Betul Ke Dakwat Kekal Yang Tak Kekal Lama?

Riuh rendah serata laman sosial Facebook dan Twitter berkenaan kononnya dakwat kekal yang digunakan buat pertama kali untuk PRU-13 kali ini, tidaklah sekekal mana seperti yang dijanjikan oleh SPR. Menurut sumber SPR mengatakan dakwat kekal tersebut akan bertahan sekurang-kurangnya 2 hingga 7 hari.

 
Sebelum
 
 
Selepas

Ini yang terjadi kepada dakwat kekal yang dicalitkan di jari telunjuk kiri saya selepas beberapa jam disapukan sewaktu mengundi tengah hari tadi. Kerana rasa ingin tahu akan ketahanan dakwat kekal ini, saya cuba membasuhnya dengan menggunakan sabun pencuci pinggan.

Dakwat tersebut hilang kesemuanya bila dibasuh dengan sabun pencuci pinggan tersebut, cuma masih ada di sekitar celah kuku jari telunjuk saya itu sahaja. Langkah seterusnya saya mencelupkan jari tersebut ke dalam larutan 'clorox' dan anda lihatlah hasilnya...BERSIH!


Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Ahad, Mei 05, 2013

0 Komen:

Catat Ulasan