Panduan Berzakat Fitrah Setiap Muslim

Jenis zakat ini ialah zakat badan yang diwajibkan kepada setiap umat islam sempena berakhirnya bulan Ramadhan mengikut syarat-syarat yang telah di tentukan. Sabda Nabi Mohammad SAW yang diriwayatkan oleh Ibn Umar bermaksud: "Rasullullah SAW telah mewajibkan zakat fitrah pada bulan Ramadhan ke atas orang yang merdeka, perempuan dan kaum muslimin."


SYARAT WAJIB ZAKAT FITRAH
  • ISLAM (yang bukan islam tidak di wajibkan berzakat)
  • MERDEKA (hamba tidak wajib mengeluarkan zakat)
  • MEMPUNYAI HARTA YANG LEBIH (daripada keperluan untuk diri sendiri dan tanggungjawab pada hari raya dan malamnya)


WAKTU DAN HUKUM MEMBAYAR ZAKAT
  • DIBOLEHKAN - Dari awal Ramadhan sehingga akhir Ramadhan
  • WAJIB - Setelah terbenam matahari pada akhir Ramadhan
  • AFDAL - Selepas solat subuh sehingga sebelum mengerjakan solat sunat Aidilfitri
  • HARAM - Selepas solat sunat Aidilfitri


KADAR BAYARAN ZAKAT FITRAH 
  • Kadar bayaran mengikut cara asal ialah 1 gantang Baghdad makanan asasi sesuatu tempat seperti beras atau gandum.
  • Mengikut sukatan / timbangan sebanyak 2.27 kilogram bersamaan nilai mengikut kadar nilai matawang semasa.


LAFAZ  ZAKAT  FITRAH


NOTA: Kalau di Kuala Lumpur tahun ini, kadarnya sebanyak RM7.00 bagi satu kepala. Memang padan pun memandangkan semua barangan pun dah mahal sekarang ini. Memang mudah untuk membayar zakat fitrah, terdapat banyak amil-amil di letakkan di kebanyakan pasaraya besar, begitu juga di stesen LRT, selain masjid dan surau-surau. Selamat menunaikan zakat kerana zakat fitrah adalah kewajipan kita sesama muslim.


Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Rabu, Ogos 15, 2012

7 Komen:

  1. aku terima zakat ini.... amin :)

    BalasPadam
  2. tq pacik zino..en.suami sy tak bayar zakat lagi..tggu hari raya kot afdal sikit..hehe..jgn terlupa suda..huhu..

    BalasPadam
  3. Zakat membawa berkat... moh bayar zakat.

    BalasPadam
  4. awal-awal saya ingatkan adik...cepat2 bayar zakat, seboleh nya di awal puasa. sebab zakat tu kan utk fakir miskin...alhamdulillah, tahun ni adik saya yang bayar untuk kami sekeluarga.

    BalasPadam
  5. Jangan leka. Tempoh makin singkat. moh kite..

    Org Jerantut singgah..

    BalasPadam
  6. Sudah dilunaskan zakat fitrah ini.

    BalasPadam