
KUALA TERENGGANU - Dua wanita yang berstatus janda menyembunyikan 20 botol dadah di dalam coli ketika polis membuat serbuan di hadapan tandas awam stesen bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), di sini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Terengganu, Superintendan Roslan Abdul Wahid berkata, dadah seberat 83 gram bernilai RM28,000 itu dijumpai pada salah seorang daripada wanita itu pada serbuan Khamis lalu, kira-kira jam 6 pagi.
"Kita percaya wanita itu yang juga pengedar dadah berada di situ untuk menunggu pembeli," katanya ketika ditemui di pejabat narkotik IPK di sini, hari ini.
Beliau berkata, seorang daripada wanita itu berumur 43 tahun mempunyai empat orang anak dan cucu, beralamat di Rantau Panjang, Kelantan manakala seorang lagi berumur 30 tahun beranak satu dari Kuala Lumpur.
Roslan berkata, wang RM106 dan mata wang Thailand 1,410 bath turut dirampas daripada wanita itu.
Katanya, hasil siasatan mendapati kedua-dua wanita yang juga rakan baik itu juga menagih dadah jenis pil WY dan mereka direman Mahkamah Majistret Terengganu sehingga Rabu ini untuk siasatan lanjut.
BERNAMA
Macam-macam cara orang nak mudah kaya sekarang ni. Cara mereka seludup pun semakin hari semakin canggih dalam mengabui mata penguatkuasa.Pernah terbaca jika dulu ada yang sanggup telan dadah yang di isikan dalam kondom.Mungkin agak bahaya kerana ramai yang mati bila kondom itu pecah dalam perut pembawanya,cara ini telah di hindari.
Selain itu ada yang merendam pakaian mereka dalam rendaman heroin dan memakainya untuk melepasi kawalan pihak penguasa.Nasihat saya cari lah rezeki yang halal..anda boleh lakukan banyak perkara yang lebih baik dan halal untuk menyara hidup..Wallahualam.