Wanita Aceh Mungkin Tidak Boleh Membonceng Motosikal Dengan Paha Terbuka

Larangan terhadap wanita duduk dengan paha terbuka (mengangkang) semasa membonceng motosikal yang dibuat melalui surat pekeliling oleh pihak berkuasa tempatan Lhokseumawe awal bulan ini dengan alasan untuk melindungi kaum wanita selain kerana ia tidak sesuai dengan budaya Aceh yang bersifat Islam.

Masa selama tiga bulan ditetapkan sebagai tempoh penerangan mengenai peraturan itu dan sepanjang tempoh itu ia hanya bersifat gesaan namun selepas itu ia akan dikuatkuasakan dengan mengenakan hukuman tertentu, yang akan ditetapkan nantinya, jika ada pihak didapati melanggar peraturan itu.


Datuk Bandar Lhokseumawe Suaidi Yahya dilaporkan berkata minggu lalu bahawa wanita di bandar itu tidak boleh mengangkang semasa membonceng motosikal. Justeru mereka perlu duduk menyamping semasa membonceng, bagaimanapun kelonggaran diberi kepada wanita yang menunggang sendiri motosikal.

Lhokseumawe merupakan sebuah bandar yang dihuni penduduk majoritinya beragama Islam, dan ia tidak lama dulu menerapkan undang-undang Syariah yang tegas seperti melarang wanita memakai pakaian ketat kerana perbuatan itu dianggap satu penampilan yang menggoda.

Seorang pegawai majlis perbandaran Lhokseumawe minggu lalu berkata, undang-undang syariah Islam di Aceh adalah sama dengan adat istiadat Aceh dan alasan sederhana bagi larangan itu ialah orang wanita yang duduk mengangkang di atas motosikal cenderung menunjukkan bentuk tubuh bahagian belakangnya kepada umum.

Bagaimanapun menurut Menteri Dalam Negeri Indonesia, Gamawan Fauzi berkata, beliau akan mengkaji peraturan terbaru itu. Jika penilaian mendapati peraturan itu lebih banyak kesan negatifnya, ianya boleh dibatalkan oleh Kerajaan Pusat Indonesia. SUMBER



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Isnin, Januari 07, 2013

1 Komen:

  1. Maaf komen di matikan
    terima kasih kerana
    membaca artikel ini

    BalasPadam

PERKONGSIAN MENARIK LAMAN BLOG LAIN JANGAN LUPA BACA

Carian Blog