata jer lah (jangan menengok)

    BalasPadam
  48. salam,

    selalu selisih wanita camni tapi kita pula yang rasa malu..

    BalasPadam
  49. setuju! :)
    emmmm, apa nk ckp, semua org yg bg komen dah ckp. hehe

    BalasPadam
  50. salam..
    selama 24 tahun bernafas saya tak pernah jumpa lagi orang yang camni mase tengah jalan. heheh.. tapi dalam internet adelah nampak. tengak search pasal tudung tetiba kuar gambar gadis bertudung pakai mini skirt..heheh

    BalasPadam
  51. ct penah jumpa wanita mengandung yang pakai baju mengandung singkat sampai bawah lutut skit jer pastu pakai tudung...

    hurmmm...klu nak berfesyen pun padan2 patut la

    BalasPadam
  52. Salam..
    sebenarnya zul, wanita zaman sekarang hanya memakai tudung tetapi hakikatnya pakai seluar ketat yg nampak 'b....t', pakai baju tangan pendek, pakai tudung tapi tudung singkat.. dan macam2 lagi..

    duni..dunia.. sudah berubah...

    BalasPadam
  53. huhu..plik tp benar..mntak jauh..huhu

    BalasPadam
  54. Salam bro.
    Jazakallah for sharing.
    Ramai org salah anggap bahawa aurat itu hanyalah anggota badan.
    Kalau tak silap saya, aurat tu juga sebenarnya bermaksud tingkah laku dan cara pertuturan seharian kita. :)

    BalasPadam
  55. entahlah apa nak jadi dengan wanita2 islam mcam nie... kdg2 bila tnya bab2 agama, dia orang thu.. tapi diri sendiri takleh ikut.. mungkin hanya thu tapi tak memahami..

    BalasPadam
  56. Salam...

    kalau terjumpa gadis2 kita yang bertudung tapi telanjang ni...malu sangat - marilah kita sama2 tegur menegur..mulakan dari org2 terdekat

    BalasPadam
  57. kebanyakan gadis menganggap aurat itu hanyalah dibahagian kepala sahaja....tutup kepala @ bertudung, tutup la aurat....minta2 dijauhkan fahaman begini dalam keluarga kita...

    BalasPadam
  58. itu la bang..slalu jg sy tgk perempuan berpakaian mcm tu..pelik gak coz alang2 nk tunjuk, tunjuk je la..xyah nk cover2 lg..haih..dunia2..

    BalasPadam
  59. Tanpa Nama30 Jun, 2011

    pening pening

    BalasPadam
  60. smoga Allah s.w.t memberi petunjuk kpd wanita2x d luar cna dan belajar utk memahami tentang aurat itu . .
    menjadi tauladan juga buat saya sndri ..

    BalasPadam
  61. Tanpa Nama04 Jun, 2012

    yang sebenarnya mereka ini kurang didikan agama dan tak faham apa itu tuntutan menutup aurat. mereka ini hanya memakai hanya sekadar berfesyen dan ikut ikutan sahaja

    BalasPadam

PERKONGSIAN MENARIK LAMAN BLOG LAIN JANGAN LUPA BACA