"Spok Reng" baru niee..


Ni dia "second hand" pun dia "ketuk" koi Rm300




Bersemangat lah sikit nak drive ..he he



Salam aok me?..memandang semalam hari jumaat di samping kita menyambut maulidur rasul.. lepas solat jumaat tu koi adalah meeting dengan seorang rakan moderator koi dalam forum Pahang Community di Sri Rampai..Setapak..biasalah kami mesti lepak kat kedai rodong jugak di Restoran Murtabak Mengkasar..janji pukul 4 petang..koi pulok lepas habis solat tak mboh la balik umah nanti jadi maleh la pulok nak keluor lagi ..he he..

Sementara nunggu rodong moderator sorang ni Deto namaya dari Shah Alam..koi pun sibuk la jejalan kat kedai cina sekeliling situ nampoklah kedai jual "spok reng" yang ada 2 buah sekitar tu..memang dah ada niat nak tuko kat keta orang umah ni sebab memandang sejak beli rimnya yang jenis besi biasa hanya pakai pelapik cover nak mencantikkannya..orang umah koi komplen selalu tercabut keluor pelapiknya..kesian jugak koi dengor..he he..

lepas survey dalam dua kedai tu koi jumpa lah yang "second hand" jer rega dalam Rm300..koi tengok macam baru jer lagi koi sambor la..itupun lepas dia letak rega mulanya Rm350..koi kabo ke cina tu "300 saya angkat la apek..janji lu balancing dengan alightment sekali"..bila dia setuju koi belilah..he he..lepas tu nampok cantik jugak..rasanya semangat la balik orang umah koi nak bawak keta ni..sapa tak sayang bini oiii...
Wassalam..
Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Sabtu, Februari 27, 2010

20 Komen:

  1. memang cantik sport rim ni..
    sungguh bergaya..
    bertambah seri kereta dgn sport rim baru ni..

    boleh tahan juga harganya ye..
    tapi mmg berbaloi-baloi.

    BalasPadam
  2. cantek dah tu..padanlar terbang 300 hehehehe

    BalasPadam
  3. Bagus Zul...sayangi isteri isteri..

    BalasPadam
  4. Zul..Apa lah sangat RM300 tu berbanding dgn sayang ke bini.. ye dok zul? hehe

    BalasPadam
  5. Ann:berbaloi..he he..

    MANKARAQ:terbang Rm..peh..hu hu

    Releven:sayang jangan tak sayang..he he

    BalasPadam
  6. Lawo amat dah tu rege kira ok dah tu...kawan kala bab sayang bini mmg nok komen hehehe...

    BalasPadam
  7. salam zul, cantik sport rim tu mesti tersenyum sakan isteri zul tu.bertuahnya dia.betul zul dengan isteri kita jangan berkira sangat.gembirakan hatinya pasti zul tak akan rugi.

    BalasPadam
  8. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  9. amboi melaram habis awok... itu mesti basuh sokmo.. tuan tak mandi lagi.. sport rim dah berkilat..kah..kha..

    BalasPadam
  10. koi pulok suka tajuk n3 aok..
    "Spok Reng" baru niee.. "
    comei je bunyiknyer

    BalasPadam
  11. REleven:sapa tak sayang bini weh..hu hu

    Pengembara Silam:Rm 300 besor jugak tu..tapi memandangkan dah lam janji nk beli,koi beli jugak la..hu hu

    BalasPadam
  12. Yaasin:Terima kasih..

    Mak cik Yam:betul tu..terima kasih pandangan seorang isteri dan ibu..amat koi hargai..

    BalasPadam
  13. Suraya:Thank a lot..

    Abeli:kereta tu kalu nak tahu tahun 1998 koi beli masa bujang dulu sampai ke ler..jaga baikkk punya..he he

    BalasPadam
  14. PIEWAHID:tajuk tu buat gempak jer..pelaris kata orang..he he

    AIDA:Terima kasih ziarah dan memberi komen..amat di hargai..

    BalasPadam
  15. apa khabar org kampung.. hehehehehe
    org phang juga..
    suka bace entry dalam loghat pahang..
    moon tak pndai

    BalasPadam
  16. apa la sangat rm 300/- dengan kasih sayang dan penghargaan utk seorang isteri.kwn sokong..tp kalau boleh bab2 tawo menawo kite cuba dptkan rege yg paling rendoh.bkn bekire tp stategi membeli.kadang2 kite boleh tau rege tu sepadan dok dgn brg yg dtawokan.jadi kesimpulannya rajin2 la tinjau meninjau

    BalasPadam
  17. MOON:Loghat pahang saya ni pun agak simple jugak..harap sudi singgah selalu sini

    PACIFIST:Terima kasih atas advised saudara tu..tapi saya memang tak berapa suka compred byk kedai sangat..setakat 2-3 kedai okey..he he..tapi memang tip pengguna bijak yang berguna dari saudara tu..dihargai..

    BalasPadam
  18. ANN:Mungkin mahal pada setengah orang..tapi saya kira pada usia rim second henad yang masih baru..

    MANKARAQ:He he..terbang..tapi so far koi berpuas hati..

    BalasPadam