Perempuan Juga Yang Jadi Mangsa



Salam aok me? Berita hari ini ada menyatakan kaum hawa yang merokok di negara ini semakin bertambah .Ini kerana iklan di negara barat oleh syarikat pengeluar rokok juga mempengaruhi kaum hawa di sini bahawa dengan merokok boleh mengekalkan bentuk badan yang ramping.Betul ke boleh ramping?Ini lah persoalannya..


KUALA LUMPUR: Semakin ramai kalangan wanita di seluruh dunia menjadi perokok apabila syarikat-syarikat tembakau berterusan menjadikan kaum Hawa itu sebagai sasaran menerusi iklan-iklan mereka, kata Presiden Pertubuhan Malaysian Thoracic Society (MTS) Prof Roslina Manap.

Beliau berkata wanita di seluruh dunia menjadi ketagih kepada rokok kerana kebanyakan mereka mudah percaya dengan dakwaan iklan-iklan itu yang mendakwa kononnya amalan merokok boleh mengurangkan berat badan dengan mudah.

"Ada sesetengah iklan mendakwa dengan merokok wanita boleh mengurangkan berat badan dengan mudah, dan sesetengah kaum wanita pula tertarik dengan pembalut rokok itu sendiri," katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis pelancaran Ujian Penilaian Chronic Obstructive Pulmonary Disease (COPD) (CAT) dan garis panduan amalan klinikal yang dirombak semula (CPG) bagi COPD yang dibangunkan oleh MTS dan GlaxoSmithKline di sini.

Katanya kaum wanita perlu dididik supaya tidak mudah terpedaya dengan iklan-iklan ini, kerana perokok sebenarnya meletakkan nyawa mereka dalam risiko kerana mereka dengan mudah diserang COPD, yang boleh merosakkan paru-paru.

"Malah jika dibandingkan dengan kaum lelaki, wanita yang merokok berhadapan dengan risiko diserang COPD lebih awal," katanya dan menambah bahawa CAT dan CPG dibangunkan ekoran wujudnya kebimbangan terhadap peningkatan dalam jumlah pesakit COPD di Malaysia, dengan kebanyakkannya berpunca daripada tembakau.

Roslina berkata walaupun masih ramai yang kurang pengetahuan mengenai COPD, ia sebenarnya membunuh lebih ramai pesakit di seluruh dunia berbanding HIV dan AIDS.

"Menurut anggaran Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang terbaru, sehingga tahun 2007, kira-kira 210 juta orang diserang COPD dan tiga juta meninggal dunia akibatnya pada tahun 2005. COPD dijangka menjadi pembunuh keempat paling ramai pada tahun 2030," katanya.

Beliau berkata insiden COPD dijangka meningkat selaras dengan peningkatan dalam penggunaan tembakau.

"Di Malaysia dianggarkan 50 peratus deripada populasi lelaki merokok," katanya.- BERNAMA





Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Khamis, Mei 27, 2010

14 Komen:

  1. ramai ckp ppuan merokok bole cpt kurus...

    bg sy,biarlah xkurus dr merosakkan kesihatan sendiri...

    rmai org ckp,org yg xmerokok tinggi risikonya bila menghidu asap rokok... tp xkn la yg xmerokok kena merokok plak hehehhehe

    so,bg si perokok2...klu nak merokok tu,tgk2 la tmpat...bhenti lg bagus..

    BalasPadam
  2. ermmm..hisap lain lg bagus huhuhuhuh

    BalasPadam
  3. salam,

    mmg besepah dah tgk pempuan merokok
    malah mereka tak segan2 pun merokok depan umum
    kenapa? malaysia makin maju
    1malaysia, 1kaum lelaki = wanita =sama
    hukum merokok apa erk?
    so sama je ar bagi lelaki or wanita yg merokok?

    wallahualam...

    BalasPadam
  4. salam,
    satu jer nak kata...

    "meluat"....

    BalasPadam
  5. hmm bila tgk perempuan merokok, rasa meluat.. CP yg lelaki ni pun x merokok..

    BalasPadam
  6. Apa-apa pun kawan mmg tak minat tengok pompuan merokok entahlah rasa mmg tak kena kalau org pompuan nie merokok.

    BalasPadam
  7. Salam...

    kurus pun kalau bibir lebam watpe... :p

    BalasPadam
  8. salam zul,
    boleh ramping???
    boleh kurangkan berat badan???
    hiks hiks...
    makcik suka biskut rokok - loveletter

    BalasPadam
  9. salam tuan...

    hanya kerana wang
    kebijaksanaan dibuang
    apabila tamakkan cukai
    banyak kebajikan terabai

    ...bertindaklah dengan bijak

    BalasPadam
  10. salam,

    pernah nampak kat restoran sini pompuan tu selamba sahaja merokok malah bebudak sekolah pompuan pun ramai yang dah merokok..

    BalasPadam
  11. wanita yg jadi perokok tegar ni mmg dah ramai..koi pun xlarat dekat dgn perokok ni kerana kita yg tak merokok pun boleh mendapat penyakit yg lebih teruk dari perokok itu sendiri.

    BalasPadam
  12. Salam..

    Iklan sebegitu meluas erk..
    Rokok yang sudah difatwakan haram oleh ulama' tenggelam lak..

    BalasPadam
  13. Bertambah keanggunan agaknya jika perempuan merokok..

    BalasPadam
  14. salam..
    jangan la mudah terpedaya dengan iklan rokok tu.. nanti effect pada diri sendiri juga kan..

    BalasPadam