Zakat Fitrah


Jenis zakat ini ialah zakat badan yang di wajibkan
sempena berakhirnya bulan Ramadhan mengikut syarat-syarat yang di tentukan.

Sabda Nabi Mohammad SAW yang diriwayatkan oleh Ibn Umar bermaksud: "Rasullullah SAW telah mewajibkan zakat fitrah pada bulan Ramadhan ke atas orang yang merdeka,perempuan dan kaum muslimin."



SYARAT WAJIB ZAKAT FITRAH

  1. ISLAM (yang bukan islam tidak di wajibkan berzakat)
  2. MERDEKA (hamba tidak wajib mengeluarkan zakat)
  3. MEMPUNYAI HARTA YANG LEBIH (daripada keperluan untuk diri sendiri dan tanggungjawab pada hari raya dan malamnya)

WAKTU DAN HUKUM MEMBAYAR ZAKAT
  • DIBOLEHKAN- Dari awal Ramadhan sehingga akhir Ramadhan
  • WAJIB- Setelah terbenam matahari pada akhir Ramadhan
  • AFDAL- Selepas solat subuh sehingga sebelum mengerjakan solat sunat Aidilfitri
  • HARAM - Selepas solat sunat Aidilfitri

KADAR BAYARAN ZAKAT FITRAH 
  1. Kadar bayaran mengikut cara asal ialah 1 gantang Baghdad makanan asasi sesuatu tempat seperti beras atau gandum.
  2. Mengikut sukatan / timbangan sebanyak 2.27 kilogram bersamaan nilai mengikut kadar nilai matawang semasa.

LAFAZ  ZAKAT  FITRAH






RUJUKAN: Indahnya Hidup Bersyariat (Dato' Ismail Kamus)





Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Selasa, September 07, 2010

33 Komen:

  1. salam...sila ambil kad raya sy utk zulkbo di entri pg nie

    BalasPadam
  2. salam
    cheqna baru bayo petang maring zakat
    alhamdulillah =)

    BalasPadam
  3. huh..korng dah bayar zakat tak...aku ayah aku bayarkan..hoho~

    BalasPadam
  4. ayah byrkan zakat utk saya sbb xkawen lg hhahahha...

    saya byr zakat pendapatan je hehehhe

    BalasPadam
  5. salam bro zul, suami saya pun sudah bayar zakat 2 hari lepas, amin :)

    BalasPadam
  6. salam abg zul...

    eh baru bayar zakat ke??
    angah last week lagi dah bayar.. takut2 lupa nanti kan tak nanya tue...

    BalasPadam
  7. salam,

    Nak bayar kat kg nanti...insyallah zakat fitrah ni tak akan lupa.

    BalasPadam
  8. salam,
    mas, suami tolong bayarkan... hehehe

    BalasPadam
  9. salam..
    info mengenai zakat yang amat berguna..
    thanks sudi share info ini :)

    BalasPadam
  10. beso bete resit nye teh. tahniah doh bayo.keh belom lagi

    BalasPadam
  11. Salam zul resit nya macam sijil aje :)
    selamat membayar zakat..bayar cepat bawa berkat.

    BalasPadam
  12. Salam En Zul,

    Dalam dok sibuk buat persiapan raya, takut juga ada yang terlupa bayar zakat pula.ha..selamat Sweetie dah bayar zakat dah.

    BalasPadam
  13. alhamdulilah selamat sy dh bayar zakat semalam... hehe ayah yg bayar.... eh! uncle raya kt mne thn ni?

    BalasPadam
  14. Salam...

    Zakat belum bayar lg ni....setiap tahun balik bayar kat kg.

    BalasPadam
  15. t kasih zul. tanggungjawab yg mesti kita laksanakan. insya-Allah mlm ni koi nak bayar.


    “Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.
    Semoga segala doa, ibadah dan taubat kita dimakbulkan-Nya dan semoga berbahagia dunia akhirat”

    “Terima kasih sudi menjalin silaturrahim yang sungguh bermakna”

    BalasPadam
  16. gud info :D
    masih ada antara kita belum jelas ttg ini
    so entri ini mungkin membantu~

    BalasPadam
  17. alhamdulillah, Sop pun dah selesai membayar zakat..
    skrg sgt mudah apabila kauter zakat dibuka dimerata-rata.. sampai uptown pun ada kauter bayaran zakat fitrah.. tahniah kepada Pusat Pungutan Zakat

    BalasPadam
  18. tahun ni tahun terakhir ayah tolong bayar, tahun depan encik suami pulak kot. hehe.

    BalasPadam
  19. baik bayo cepat kang tok amil tidooo

    BalasPadam
  20. Salam Zul ..

    Teringat anak no1 ..lahir beberapa jam lagi nak takbir raya . So, kenalah bayar zakat fitrah . Rasa syahdu sangat ..

    BalasPadam
  21. @piewahid

    Sesama lah kita Akhi Pie..
    kosong-kosong wokehhh?
    he he..

    BalasPadam
  22. Err.. Maseh ayah yang bayarkan.. Huhu..

    BalasPadam
  23. Selamat sempat bayar sebelum gi out station ni.. Selamat hari Raya bro..

    BalasPadam
  24. dah ingatkan suami..
    harap dia dah lunaskan..

    BalasPadam
  25. Salam...

    Moga sdra sihat hendaknya..

    Kata ustaz dalam rancangan TANYALAH USTAZ di TV9 pagi tadi adalah lebih baik membayar zakat fitrah di tempat kita bertugas...

    BalasPadam
  26. salam,

    alhamdulillah saya baru bayar tadi lapang hati bila dah bayar..:)

    BalasPadam
  27. @Abd Razak

    saya setuju Saudara Abdul Razak,sebaiknya kita membayar di tempat kita mencari nafkah..(itupun juka ada di sediakan kemudahan)alhamdulillah saya
    sendiri sudah berbelas tahun
    bayar di situ(tempat kerja)..

    BalasPadam
  28. @FarhanaDr

    untung jadi pompuan erk?
    ayah bayar sebelum kawin
    suami bayar bila berkahwin

    BalasPadam
  29. Aslmkm Zul.
    Alhamdulillah Cik Abang dah sempurnakan awal2 lagi. Semoga kita semua terus dirahmati & berkati.
    Raya mana?
    SELAMAT HARI RAYA. Maaf zahir batin.

    BalasPadam
  30. zakat fitrah tunakan sebelum terlambat....

    BalasPadam
  31. salam
    bayar zakat fitrah... tak mahal pu...

    selamat hari raya
    maaf zahir batin

    BalasPadam
  32. menarik entry ni harap2 bila besar nnt sy nk bayar zakat sendiri la... hmm..

    BalasPadam
  33. mudah-mudahan diterima Allah jua..ameen

    selamat hari raye zulkbo dan keluarga :D

    BalasPadam