Download Google Currents Untuk Pengguna Tablet Dan Telefon Pintar




Google semalam melancarkan kandungan digitalnya bagi format majalah untuk peranti mudah alih seperti telefon pintar dan tablet komputer yang dikenali sebagai Currents dan ianya boleh di muat turun (download) secara percuma oleh semua pengguna yang menginginkan kemudahan majalah mobile online.





Ia mampu beroperasi menerusi semua perisian Android Google dan sistem operasi Apple, bagi produk iPhone dan iPad. Currents dibangunkan bagi menyaingi Flipboard, iaitu aplikasi paling popular kepada pengguna iPad dan Zite (dimiliki CNN Time Warner Inc) yang di lancarkan beberapa hari sebelumnya.

Google nampaknya cuba mengatasi Flipboard yang seolah memberi beberapa masalah buat penggunanya. Perbezaan ketara dua produk ini ialah Currents boleh di gunakan dalam Android dan Apple iOS devices, manakala Flipboard setakat ini hanya lebih kepada pengguna Apple iOS sahaja.

NOTA: Untuk pengetahuan semua, Google Currents belum lagi di lepaskan oleh Google buat  pengguna di Malaysia. Maka tak bolehlah nak download (muat turun) sekarang ye? Jadi tunggulah sedikit masa lagi, insyaallah.

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...