Jenis zakat ini ialah zakat badan yang di wajibkan
sempena berakhirnya bulan Ramadhan mengikut syarat-syarat yang di tentukan.
Sabda Nabi Mohammad SAW yang diriwayatkan oleh Ibn Umar bermaksud: "Rasullullah SAW telah mewajibkan zakat fitrah pada bulan Ramadhan ke atas orang yang merdeka,perempuan dan kaum muslimin."
SYARAT WAJIB ZAKAT FITRAH
- ISLAM (yang bukan islam tidak di wajibkan berzakat)
- MERDEKA (hamba tidak wajib mengeluarkan zakat)
- MEMPUNYAI HARTA YANG LEBIH (daripada keperluan untuk diri sendiri dan tanggungjawab pada hari raya dan malamnya)
WAKTU DAN HUKUM MEMBAYAR ZAKAT
- DIBOLEHKAN- Dari awal Ramadhan sehingga akhir Ramadhan
- WAJIB- Setelah terbenam matahari pada akhir Ramadhan
- AFDAL- Selepas solat subuh sehingga sebelum mengerjakan solat sunat Aidilfitri
- HARAM - Selepas solat sunat Aidilfitri
KADAR BAYARAN ZAKAT FITRAH
- Kadar bayaran mengikut cara asal ialah 1 gantang Baghdad makanan asasi sesuatu tempat seperti beras atau gandum.
- Mengikut sukatan / timbangan sebanyak 2.27 kilogram bersamaan nilai mengikut kadar nilai matawang semasa.
LAFAZ ZAKAT FITRAH
RUJUKAN: Indahnya Hidup Bersyariat (Dato' Ismail Kamus)