Surat Perjanjian Nabi Sulaiman Dengan Jin




Salam aok me..?Dalam memperkatakan soal makhluk halus dalam rumah kita rasanya kita tak dapat lari darinya.Terbaca dalam blog Cikgu Isza mengenai pengalaman beliau dalam "memagar" rumah dari di cerobohi manusia berniat jahat mahupun makhluk halus.



Klik Pada Gambar Untuk Paparan Lebih Jelas


Koi setakat ni belum pernah menghadapi masaalah ini menyebabkan kurang kepercayaan koi pada apa yang berlaku kerana pada koi kepercayaan terhadap kekuasaan Allah mengatasi segalanya.Jadi bila kita berasa takut atau gusar akan ada makhluk halus masuk rumah dan mengganggu kita ,koi amalkan dengan membaca surah-surah dari Al-Quran.Memang pernah koi dengar ramai orang menghadapi pengalaman sebegini.Alhamdulillah minta koi agar selalu di jauhkan dari perkara yang tak diingini itu.

Koi nak berkongsi pada suatu hari pernah ternampak di sebuah rumah rakan koi yang sampai tahap menggantung satu surat yang di dakwanya "PERJANJIAN NABI SULAIMAN DAN JIN" di dinding rumah beliau.Maaflah koi nak katakan koi takut jatuh syirik pulak pada kita yang mempercayai lebih kepada objek dari mengamalkan ayat-ayat Al-Quran dalam menghindari syaitan dan iblis dari mengganggu rumahtangga kita.Koi bercerita ni bukannya koi pandai sangat dalam agama ni,sekadar berkongsi pengalaman koi.

Jadi apa pandangan anda semua mengenai surat perjanjian tersebut?Perlukah kita sampai tahap menggantung ke dinding rumah seolah "penangkal" dalam menjaga rumah kita dari di masuki jin,iblis mahupun syaitan?Setidaknya keraguan koi boleh terjawab dari komen dan pengalaman anda semua.Wallahualam..
Wassalam.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Rabu, Jun 16, 2010

44 Komen:

  1. yg penting, ape pun tindakan kita jgn mengarah ke perlakuan syirik..boleh layari laman web darus syifa' untuk lebih penerangan lanjut laghi...

    BalasPadam
  2. errrmmmm, saya amalkan ayat2 quran

    BalasPadam
  3. yang penting kita hanya berserah kepada Allah.dan tidak terlalu taksub dengan tangkal itu saja.

    New Entry Pawaka19 Dot Com

    "Seorang Lelaki Berkahwin Dengan Anjing"

    BalasPadam
  4. Secara bandingannya kalaulah kita tahu senapang itu bisa mematikan org...kalau setakat kita ambil gambo dia dan kita tepet didinding gambonya... senapangnya entah kemana menggunakannya haram tak reti reti mungkin ada pihak yang akan melekek ketawa ker kita diatas perbuatan kita itu yaa tak?

    Semmg tidak dinafikan mmg ada ayat2 dan amalan tertentu didalam hal ini namun perlu diamalkan tidak sekadar di jadikan hiasan semata-mata..

    BalasPadam
  5. amal ayat2 penghindar gangguan jin dan syaitan jauh lebih baik dari semata2 berharap benda2 mcm tu yang membantu ..

    BalasPadam
  6. salam,
    jikalau kita masih berpegang dengan ajaran agama dan yakin kepada Allah swt, InsyaAllah tida apa yang berlaku...

    BalasPadam
  7. patutnye amalkan baca ayat2 suci sbg pendinding,bkn gantung kat dinding semata2...seolah2 kita serah pd ayat kat dinding tu pulak utk jaga kita...

    BalasPadam
  8. salam zul..bagi makcik adalah lebih baik mengamalkan ayat2 suci dan mengharapkan pertolongan Allah daripada menggantung benda2 karut macam tu..bimbang nanti jadi syirik pula..

    BalasPadam
  9. salam ziarah..
    hmM, pernah juga nampak perkara yG sama..
    apa pun yG digantung perlu diamal & dijaga..
    tidak bermakna serah2 bulat2 pada alat yG tidak bernyawa..

    BalasPadam
  10. slm bro...
    istilah pagar ke tak tah la... x amik tau sgt... yang penting ayt2 al-quran tu la amalan terbaik... selain berserah diri pada DIA... rasenye la... hi3

    =)
    kurang merayap la skg... asik mengantuk je kui3

    BalasPadam
  11. Ayat-ayat Al-Quran lebih elok dibaca dan diamalkan selalu bkn sekadar menjadi hiasan dinding sahaja.

    BalasPadam
  12. salam en zul.
    kita kena yakin kita dan "mereka" adalah sesama makhluk.jadi kita mohonlah shj dgn Yang Maha Kuasa.berkenaan dgn ayat yg digantungkan itu,lebih baik diamalkan daripada dijadikan perhiasan semata2.jika benar itu ayat yg dianjurkan syarak.kita tidak perlu takut kepada "mereka",jika boleh kita berbicara kpd mereka,dan memberitahu kita dan mereka adalah makhluk Allah.jika kita pernah menyakiti mereka,kita mohon maaf begitulah sebaliknya.ttp jika "gangguan" itu dihantar seseorang.mintalah pertolongan yg org yg lebih arif dan bab jin,syaitan dan sekutunya.
    -Allah lebhh mengetahui

    BalasPadam
  13. Kalo sampai menggantung tangkal tu dah lebey2 dah tu. Kang tak pasal2 jadi syirik plak...

    BalasPadam
  14. salam zul..
    Pada koi jgn sampai syirik sudah..nanti ada yang print pastu buat tangkal..hmm

    BalasPadam
  15. kita berusaha tnpa membawa pd syirik.

    BalasPadam
  16. Setuju semua pendapat di atas hehe

    BalasPadam
  17. salam..
    kalau dah sampai gantung benda tu dan lagi2 kalau ingat benda tu tangkal dan boleh protect kita..syirik dah tu..

    BalasPadam
  18. salam zul

    tak payahlah nak buat benda2 yg karut marut..berdoa dan tawakal pada Allah.

    BalasPadam
  19. Saya pernah menghadapi ujian permainan sihir yang menyebabkan saya menderita kesakitan dalam masa yang agak lama. Rakan dan kenalan mencadang itu ini, termasuk 'pemagar' yang sdr maksudkan itu, tetapi saya tidak berani. Pendapat saya, kita tak boleh berkompromi dengan jin untuk melawan permainan jin juga (sihir)

    Berkat sabar dan pertolongan Allah, syukurlah...akhirnya segala ujian dapat diatasi dengan mendekatkan diri kepada-Nya, dan menjadikan zikrullah sebagai teman. Di dalam al Quran, terlalu banyak ayat-ayat panduan untuk menghadapi perkara begini.

    Semoga kita dijauhkan dari amalan yang menyekutukan Nya, tanpa sedar...Amin.

    BalasPadam
  20. awh bagi aku letak ayat-ayat quran bukan sebagai pelindung tapi sebgai peringatan

    kalau dah tertengok mesti trbace en


    :)

    BalasPadam
  21. kalau percaya pada gambo/ayat/penangkal tu boleh menghalau syaitan maka jatuh syirik,tapi kalau percaya kepada kekuasaan Allah amat dituntut.semoga kita dijauhkan dari amalan tersebut.Saya pagar rumah dengan ayat "kursi" dihembus empat penjuru rumah.Itulah amalan para pendekar jaman dulu.

    BalasPadam
  22. salam..
    bagus ayat ni... bahaya kan amalan ilmu hitam ni.. saya pelik.. napelah manusia nak jugak ikut ajaran syaitan yg menyesatkan walaupun tahu perkara tu haram..

    BalasPadam
  23. assalamualaiku,..

    hari nie sy baru balik dari klinik sinar zamdurani untuk berubat spy tak diganggu makhluk2 halus nie..dan salah satu teknik perubatan yang sy dapat dengan menggantungkan "surat perjanjian nabi sulaiman dengan jin " di kawasan rumah ..

    sebenarnya semua nya perlu berserah kepada Allah..
    kerana segala galanya dari Allah...

    perbuatan menggantung surat perjanjian tu bertujuan mengingatkan kaum jin supaya ingat kembali kepada perjanjian yang telah dibuat dahulu dengan nabi sulaiman..dan mengingatkan mereka supaya tidak mengganggu manusia lagi..itulah tujuan menggantung surat perjanjian itu..

    tapi jelas berlaku syirik jika seseorang menganggap surat itu yang menghalang jin dari mengganggu seseorang..kerana semua nya datang nya dari Allah...

    WA

    BalasPadam
  24. lihat link ini...

    http://anak8garut.blogspot.com/2009/11/7-perjanjian-nabi-sulaiman-bag-i.html

    BalasPadam
  25. "Gunakan Ruqyah(Al-Quran, As Sunnah, Doa, Walaupun Ruqyah pada zaman Jahiliyah)terhadap orang yang sakit dari kamu sekalian, hal itu tidaklah mengapa, selama mana tidak ada unsur syirik'...Hadith riwayat muslim, kitab As Salam(64)....harap ini dapat membantu kita membuka minda.

    BalasPadam
  26. Tanpa Nama16 April, 2011

    assalam..
    br pg td ustaz sharhan dlm tanyalah ustaz bg tips lekat ayat ni kat dlm rmh bg peringatan kpd jin ttg perjanjian ni....harap2 semua kenal siapa al fadhil ustaz sharhan bin shafie ni....

    BalasPadam
    Balasan
    1. setuju dengan Tanpa Nama.. ini salah satu ikhtiar kte.. yg penting kepercayaan kte pd Allah menguasai segala-galanya.Mungkin anda semua yg tidak mengenali Ustaz Sharhan bin Shafie blh membeli buku2 beliau..

      Padam
  27. tak salah kalu lekatkan surat perjanjian tu n kita amalkan kandungannya...
    amalan tu dari nabi sulaiman kan so sy rasa xde salahnya

    BalasPadam
  28. ayat kursi kalu setakat gantung kt dinding je tp xpernah amalkan so sama la mcm tangkal gak kn2...alquran ni bukan tangkal

    BalasPadam
  29. saya pernah dengar penerangan mengenai ayat ini dalam tanyalah ustaz tv9.

    BalasPadam
  30. Tanpa Nama03 Mei, 2011

    its ok bro kalau niat dan yakin pada allah,kerana ayat itu mengigatkan kita aje,ramai tak faham hukum aje manusia ..walhal ilmu allah sgt hebat....dgn izinNYA

    BalasPadam
  31. Tanpa Nama06 Julai, 2011

    Salam bahagia,

    Kena difahami, itu bukan penangkal. tetapi itu adalah surat perjanjian jin dengan manusia. Penangkal adalah barang yang di pakai di pinggang,tangan atau dilekatkan di mana -mana bahagian badan. Surat perjanjian ni umpama anda letak hiasan nama Allah dan Muhammad dalam rumahlah..Mengapa anda sangkut huruf huruf tu dirumah anda? adakah sebab anda nak bertambah iman sebab tuh gantung dirumah? kalau begitu samalah juga syiriknya anda percaya pada huruf bukan pada hati sendiri.

    Surat perjanjian ini adalah satu hiasan semata mata. apabila jin masuk kedalam rumah anda, kalau dia terlihat surat ini, maka ini hanya sebagai ingatan kepada jin bahawa ada perjanjian telah dibuat antara Nabi Sulaiman dan Jin telah dibuat suatu masa dahulu. Oleh itu jin tersebut akan berfikir banyak kali sekiranya ingin berbuat jahat dirumah tersebut. Perlu diketahui jin satu golongan makhluk halus yang hidup dialam lain. Jangan hanya kerana kita tidak berilmu didalam sesuatu perkara kita menuduh orang lain tak betul

    BalasPadam
  32. Tanpa Nama06 Julai, 2011

    kalau tak tahu baik diam laa man kuchai.ko baca ayat kursi.. kalau kau percaya ayat boleh pagar rumah ko sama la syiriknyer

    BalasPadam
  33. as salam.. Mohon kpd yg mnganggap perjanjian trsebut sbg tangkal adalah baik mendalami lg tentng islam.. Jgn nk komen ikut lojik akal jer.. Menggantung prjanjian trsebut mrupakan kaedah dlm prubatan islam, jd x slah melakukannya.. Sekurang2nya ia juga mengingatkn kita yg melihatnya setiap hari.. Apa pn setiap manusia ada melakukn kesilpan.. InsyaAllah mari kita memohon maaf dr yg Esa.. Jangan trlalu jauh trpesong akidah.. Back to islam..

    BalasPadam
  34. as salam.. Mohon kpd yg mnganggap perjanjian trsebut sbg tangkal adalah baik mendalami lg tentng islam.. Jgn nk komen ikut lojik akal jer.. Menggantung prjanjian trsebut mrupakan kaedah dlm prubatan islam, jd x slah melakukannya.. Sekurang2nya ia juga mengingatkn kita yg melihatnya setiap hari.. Apa pn setiap manusia ada melakukn kesilpan.. InsyaAllah mari kita memohon maaf dr yg Esa.. Jangan trlalu jauh trpesong akidah.. Back to islam..

    BalasPadam
  35. Assalamualaikum. walaupun ayat tersebut bukan sebahagian surah dari Al-Quran, tetapi jika kita hayati kisah nabi Sulaiman akan kita dapati, jin, bahkan iblis sekalipun sangat takut dengan nabi sulaiman. Apabila kita berdialog dengan Jin dalam ilmu perubatan Islam, Jin juga akan takut apabila mendengar nama Nabi Sulaiman. Bukanlah dia keluar dari jasad si pesakit kerana Nabi Sulaiman, tetap kerana dia bimbang siperawat juga memiliki ilmu yang dimiliki oleh Nabi Sulaiman yang dianugerahkan oleh Allah swt. Kerana jin lebih takut kepada seorang ulamak berbanding seorang abid. Dalam perubatan Islam, kita menggunakan pelbagai cara untuk menakut-nakutkan Jin termasuklan surat perjanjian ini. Wallahu A'lam.

    BalasPadam
  36. Mohd jazlan Dri K.K,sabah04 Disember, 2011

    Saya pun melekatkannya di bilik dan di rumah surat perjanjian Nabi Sulaiman ini serta mengamalkan ayat-aya nya,serta berzikir bila ada keperluan atas nasihat uztaz pengamal perubatan islam.
    Disebabkan saya diganggu saka(jin)dahulu...amalan zikir serta melekatkan surat ini sangat mujarab dan saya terhindar dari gangguan mereka.Tapi dalam hati saya anggap ia seperti ubat dan saya juga bersembahyang ,berdoa kepada Allah dan baca Alquran semana mampu.
    Jadi untuk saya....setiap ayat yang dilekat perlu diamal (dizikir)setiap hari..sama kita makan ubat untuk sembuh.

    BalasPadam
  37. SAYA BARU DENGAR CERAMAH USTAZ SHARHAN SHAFIE PAGI TADI DI TANYALAH USTAZ TV9.... USTAZ TU BG AYAT NABI SULAIMAN INI LAH KALO RUMAH ADA GANGGUAN... KEPADA YG TAK TAU JGN MAIN CAKAP SYIRIK JER... BAB BAB AGAMA JGN MAIN KOMEN AJER... KENE DALAMI ILMU AGAMA DULU... WALLAHUALAM...

    BalasPadam
  38. Tanpa Nama04 Mac, 2012

    RAMAI ORANG ISLAM YANG JAHIL TTG AL-QURAN
    BACA LAH AL-QURAN SERTA TAFSIRNYA SUPAYA FAHAM ISI KANDUNG SURAH2 AL-QURAN KALAMUALLAHH..(KATA2 ALLAH SWT)DAN BYK KAN LAH TANYA PADA USTAZ2 YANG MAHIR ILMU AGAMA...SELAMAT BERAMAL

    ILMU TANPA AMAL AMAL TANPA ILMU ADALAH KEHIDUPAN YANG SIA SIA .... :D
    SAYA JUGA MENGINGATI PADA DIRI SAYA SENDIRI..

    BalasPadam
  39. Tanpa Nama03 Ogos, 2012

    Betoi tuu... hari tuuu aku kena kejar dgn JIN kat Tmn Negara... aku lari lintang pukang pasTU aku Hinggat ada Surat dalam poket aku... AKU tunjuk SURAT Perjanjian Nabi Sulaiman Dgn JIN... apa lagi JIN pulak lari lintang Pukang...
    Kalau nk JENjalan dalam utan bawak surat tuuu...
    HeHeHe.... bahaya ada di mana-mana

    BalasPadam
  40. Kena faham dulu konsep syirik. Syirik ni berlaku bila kita sandarkan sesuatu perkara selain daripada Allah. Bukan setakat tampal doa perjanjian Nabi Sulaiman, pakai baju pun boleh jadi syirik kalau iktikad dan sandaran kita selain daripada Allah. Tujuan doa ini adalah untuk memberi peringatan kepada kaum jin supaya jangan sesekali menganggu manusia bahkan dengan izin Allah boleh melemahkan jin yang cuba-cuba hendak mengganggu manusia. Tak salah nak amalkan asalkan iktikad dan sandaran jelas. Bila dah faham konsep tak timbullah apa-apa masalah. Gantunglah ayat-ayat suci Al Quran, zikir-zikir di mana-mana pun. Di rumah ka, di dinding-dinding masjid ka, malah di kelambu Kaabah sebab TAK SYIRIK...

    BalasPadam
  41. bole tgk video ni.
    http://www.youtube.com/watch?v=ig0FSFaRyhU

    BalasPadam
  42. Menurut pandangan saye tak ada salah menghias rumah dgan ayat2 alqur'an,hadis nabi ato hiasan apapun,.tp jika bertujuan untuk PENANGKAL bearti yg punya niat itu syirik,hanya alloh yg tau segalanya amien..

    BalasPadam
  43. salam...
    untuk pengetahuan tuan2 semua...mengantungkan sesuatu benda pd badan atau di sesuatu tmpat dgn harapan dapat menghindari drpd ganguan jin memanglah syirik kerana ianya sudah lari dari mengharap dan meminta berlindung pada allah...TETAPI sekiranya tuan2 mengantungkan ayat2 al quran di dinding rumah dgn niat apabila masuk je rmh, tgok ayat tersebut di dinding lalu dibacanya adalah yang terbaik...boleh digantungkan di dinding rumah tetapi sekiranya hanya sekadar hiasan atau penangkal tampa mengamalkannya...ianya menjadi syirik...jangan pulak tuan2 dtg rumah org tgok ada ayat perjanjian nabi sulaiman digantungkan didinding terus tuan2 kata dia syirik...tuan2 bila terpandang tuan2 bacalah ayat tersebut...mudah2an rumah saudara kita dilindungi allah drpd jin yang mggangu manusia...insyaallah...

    BalasPadam

PERKONGSIAN MENARIK LAMAN BLOG LAIN JANGAN LUPA BACA

Carian Blog