Warna Warni Kehidupan-2





PENJUAL kuih, Madinah Zen, 49, dibantu anak saudara, Abdul Najib Solo, 29, (kiri) masih menjual kuih pada harga 10 sen sebiji di Kampung Hilir, Sibu. Beliau yang menjual kuih lebih lima tahun di situ berpendapat bersedekah sambil berniaga lebih baik daripada menjual kuih pada harga tinggi sehingga orang kampung tidak sanggup membeli. - Foto Rosdan Wahid




PEMAIN bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan Abdul Razak dan isterinya yang juga pelakon, Rita Rudaini, berjalan keluar dari Mahkamah Syariah Kuala Lumpur hari ini. Mereka dikenakan hukuman denda RM500 atau penjara 15 hari selepas mengaku bersalah bernikah di luar kariah iaitu di Majlis Agama Selatan Thailand Wilayah Songkhla pada jam 9.30 malam, 28 Februari, 2008. - Foto Sairien Nafis





SEBAHAGIAN daripada anggota tentera memeriksa kesihatan sebelum menderma darah pada Kempen Derma Darah HUT MK Medan Tentera Darat ke-29 di Kem Perdana Sungai Besi, Kuala Lumpur. 6 Mei - Utusan/FARIZWAN HASBULLAH



PENGUSAHA batik, Mohammad Zaini Ab. Rahman daripada Terengganu bersama kereta Nissan Murano yang dimenanginya dalam peraduan Buy One Win One di Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd., Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur, 5 Mei. - Utusan/ASWAD YAHYA



Salam aok me..sedikit warna warni kehidupan hari ni petikan dari akhbar tempatan sebagai renungan dan pengajaran..yang baik jadikan iktibar..yang tak baik jadikan sempadan hidup kita yang hanya sementara..Wassalam




Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Jumaat, Mei 07, 2010

22 Komen:

  1. makcik madinah zen.. meh la jual kuih kat umah saye.
    mesti tiap2 hari sy beli kuih makcik..
    huhu

    BalasPadam
  2. waa murah nyer..
    kalau jual kat sini, mesti cepat je habis stok

    BalasPadam
  3. moga makcik madinah murah rezki

    moga org lain x ikut cam depa ni kawin lari

    moga jd iktibar dan ikutan lain2 agensi (peringatan tuk diri sendiri-kena cr balik buku merah)

    hehehe..warna warni cam pelangi..

    BalasPadam
  4. Tanpa Nama07 Mei, 2010

    Aslmkm.
    Arini Zul jd tukang penyampai berita sambilan gayanyer! Hehe.

    BalasPadam
  5. sedapnya kuih...
    nape la kat tmpat sy xde kuih harga seposen..
    msti tiap2 hr sy beli...

    BalasPadam
  6. salam zul,
    makcik buat kuih, mas jual kat sini ... boleh... :)

    BalasPadam
  7. Salam kawan bz sikit hari ini kawan...apa kawan nak komen kuih tu murah betul jual kat sibu 10sen kat sini 3 sehinggit huhuhu........

    BalasPadam
  8. Tanpa Nama07 Mei, 2010

    salam zul..susah nak cari orang spt puan madinah..agaknya berkat rezeki yg dicarinya..berniaga sambil bersedekah..ditempat makcik sekarang kuih harganya meningkat..4 untuk rm1.00.

    BalasPadam
  9. salam sejahtera..
    murahnya kuih makcik tu jual..
    sini harga kuih 3 ketul RM1
    kadang-kadang seketul kuih 0.40 sen..
    erkkk...nak beli pun fikir 10 kali..
    bai buat sendiri.. puas hati.heheh

    BalasPadam
  10. opocot rita rudiani rupeneye... ingat TTT tadi.. ekekekek

    BalasPadam
  11. seposeng jek.. murah rezeki makcik tuh

    BalasPadam
  12. Assalamualaikum,

    Harga kuih, sebiji 40sen, dua biji 70 sen tiga biji seringgit, apa macam ini....mana datang itu 40 sen,mana datang itu 70 sen...???

    BalasPadam
  13. salam
    murah giler kuih makcik tu...
    nk pindah sibu la cenggini lalala...
    nk ikot?

    BalasPadam
  14. best..tak sangka ada lagi kueh 10..bgusla.ada penjual yg tidak mementingkan keuntungan

    BalasPadam
  15. salam..wah, dapat keta tu memang berbaloi2...rezeki kan

    BalasPadam
  16. Koi ingat awok lepas ke Sibu tadi.Popaleh la muroh weh...

    BalasPadam
  17. kuih tu murah sgt...sure saya jadi regular customer hari2 kalau ada org jual kuih semurah tu

    BalasPadam
  18. napo la mak cik madinah tak jual kek somban nih??
    gombiro idop den.......

    tetibe teringin nak taip dalam loghat n9

    BalasPadam
  19. wahh, makcik madinah niat bersedekah.
    bkn senang jmpe org cmni.
    rezeki dia pon mesti akan dimurahkan. insyaAllah..

    BalasPadam
  20. murah rezeki makcik tuh :-)

    BalasPadam
  21. wth seposen jeh!! wahaaa bagus gila kalau semua peniaga rasa fikir macam macik tuh


    si rita n suaminya pun satu, benda yang baik disorokkan haa

    BalasPadam
  22. Kuih seposen?...macam tak percaya saja..

    BalasPadam