Budak Sekarang Pandai Menjawab





Soal Jawab Guru dan Sin Chan...



> Guru : Kenapa awak lambat?

> Sin Chan: Kerana sebuah papan tanda.

> Guru: Papan tanda mana ?

> Sin Chan: Yang ada tulisan, "Sekolah di hadapan, jalan pelahan."


> Guru: Apakah formula untuk air?

> Sin Chan: "HIJKLMNO"!!

> Guru: Apa yang awak cakap tu?

> Sin Chan: Kan kelmarin Cikgu kata H to O!


> Guru: Sin Chan, Pergi ke Peta Dunia tu, cari dan tunjuk mana
Amerika Utara.

> Sin Chan: Di sini Cikgu, Sin Chan menunjukkan tepat kat Peta dunia yang tergantung kat hadapan kelas!

> Guru: Betul. Sekarang, Kelas, Beritahu saya siapa yang jumpa Amerika Utara?

> Kelas: Sin Chan Cikgu!


> Guru: Sin Chan, beritahu satu perkara penting yang kita tak ada 10 tahun dulu.

> Sin Chan: Saya Cikgu!


> Guru: "Boleh tak sesiapa beritahu saya perkara yang kamu tahu berlaku secara kebetulan?"

> Sin Chan: "Cikgu, Ibu dan Bapa saya berkahwin pada hari yang sama, pada masa yang sama dan juga pada waktu yang sama."


> Guru: Sin Chan, aneh sungguh stokin yang awak pakai ni, satu warna hijau berbintik hitam dan satu lagi berwarna merah berbintik biru. !

> Sin Chan: Ya betul Cikgu, memang nampak aneh, saya pun hairan kerana terdapat sepasang lagi dengan warna yang sama kat rumah .


> Guru: Sekarang, Sin Chan, Sebetulnya beritahu saya dengan jujur adakah awak berdoa sebelum makan?

> Sin Chan: Tidak Cikgu , Saya tak perlu buat begitu , kerana saya tahu ibu saya adalah seorang tukang masak yang bagus.


> Guru: Sin Chan, Karangan awak "Anjing saya" adalah sama seperti yang di karang oleh Adik awak. Adakah awak meniru kerja dia?

> Sin Chan: Tidak Cikgu, ia hanya lah anjing yang sama!


> Guru: Siapakah orang yang kita panggil yang tak henti henti bercakap tetapi orang tak berminat nak dengar?

> Sin Chan: Seorang Guru, Cikgu!


***Moralnya akal budak dan akal kita tak sama..jiwa mereka suci dan bersih..perkataan mereka selalunya lahir dari ketulusan hati dan tiada maksud kiasan..semuanya ikhlas..jadi jangan lah simpan dalam hati..he he..Wallahualam.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Isnin, Jun 28, 2010

41 Komen:

  1. Tanpa Nama28 Jun, 2010

    salam, zul betol tu akal budak2 dan kita memang tak sama...kerja cikgu bukan senang..sebab nak didik budak2 yang akal nya seperti atas tu...ape pon lawak jgak kisahnya tu..

    BalasPadam
  2. didikan juga yg memainkan peranan :-)

    BalasPadam
  3. salam
    kehkehkeh..senyum sorang2 ni..
    mengambil semangat untuk wat keje..=)

    BalasPadam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  5. Selagi nama budak2 semua manis dan ok... bila dah dewasa buat gitu juga boleh bengkak hati mak ayah( pandai sangat menjawab atau byk cakap) sakit kita.

    BalasPadam
  6. salam...hahahahhaha kelakar.... anak2 mana tau bohong...lurus ja....

    BalasPadam
  7. Kadang2 kerenah dia org ni menghiburkan tapi kite sebagai org dewasa kene la tegur jugak yg mane baik dan buruknye...

    BalasPadam
  8. salam cik zul: heheheh.. betullah, budak2 sgt telus bila berkata..kadang rahsia mak ayah habis bocor ..hehehe

    BalasPadam
  9. budak-budak memang macam tu....kdg2 kalakar tgk jwpan mereka.

    tp time dewasa nanti jgn suka menjawab plak hehhehe

    BalasPadam
  10. Salam,

    Budak-budak sekarang memang pandai menjawab. Ada aja akal atau alasan merekakan.....entahlah

    Sweetie suka juga tengok citer sin Chan nih..kelaka..

    BalasPadam
  11. Tanpa Nama28 Jun, 2010

    salam,

    kdg2 mereka terlebih advance dari kita pulak.apa-apa pun mereka tetap kena hormat org lebih tua.

    BalasPadam
  12. yela zul..gitulah bebudak skrg mmg pandai menjawab..cikgu pun dah makin pening

    BalasPadam
  13. masalah anak-anak bukan pada jawapan yang diberikan tapi cara memberikan jawapan dimana mereka perlu dididik dan mengetahui apa yang dituturkan elok atau tidak/ sesuai atau tidak dituturkan pada orang yang lebih tua.. itu yang mereka perlu belajar...

    BalasPadam
  14. Salam...

    Budak-budak selalunya jawab secara jujur..

    BalasPadam
  15. Tu dia Shin Chan..patut lah budak Shin Chan ni suka selak kain..

    BalasPadam
  16. sin chan budak yang bijak!

    BalasPadam
  17. salam encik zul..
    nk tergelak pn ada gak baca dialog kt atas tu.. tpi betullah budak2 skank semua bijak2.. saya ada 22 orang anak sedara.. yg tua2 tu biasa jer pikiran mereka tpi yg baru2 ni, adoiiii tak terlayan.. mcm2 jawapan yg mereka bagi dari persoalan yg kita utarakan.. :)

    BalasPadam
  18. sebagai org dewasa..kita perlu menegur sekiranya apa y diperkatakan oleh kanak2 ini melampau batas...tp mmg kelakar bila terkenangkn blk gelagat mereka :D nak marah pon kdg2 xjd he3

    BalasPadam
  19. salam aok,
    apa kabo
    sori lama koi menyepi
    ada prob sikit la
    tenet n modem n mood
    ekekek..

    hahhaha
    sinchan mmg lawoks dan gatal
    ekekkekek

    semoga aok sihat2 sahaja ya
    tq kerana masih sudi jengok koi ni
    lallala

    BalasPadam
  20. huh bebudok sekarang, bukan cekgu aje diakalnya, mak bapak pon kekadang terkedu nak jawab soklan

    BalasPadam
  21. shin chan mmg kelakAR!hak hak hak!

    BalasPadam
  22. hahahhahahaha mmg pecah perut la uncle! adoi... mne dpt? mmg lawak habis! hilang jgk tension ptg2 ni... hahahahah mmg lawak!

    BalasPadam
  23. Tanpa Nama28 Jun, 2010

    Aslmkm.
    Dari dulu nalurinya sama saja.
    Cuma sekarang Cikgu tak ada kuasa menghukum sp dulu ... jd anak2 jadi terbiasa membalas cakap tanpa batas.
    Malah sering berlaku tidak sopan & kurang ajar juga.

    BalasPadam
  24. alahai...gelak2 sy baca entri ni..huhu

    slm kenal dr deena farhana :) mohon izin serta kesudian untuk bertukar link jika boleh :)

    BalasPadam
  25. dia menjawab atau mempertahankan diri?

    BalasPadam
  26. jngan bagi muka sangat kat budak2..cikgu2 yg berpengalaman biasanya dia akan cakap bile sirius ..sirius..bile gelak ..kita gelak..hhuhu cikgu psycho ..

    New Entry Pawaka19 Dot Com

    "Pengila fan bola sepak argentina yang seksa dari china"

    BalasPadam
  27. heheee.. lawak la budak ni.. kalau semua budak cm ni, pening la cikgu2.. migrainn. hahhaa

    BalasPadam
  28. Tapi yang tulis entri ni...bukan budak. Err..nak simpan dalam hatilah kalau macam ni. He..he...




    ....gurau je!

    BalasPadam
  29. salam,

    suka juga nengok cerita sin chan tu tapi tak perasan pula sin chan ada cakap camtu hehe..

    BalasPadam
  30. aok pun peminat die jugak ke...

    BalasPadam
  31. betul3x...budak2 cakap ape yg terlintas d fikiran mereka..kalau amik hati gak xtau la..

    BalasPadam
  32. minat Shin Chan ya..umi minat Chi Bi :)

    BalasPadam
  33. betul budak budak memang jujur:)

    BalasPadam
  34. hahahhahahhah.

    comel je :P

    tp betul,budak2 skrg mmg cerdik menjawap! :)

    BalasPadam
  35. salam
    sedikit pun tak simpan dalam hati

    ~yang last sekali paling tepat!!

    BalasPadam
  36. eh! uncle leh copy x entry ni? bkn nk letak kat entry sy tp cadang nak kasi member baca plak? hehe

    BalasPadam
  37. memang betoi budak-budak suka cakap benda yang kadang-2 kita sendiri tak terfikir jawapan tu...

    BalasPadam
  38. memang sin betullah chan nih kan
    :D

    BalasPadam
  39. Anak2 zaman ni semua bijak2 belaka..Suka tgok cite sincan..best.

    BalasPadam
  40. salam...
    hehehee.. lawak sungguh..
    aje haru kalau saya jadi cikgu tu...

    BalasPadam
  41. Tanpa Nama19 Julai, 2010

    minta share tuan....tq

    BalasPadam