Tanggung Jawab Kita





Muliakanlah Anak Yatim




Hadith:

Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Orang-orang yang bertanggungjawab mengurus anak yatim, baik dari keluarga sendiri atau tidak, maka aku dan dia seperti dua ini di syurga kelak.” Dan baginda memberi isyarat dengan merapatkan jari telunjuk dan jari tengah (ertinya berdekatan).” (Bukhari)


Huraian :

Akibat kematian ayah atau ibu, seorang anak akan merasakan suatu kekosongan dalam hidupnya. Kosong dari curahan kasih sayang dan segala aspek yang memenuhi keperluan hidup seperti makan, minum, pakaian, dan lain-lain.

Ini menyebabkan seseorang anak yatim itu selalu dihantui oleh perasaan sedih dan hampa. Realiti yang ada di tengah masyarakat sekarang menunjukkan bahawa majoriti anak yatim yang tidak mendapat perhatian yang sewajarnya mengharungi kehidupan yang begitu sukar, menyedihkan dan tersisih.

Islam, sebagai agama yang menitikberatkan perihal kasih sayang sangat menekankan agar kita mengambil berat terhadap anak yatim sehinggakan al-Quran sendiri secara khusus banyak membicarakan masalah anak yatim ini lebih daripada perihal anak-anak yang lain secara umum.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang maksudnya:Rumah yang terbaik adalah rumah yang di dalamnya terdapat anak yatim yang dihormati dan diperlakukan dengan baik. Rumah yang terburuk adalah rumah yang di dalamnya terdapat anak yatim yang dizalimi dan diperlakukan dengan buruk. Anak yatim yang mendapat perhatian dan kasih sayang yang cukup daripada mereka yang menjaganya semestinya akan merasa bahagia dan aman.

Namun sekiranya ia tidak mendapat apa yang seharusnya ia peroleh, hidupnya akan rosak dan hal ini menjadi lebih parah jika ia jatuh ke pangkuan orang yang tidak bertanggungjawab yang mendidiknya secara salah dan membentuknya menjadi peribadi yang merugikan masyarakat.

  • Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia


Salam aok me..sedikit tazkirah..koi mengingatkan diri koi sendiri dan sesiapa yang nak sama menghayatinya..sudahkah anda menunaikan zakat?Kerana zakat itu menyuburkan harta kita dan insyaallah akan sampai kepada anak-anak yatim yang memerlukannya..Renung-renungkanlah..Wassalam




Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Isnin, Mei 10, 2010

25 Komen:

  1. Salam zul...
    satu amalan yg mulia..iaitu memuliakan anak-anak yatim...pasti kelak ada ganjarannya utk kita disana jika dilakukan penuh rasa tanggungjawab dan keikhlasan.

    BalasPadam
  2. salam bro zul, anak-anak yatim perlukan perhatian dari kita, sayu melihat mereka...nantikan entri ieda mengenai anak yatim, thanx bro, sharing is caring :)saling mengingati.. :)

    BalasPadam
  3. betol2... usap paler diaorg pon dpt pahala. ni kan plak menderma @ berkongsi harta =)

    p/s: encik zul klu nk belanje ank x yatim pon leh... lalalala

    BalasPadam
  4. “Sebaik-baik rumah ialah rumah orang Islam yang ada di dalamnya anak yatim yang diasuh dengan baik dan sebaliknya seburuk-buruk rumah adalah rumah orang-orang Islam yang ada anak yatim tetapi tidak dijaga dengan baik"

    BalasPadam
  5. Tanpa Nama10 Mei, 2010

    Aslmkm.
    Wahyu, Islam & Rasul SAW semuanya menyeru kpd kebaikan: umat Islam semua bersaudara, yg miskin dibela & yg kekurangan disayang. Tp di akhir zaman ni, dunia begitu ternoda dgn segala yg bertentangan! Kita sama2lah cuba berpegang kepada ajaran yg mulia & saling mengingatkan juga. A good reminder Zul.

    BalasPadam
  6. Salam Zul..
    Anak anak Yatim sememang nya dimuliakan..Jangan berkira..

    dan jangan sesekali memakan harta anak yatim..

    BalasPadam
  7. Tanpa Nama10 Mei, 2010

    Sokong entri ni.. =)

    BalasPadam
  8. salam,
    sedih bila ada orang cuba sisihkan anak2 yatim...

    BalasPadam
  9. betoi ter bang.....cukop nisab haul janganlah kite berlengoh lagi.........

    BalasPadam
  10. betul2..ni tanggungjawab kita bersama..
    muliakan anak yatim!

    BalasPadam
  11. salam zul,
    bagus ngat n3 aok ni. koi sokong 100%

    p/s koi pun anok yatim, ayoh dh xande.
    kala nok derma duit tunai, aok bolehlah salurkan ke koi yak. jgn lupa...:)

    BalasPadam
  12. =)
    sedih bila baca bab bab anak yatim ni.
    kesian sangat sangat.
    mmm!
    pernah terdengar, berdosa kalau kita buat anak yatim sedih n menitiskan air mata.

    BalasPadam
  13. salam, bro zul...

    thx for sharing this... :)

    BalasPadam
  14. salam...
    memang betul..anak yatim ni la masyarakat patut tolong..
    kerana mereka perlukan kasih syg sesama kita... :)

    BalasPadam
  15. salam,

    terima kasih atas perkongsian dan peringatan ini..

    BalasPadam
  16. Tanpa Nama10 Mei, 2010

    salam zul..satu n3 yg mengingatkan kita bahawa bukan saja menderma pada masjid tapi menderma kepada anak2 yatim mendapat ganjaran yg besar juga..sama2lah kita melaksanakan tanggungjawab ni, mudah2an Allah menambahkan lagi rezeki kita.
    zul makcik juga anak yatim..bolehlah yg lebih2 tu dihulurkan kesini..hehehe

    BalasPadam
  17. moga Allah memberkati kuarga kakak sy krn mnjaga anak sy..

    BalasPadam
  18. anak2 yatim harus dibela... :-) sama2lah kita berusaha membantu mereka lah yerk

    BalasPadam
  19. kalu buat apa2 kenduri, seelok2nya jemput anok2 yatim. lg2 kalu ande rumoh anok2 yatim yg bdekatan dgn umah kita.

    BalasPadam
  20. lamo dh xsampai kt blog Zul yg permai nih :D yg penting kita saling berkasih sayang sesama manusia.. jauhkan perasaan hasad dengki dan tamak. btol dop encik Zul? sekadar utk mengingatkan diri sendiri dan berkongsi =)

    BalasPadam
  21. Jap ekh...

    saya nak gelak dulu baca komen Piewahid . hahaha

    Benar Zul,

    Besar ganjaran pahala jika bantu anak2 yatim


    Zakat itu perlu untuk menyucikan 'kekotoran' yang ada , agar rezeki yang diterima lebih berkat . kann...kann ...

    BalasPadam
  22. salam

    zakat? ermm.. utk tak lupa.. potong gaji je.

    Teringat lagu p.ramlee..

    'bantu kami tolong kami.. anak-anak yatim piatu. Tak berayah tak beribu..'

    ermm sedih je bila tengok anak-anak terbiar tanpa jagaan dan belaan. moga semuanya dalam lindunganNya.

    BalasPadam
  23. salam zul

    Anak2 yatim di M'sia ni nampaknya tidaklah diabaikan..kalau yg tinggal dirumah anak yatim makan minum tempat tinggal insyaAllah semuanya terjaga tapi mungkin dari segi kasih sayang kuranglah sikit dorang dapat so sesiapa2 yg berkesempatan jenguk2lah kerumah anak2 yatim ni..

    BalasPadam
  24. salam sejahtera..
    kesian anak-anak yatim kan..
    ada yang tak pernah merasa kasih sayang dari ibubapa..
    nanti saya dah kerja, pasti kena tunaikan zakat :)

    BalasPadam