Korea Utara Di Jinakkan Portugal 0-7




CAPE TOWN: Pasukan Portugal membelasah Korea Utara dengan jaringan 7-0 pada perlawanan Kumpulan G, Piala Dunia sebentar tadi di Stadium Green Point.

Gol-gol dijaringkan oleh Raul Meireles (28'), Simão (52'), Hugo Almeida (55'), Tiago (59', 88'), Liedson (80') dan Cristiano Ronaldo (86') di hadapan 60,000 penonton.

Jumlah jaringan itu adalah yang terbanyak dalam kempen Piala Dunia setakat ini.

Korea Utara nyata bukan lawan Portugal yang mula menggasak gol pasukan Asia itu sebaik sahaja masuk babak kedua perlawanan.

Portugal: (1) Eduardo, (13) Miguel, (6) Ricardo Carvalho (2) Bruno Alves, (23) Fábio Coentrão, (19) Tiago, (8) Pedro Mendes, (16) Raul Meireles, (11) Simão, (18) Hugo Almeida,(7) Cristiano Ronaldo (C).

Korea Utara: (1) Ri Myong Guk, (2) Cha Jong Hyok, (13) Pak Chol Jin, (3) Ri Jun Il, (5) Ri Kwang Chon, (8) Ji Yun Nam, (11) Mun In Guk, (17) An Yong Hak, (4) Pak Nam Chol, (10) Hong Young Jo, (9) Jong Tae Se.



Akhirnya terlahirlah mutu bolasepak Piala Dunia yang sebenar apabila squad peninggalan Luis Figo ini melakar sejarah sendiri di Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan dengan menjaringkan gol terbanyak dalam satu perlawanan setakat ini..Tapi apakah akan terjadi bila pasukan ini bertemu dengan Brazil nanti?Arghhhh...rindukan kelibat Luis Figo..



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Selasa, Jun 22, 2010

15 Komen:

  1. Yeaaah !

    Brazilinda..

    BalasPadam
  2. fuh..kaw-kaw kena..mmg marah la kim jung ill te...

    BalasPadam
  3. @LiNda

    laaaa..tak tidor lagi
    isteri si Zul ni?
    dah pukul berapa?
    he he he..

    BalasPadam
  4. Happy ..takleh tido !

    Portugal - Khelas gituuuu..

    BalasPadam
  5. @Mazru Majid

    jangan deme
    keluarkan peluru
    berbandu tala
    ke Portugal
    udah..he he

    BalasPadam
  6. memang best dapat tengok banyak gol hehehe

    BalasPadam
  7. tak dpt lihat kaka vs ronaldo bile depa bertemu nanti..cedihnya huhuhuhuh

    BalasPadam
  8. Kenduri gol laa deme yeek...
    Kawan nok berjaga tak tahan zul
    tidor lagi sedak hehehe....

    BalasPadam
  9. bf saye pun ade jaringkan gol!!
    christiano ronaldo ;p

    BalasPadam
  10. Gol banyak sudah tak bes tengok..

    BalasPadam
  11. jumpe brazil sok siap la. se gol pun takde gamoknye. hahahaa

    BalasPadam
  12. salam,
    tak suka... Suka kat korea utara lagi ... huhuhu

    BalasPadam
  13. Salam

    rekod perlawanan yang paling banyak gol..ramai terhibur

    BalasPadam
  14. salam zul

    kesian..walaupun bukan penyokong PRK tapi semangat asia tetap ada dlm jiwa ku ini..huhu..

    BalasPadam
  15. salam..
    nampaknya pesta gol..
    kesian korea utara

    BalasPadam