ADAMAYA dan keluargaku..





Sedikit Info Drama Adamaya
Slot Akasia TV3 kini tampil dengan drama baru yang bertajuk Adamaya, yang mana menggantikan Drama Na O Mei, kebiasaanya Slot drama Akasia akan bersiaran setiap hari isnin hingga khamis bermula pukul 6.30 petang.
Drama ini terbitan MIG Beat Sdn Bhd dan arahan Feroz Kader.

Drama Adamaya mempunyai 23 episod yang di adaptasikan dari Filem popular iaitu “I’m Not Single”. Para pelakon terdiri daripada teraju utamanya Hussein Ruffedge dan Lisa Surihani dan pelakon-pelakon lain tak hebatnya jugak seperti Faizal Yusup, Diana Amir, Hamidah Wahab, Puteri Mardiana, Dian P.Ramlee, Mustapha Kamal, Hafizudin, dan ramai lagi.




Salam aok me..? Kebiasaannya koi balik kerja dan sampai ke rumah sekitar 8.30 malam..jadi nak menonton drama melayu dalam slot AKASIA TV3 yang tayangannya sekitar 6.30 petang ni memang jauh sekali..koi sendiri pun kurang tengok cerita dan drama melayu ni..minta maaflah pada pencinta drama melayu bukan koi tak support drama tempatan cuma koi bila tonton mesti terlelap..ha ha..penyakit ni?..la la la..

Nak jadi cerita semalam koi bolehlah balik awal dalam jam 6 petang..itupun bila kerja-kerja di pejabat selesai maka koi cabut awal..sampai di rumah dalam 6.45 petang..koi tengok berlonggok anak beranak baik mak (isteri),anak lelaki koi yang berumur 6 tahun,anak perempuan yang berumur 2 tahun depan tv menonton cerita ADAMAYA ni dengan penuh minat dan gelak ketawa..hanya menjeling jer ke koi semuanya selepas menjawab salam.

Tu dia..memang jarang koi tengok family koi berlonggok depan tv begitu..biasa orang rumah koi jarang juga menonton tv ni..tapi penangan ADAMAYA ni sampai boleh tertunggu-tunggu sambungan kisahnya..yang harunya anak lelaki koi berumur 6 tahun pun boleh ingat sinopsis kisahnya dari itu ke ini..alamakkk..apa dah melanda keluarga ku ?..hu hu..nak tergelak pun ada.

Tak tahu apa moral cerita tu..tapi rasanya kalau orang rumah koi pun boleh berminat, koi anggap hebat drama ni..koi berpesan pada orang rumah..drama..drama juga jangan lupa solat maghrib memandang penghujung dramanya pun dah nak maghrib..he he..Begitulah penangan ADAMAYA pada keluarga kecil ku ini..Wassalam.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Sabtu, Mei 15, 2010

27 Komen:

  1. Tanpa Nama14 Mei, 2010

    koi tgk gak drama ni sbb suka tgk keletah anak kecik tu. drama sebelum ni koi tak tengok langsung, tak tau la ngape. drama ni ada mesej tentang kecurangan seorg isteri dan tentang kealpaan manusia terhadap hukum hakam agama.

    tp director nya cina kan. david teo.

    BalasPadam
  2. koi tok nengok. tivi rosok.

    BalasPadam
  3. sy mmg peminat setia cite ADAMAYA..mmg syok abih..tiap2 ari blk awl, sbb nk tgk cite nii...
    mmg best laa....

    thumbs up..rugi Bro Zul tak tgk...

    BalasPadam
  4. salam,
    dulu masa mas skolah lagi selalu dok tengok gambar cina start kul 7 mlm sampai 8 mlm...
    Tapi asal kul 7 lebih jer mama atau abah tutup tv suruh p solat dulu...

    Dan bila dah tahu jer kul 7 lebih tu, cepat2 p solat sebelum depa tutup...

    BalasPadam
  5. hehehehe...leh mngeratkan silaturrahim nieh bla tgk tv.. :) semua belonggok kt dpn tv..

    BalasPadam
  6. macam2...
    hoho...
    boleh jadi family gathering time tgk adamaya...
    hebat sungguh la.......

    BalasPadam
  7. ahaks..same kapal la kita bro koi..
    saye tgk adamaya ni pon sepintas2 je.
    tak menarik minat sgt. sbb standard cite melayu je.

    kpd peminat2 adamaya,, jgn mara yek. hehe..

    larikkkkkkk....=p

    BalasPadam
  8. salam sejahtera..
    memang hot cerita ni..
    tapi saya tak pernah tonton.. ayah saya pun suka cerita ni..

    BalasPadam
  9. Tanpa Nama14 Mei, 2010

    citer ni mmg besh..
    rugi ler aok x tengok..hehe..

    BalasPadam
  10. salam zulkbo, tok dan sokmo nok menengok walarpon rodong2 kabor sedak citer ter.........waktu siaran tak sesuai.........

    BalasPadam
  11. katanya dah tamat
    ...tak sempat tengok langsung!!

    BalasPadam
  12. salam,

    saya pun tak pernah nengok cerita ni buat masa ni pun masih belum ada cita-cita nak nengok hehe

    BalasPadam
  13. Salam zul entoh kawan mmg jadi tak minat sungguh nengok drama hok bersambung2 nei.. kawan suka tengok abis dan selesai... selagi kala drama sedih2 err..kawan tak minat lalu...huhuhu

    BalasPadam
  14. salam..
    saya pun peminat drama bersiri adamaya.. dari eps 1-22.. semlam adalah eps last 23.. nk djadikan cerita, mak long dtg nk berbuka puasa kt umah kami.. so, kne la siap2 kn mkanan tuk berbuka.. maknanya kami sekeluarga tak smpat nk tgk last eps.. huhuhu.. tp x kecewa pn sbb kami pn dh lama tak makan2 ngan mak long ni.. hehehe.. happy ending tuk smue..

    BalasPadam
  15. salam zulkbo

    kita minat juga layan drama melayu ni tp slalu hajat dihalang siap kena kutuk lg..last2 dgn muka poyo merajuk dlm bilik tggu org pujuk..sedeh tau.tp semalam dpt tenguk juge siri akhir adamaya ni..sedeh tenguk suami org selamba je peluk n cium dahi pempuan lain..ape cherrrrr.

    BalasPadam
  16. Tanpa Nama14 Mei, 2010

    agaknya saya je kot pompuan yg tk laaayan citer nih uncle

    t_________T

    BalasPadam
  17. Tanpa Nama14 Mei, 2010

    memang!
    penangannye terasakan
    :)

    BalasPadam
  18. Tanpa Nama14 Mei, 2010

    slam zul..tak pernah tenguk drama ni..sejak habis nur kasih yg mak cik minat giler,tak ada lagi drama yg makcik tenguk..hehe..best ke..dah habis tak sempatlah tenguk..

    BalasPadam
  19. salam ziarah..
    huhu, mmG ramai peminat drama nie..
    tp sy tak pernah teng0k plk..
    nywya m0ral yG baik kita ambil, yG buruk jangan diikut..tak gitu tuan..

    BalasPadam
  20. Ramai cakak sedak criter nie...tapi koi tak tengok puin...

    BalasPadam
  21. cte tu best sgt ke uncle?? sy tgk gak tp nk tgk anak dorg dlm cte tu? dia cute! hehe

    BalasPadam
  22. salam zul,
    makcik pun mcm zul, x minat sgt tgk film atau drama melayu. n i have my own reasons. kengkawan pesbuk makcik hari2 status psl adamaya ni. best sgt agaknya... :)

    BalasPadam
  23. tengok kalau sempat jek..

    BalasPadam
  24. aah...
    best sgt cite ni...
    crita dia xberat sgt tp yg wat org ppuan teruja bila tgk suami maya yg baiiikkkk sgt tu hehehhe

    BalasPadam
  25. adamaya memang besh..kita ngan dak umah berlonggok depan tv dari kol 6.30 smpai 7.30...seronok !

    BalasPadam
  26. haha, sy siap pnggil bibik utk mndikan sy cepat msa ending cite tu.. sbb dia slalu dtg kul 630pm.. dia tnya nk kuar jln2 ke, sy kata nk tgk adamaya hehe.. mesti hangin bibik tuh

    BalasPadam
  27. Suka tengok cerita kung Fu Cina saja dan The Pasific..

    BalasPadam