Moh Ketawa La Sket..


1. Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan.

4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy,jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itudipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellinipada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

***Semalam agak sibuk..nak buka entri baru pun tak de idea..he he..pagi ni masuk forum Pahang Community..jumpa la lawak ni..hu hu..memang lawak..menghilangkan stress..samalah kita kongsi..tak nak ketawa pun tak pe..senyum udah..kalau senyum pun tak mboh..koi rasa anda ada masaalah..he he..hu hu..
Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Khamis, Mac 04, 2010

23 Komen:

  1. ingat kan betul2 guna air sirap td... ;)

    BalasPadam
  2. ZELLA:Lawak jer pepagi ni..penghilang stress..he he

    BalasPadam
  3. tue la pasal... ingatkan betul air sirap...
    rupanya buat penghilang dahaga...

    BalasPadam
  4. Sungguh membuat kawan rasa tersenyum sendirian dihadapan komputer pagi ini Zul..

    BalasPadam
  5. hehe...thx....bleh reles tensen nk test esk..wakaka

    BalasPadam
  6. Terima kasih..
    1.maslinamansur
    2.relevan
    3.whitedaisy

    **ketawa adalah terapi terbaik segala penyakit..he he..

    BalasPadam
  7. Fakta yang benar tu, tapi mengharukan hehehe...

    BalasPadam
  8. fakta tentang air sirap tuh amatlar tepat sekali kakakakaka........

    BalasPadam
  9. Uwa kakakakakakakakaka

    BalasPadam
  10. Fakta no 13 adalah amat bertepatan

    BalasPadam
  11. memang lucu...
    ketawa sakan saya bila baca entry ni...
    hehehehh...

    BalasPadam
  12. bijak2.....fakta yg betul lagi tepat....kah kah kah

    BalasPadam
  13. Tanpa Nama04 Mac, 2010

    salam zul, dari article yg berat kepada article yg HAHAHA.. sungguh lucu terutama air sirap tu.memang tak akan siap kalau tak ada air sirap..hehehe..Zul orang putih namakan layang2 itu 'kite' ,dia orang ambil dari kita. satu hari dia terserempak budak2 sedang mengait layang2 yg tersangkut atas pokok. dia dengar budak berkata kpd kawannya," kait tu ,cepatlah." o/putih pun mendongak n ternampak layang2..oh, that's kite...hehehe..bodoh punya o/putih..

    BalasPadam
  14. fakta ke auta ni???mcm fakta dlm majalah Ujang je...hihi

    BalasPadam
  15. memang betul,bleh buat org ketawa.kalau x ketawe ade something la tu...

    BalasPadam
  16. tahukah anda bahawa seorg lelaki yang paling hensem di dunia selain dari nabi yusof dipercayai seorang lelaki berasal dari pahang yg menggunakan nama panggilan piewahid..?

    BalasPadam
  17. terima kasih sahabat dan rodong semua yang memberi komen..amat koi hargai kesudian anda singgah di sini..

    BalasPadam
  18. penghilang tekanan di pagi hari.....

    BalasPadam
  19. salam ziarah..
    da senyum lebar ni tuan..
    nak gelak kuat2 tak ley malam2 buta nie, karang ada yG ingat bunyi menda laen..kui3!
    nice entry.. ;)

    BalasPadam
  20. aghhhh tension.. baru nak bina helikopter... murah skit modal guna air sirap.. tapi........................ terkenaaaa

    BalasPadam
  21. Tahukah anda harga air di negeri pahang lebih mahal daripada harga petrol, hehe kala takde subsidi kerajan negeri hai tak minum air laaa walapun air sungai pahang banyok.

    BalasPadam
  22. tahukah anda, CP memerlukan air untuk membuka blog ini? sbb dah ngantuk buat keje, kenalah minum dulu pastu buka blog ni sat.. err dan juga akan keluar air lepas baca blog ni.. sbb CP dah rasa nak terkucil ni, ngeh ngeh ngeh

    BalasPadam
  23. salam saudara zulkbo..
    memang lucu..tersenyum saya..he he

    BalasPadam